Perkenalan ringkas. Aku lelaki. Umur setahun dua lagi cukup 30. Kerja biasa-biasa, tiada rupa mahupun harta. Ingin berkongsi cerita. Kalau admin approve, bermakna ni kali pertama aku meluahkan segalanya setelah bertahun memendam rasa.
Aku pernah berkenalan dengan seorang perempuan. Aku namakan dia S. Waktu tu umur aku 19, S 16. Jumpa sewaktu masih di sekolah.
Pertemuan yang singkat. Cuma beberapa bulan sebelum aku sambung belajar. Bercinta 5 tahun walaupun terpisah oleh jarak sebelum semuanya hanya tinggal kenangan.
Sepanjang 5 tahun perhubungan, cuma sekali bertemu. Selebihnya, whatsapp dan call menjadi penghubung. Jarak rumah kami tak sampai 2 km.
Pernah ajak S keluar lepak. Tapi katanya dia tak selesa sebab mungkin akan jumpa dengan orang-orang yang dia kenal. Lagipun S tak pandai nak bawa motor, apatah lagi kereta.
Aku ni pula bukan jenis kaki punggah anak dara orang ke hulu ke hilir. Sebab tu pernah jumpa sekali je walaupun rumah tak jauh. Tu pun kami keluar ke bandar.
Sepanjang 5 tahun tu, berkali-kali juga kami bergaduh dan S minta putus. Itu biasa. Tapi aku selalu bagi dia masa, bagi dia sejuk sikit kemudian pujuk dia balik. Sepanjang 5 tahun, tak pernah sekali pun aku minta putus sebab memang niat ikhlas nak halalkan S.
Sehinggalah kali terakhir S minta putus, aku hanya merelakan. Aku tak pujuk S balik. Bukan sebab sudah hilang rasa sayang. Tapi sebab aku dah rasa letih. Aku struggle dengan kehidupan aku masa tu.
Things got worse. Aku kehilangan ayah tercinta tahun 2018. Waktu tu juga tajaan ptptn untuk pengajian aku dah tamat. Tambah pula hati rasa kecewa. Bagaikan dihempap batu besar bertalu-talu. Aku buat keputusan untuk berhenti belajar.
Segalanya serba tak menjadi. Kalau masa sekolah dulu, akulah yang selalu naik turun pentas terima anugerah pelajar cemerlang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Tapi aku tak berjaya grad. Benda yang tak pernah aku jangka.
Sejujurnya, result aku tak cantik tapi tak teruk sangat. Aku tak pernah failed mana-mana paper. Aku tak pernah repeat paper melainkan aku yang pilih untuk repeat (ponteng kemudian barred).
Cita-cita untuk menghalalkan S terkubur bersama harapan menggenggam sekeping ijazah sebab aku suruh dia tunggu aku grad sebelum aku pinang dia.
Sekarang, sudah 4 tahun aku dan S break up. Boleh dikatakan selepas break up, kami langsung tak berhubung. Ada berhubung tapi sangat jarang. Mungkin setahun dua kali je.
S takde fb tapi ada ig. Aku ada fb tapi takde ig. Aku buat keputusan untuk buat akaun ig fake untuk stalk dia.
Melalui ig dia, aku boleh agak yang dia menikmati hidup dia. Dia pun dah completely move on, ada pengganti baru. Yela, dah 4 tahun kan.
Benda yang membuatkan aku makin down adalah bila dapat tahu S sekarang dah ada kerja stabil, jadi cikgu. Sebab apa aku down? Sebab dia cikgu, aku kerja biasa-biasa je.
Aku pernah tanya, kenapa dia minta break dulu. Banyak kali aku tanya, barulah dia jawab. Kata S, dia rasa macam aku mengabaikan dia. Tak whatsapp, tak call.
S cakap dia dah buat apa yang aku suruh, termasuklah tak berkawan dengan lelaki. Tapi bila aku tak contact dia, dia rasa macam tak dihargai.
Kalau nak kata aku kongkong S sebab tak bagi dia berkawan dengan lelaki, silakan. Aku mengaku. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Potongan tubuh S sangat menggiurkan, solid. Muka pun sedap mata memandang.
Macam aku kata awal-awal tadi, aku kenal dia masa dia umur 16 tahun. Waktu tu fizikal dia langsung tak nampak macam 16 tahun tapi macam dah 20an. Aku lelaki. Aku tahu bagaimana mata lelaki berfungsi. Ramai yang berkenalan sekadar nak melempias nafsu.
S budak baik. Tak pernah bercinta, tak pernah disentuh lelaki. Aku lah orang pertama yang dapat lembutkan hati dia. Tapi S ni jenis suka berkawan termasuklah dengan lelaki.
Aku sangat takut kalau-kalau dia terbabas. Jadi aku berterus terang yang aku tak suka dia berkawan dengan lelaki.
I’ve done my part too. Sepanjang aku di u, aku takde seorang pun kawan perempuan, apatah lagi nak pasang dua tiga.
Berkenalan, bersembang dengan perempuan lain pun atas dasar kerja kumpulan dan assignment. Selesai tugas, terus left group whatsapp. Jumpa ex-groupmate lepas tu pun buat-buat macam tak kenal.
Hujung minggu, roomates semua keluar dengan awek masing-masing. Sunyi je bilik masa tu. Aku? Whatsapp atau on call dengan S. Kalau tak, aku akan tidur atau main game. Aku tak kisah sebab dalam hati, aku ada S yang setia menunggu di kampung.
Sehinggalah sekarang, aku tetap takde walau seorang kawan perempuan. Aku dah meletakkan sepenuh pengharapan kepada S sehingga aku tak pernah mencuba untuk menerima orang baru. Dari 2012 sampai sekarang, aku masih menaruh hati dan harapan pada S.
Aku tahu S memang dah lupakan aku. Aku cuba pujuk diri sendiri tapi aku tak mampu. Aku selalu doa dikurniakan isteri yang solehah.
Aku pujuk hati aku dengan mengatakan Allah jawab doa aku. Caranya, dengan menjauhkan S dari aku sebab S mungkin takkan jadi isteri yang solehah untuk aku. Tapi kemudian aku tasa yang aku macam cuba menipu diri-sendiri.
Aku terfikir, kalau S bukan untuk aku, kenapa aku masih mempunyai rasa yang sama untuk S? Tak mungkin allah sengaja membiarkan rasa ini semata-mata untuk lihat aku menderita. Aku masih tercari-cari dimana hikmahnya.
Aku juga terfikir, mungkin perpisahan aku dengan S ni adalah salah satu cara untuk aku dan S memperbaiki diri kami. Masa untuk aku menjadi seorang yang lebih baik dan masa untuk mengajar S untuk menjadi seorang yang solehah.
Aku tak tahu. Aku cuma mampu berkira-kira sendiri. Cuma mampu mengharapkan adanya sebutir permata di dalam lautan yang luas dan dalam.
Aku masih berharap pada S walaupun dia sudah berpunya. Bagi aku selagi dia belum jadi isteri orang, selagi itu masih ada peluang.
Aku sedang meniti hari untuk mendapatkan kerja tetap dan lebih stabil. Bila dah berjaya, aku akan cuba melamar S kalau dia masih tak kahwin.
Doakan aku. Semoga aku ditunjukkan jalan yang betul.
– Ris (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit