Pentingnya Perempuan Mempunyai Simpanan Sebelum Kahwin II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pentingnya-mempunyai-harta-ataupun-bekerja/).

Hai, sebelum saya sambung cerita pertama kali saya nak mohon maaf mungkin jalan cerita saya tak sampai, huhu saya tak pandai bercerita. Terima kasih di atas komen komen yang positif.

Banyak yang cakap, tajuk macam tak kena dengan jalan cerita. Saya sebenarnya nak sambung cerita lagi, tapi saya dah penat menaip. Saya harap admin post sambungan ini.

Ini adalah pertama kali saya meluahkan perasan saya, sebab saya tak pernah menceritakan apa2 masalah saya pada kawan2 mahupun sedara mara, bagi saya mereka semua orang luar, dan tidak mustahil cerita saya akan tersebar pada yang lain.

Baik, kenapa saya kata pentingnya perempuan mempunyai simpanan sendiri?

Disini saya cakap, ibu saya tidak mempunyai simpanan, dia tiada harta cuma ada rupa yang cantik serta hati yang baik.

Ibu saya yatim sejak kecil, hidup susah sejak kecil. Ibu cerita masa kecil dia tangisi kepergian org tersayangnya sampai tak lalu makan berhari hari.

Sebelum kahwin, ibu saya bekerja, tapi selepas lahir anak first, ibu berkorban berhenti kerja sebab nak jaga anak2. Selepas berhenti ibu tidak lagi bekerja. Lagipun, ibu saya tidak normal seperti ibu2 yang lain.

Sejujurnya, saya sangat cemburu melihat ibu rakan2 saya berkasih sayang sesama anak2 mereka. Tapi takpa sekarang saya dah besar, mungkin bukan rezeki saya.

Waktu saya masih kecil, ayah saya sambung belajar, tinggalkan ibu saya dan bersama adik beradik yang lain di kampung. Waktu ni saya anak bongsu. Duit yang ayah tinggalkan tidak cukup, ibu saya tiada pendapatan?

Macam mana ibu saya nak teruskan hidup dengan anak2 yang masih kecil? Ibu saya tiada pilihan lain, ibu memilih untuk gadaikan barang kemas dia (mas kahwin). Tapi ibu saya merahsiakan perkara ini, bimbang ayah akan mengamuk.

Sejak daripada itu, ayah saya tidak pernah membeli barang kemas kepada ibu mahupun anak2, alasannya cuma satu, ibu saya tidak pandai jaga, nanti hilang.

Alasan ibu saya kemana barang kemas itu pergi adalah hilang, sedihkan, padahal ibu saya gadaikan sebab takde duit.

Sangat sedih saya lihat, ibu ibu yang lain banyak emas, tapi ibu saya takde hanya mampu melihat apabila saudara datang rumah. (Saudara mara saya suka sangat tayangkan emas dia depan ibu saya).

Pernah saya meminta agar ayah hadiahkan ibu emas, kami adik beradik takde takpe, bagilah ibu merasa walaupun sekali, tapi apa yang saya dapat hanya amarah ayah saya,. ayah saya bukan takde duit tapi dia memang tak nak bagi.

Setiap kali ibu masak, tidak pernah sesekali saya dengar ayah saya puji malahan makian, huhu, ibu dah penat2 masak ayah pula banyak komplain.

Tidak pernah sesekali ayah beli lauk makan, setiap hari menunggu ibu masak. Sesekali ibu juga bosan makan masakan sendiri, tapi ayah tak faham perasaan itu. Ayah takpe, bila2 masa boleh makan.

Saya sayangkan ayah saya, cuma saya terkilan dengan perangainya.

Setiap kali keluar bersama ayah, ayah akan berleter sepanjang perjalanan, dengan tingkap kereta terbuka, menyebabkan orang2 sekeliling mendengar setiap tohmahan ayah saya yang lebih kepada tokod tambah.

Hinaan tersebut, saya sebagai remaja terasa malu dengan orang sekeliling, kadang2 terasa ingin bunuh diri, tak berguna nya hidup kalau begini.

Ayah juga sangat berkira dengan anak2 serta isteri, setiap kali kitaorang pergi pasaraya, ibu akan mengasingkan troli, ayah tidak benarkan ibu ambik barang sesuka hati di mall.

Untuk pengetahun, ibu saya sifatnya macam golongan remaja, sukakan coklat, aiskrim, biskut.

Pernah banyak kali ibu cuba meletakkan cadbury satu keping dalam troli milik ayah untuk dibayar bersama, namun ayah marah2 dan simpan balik coklat tersebut.

Sejak itu, ibu akan asingkan troli setiap kali beli belah. (Ayah hanya membeli barang keperluan).

Saya juga begitu, setiap kali singgah mall dengan ayah, jika teringin makan sesuatu, saya terpaksa bayar sendiri, kadang2 ayah cuma beratur di belakang saya, padahal waktu itu saya masih bersekolah.

Ayah tidak pernah membawa ibu jalan2 makan angin, makan malam, bercuti seperti keluarga lain, malahan hanya mengurung ibu dirumah, sedangkan ayah saya merantau sampai ke luar negara.

Waktu kecil saya inginkan semua tu, bila dah besar saya faham, itu bukan rezeki saya. Saya takut tengok perangai lelaki, susah untuk mencari lelaki yang bagus, kadang2 saya berasa takut untuk berkahwin.

Mungkin sekiranya ibu berharta, ibu sudah bawa diri, tapi ibu tersekat, ibu tidak mempunyai sesiapa, ibu hanya mempunyai ayah dan saya adik beradik. Tolong doakan ibu dipermudahkan urusan, saya sayang sangat ibu saya.

Pengajaran daripada kisah saya, sekiranya saya berkahwin, saya tak nak anak2 saya merasai apa yang saya rasa, saya tidak akan biarkan anak2 saya memendam perasaan seperti saya,

Saya akan menjadi rakan kepada anak2 saya, saya akan pastikan anak2 saya bahagia, cukup kasih sayang cukup segalanya, inshaAllah.

Kadang2 saya hairan, kenapa ayah saya berkira dengan keluarga sendiri sedangkan dengan orang lain tidak?

Dengan rakan2 makan habis beratus pun takpe, sedekah sana sedekah sini takpa, tapi nak belanja makan sekali sekala pada anak isteri susah sangat. Huhu.

Rumuskan tajuk saya, mungkin sekiranya ibu saya berharta, dia sudah bawa diri, (maafkan mungkin ini agak kasar) waktu muda ibu saya menjadi rebutan,

Namun ibu memilih ayah hanya kerana satu alasan “ayah seorang yang menjaga solat “. Jadi ayah saya tidak berani berkasar.

Mungkin juga, dalam kalian, ada yang alami, nasihat saya buat wanita2 di luar sana, simpanlah duit sendiri sebelum berkahwin, sekurang kurangnya apa2 terjadi, kita boleh bawa diri.

Sekian terima kasih.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *