My Broken Home Story

Hai, assalamualaikum. Parents aku berpisah rumah since aku 2 tahun dan bercerai since aku 4 tahun. Aku tinggal dengan mak aku. Aku okay, masih kecil, jadi belum faham apa-apa. Kami berpindah duduk dengan datuk dan nenek aku.

Bila dah besar sikit, di situ hati aku mula terluka sedikit demi sedikit dalamnya. Kesakitan lebih banyak berpunca dari external factor berbanding internal.

Sejak kecil aku diperlihatkan datuk aku yang beberapa kali menghina mak aku kerana sekolah tak pandai sudah tu tidak bernasib baik di saat anak2 yang lain sedang kaya berharta.

Bila mak mengadu hati dengan nenek, nenek pasti akan menyalahkan mak kembali. Tak langsung meniupkan semangat. Hidup kami seperti tiada yang melindungi.

Dibiarkan dihina walau dengan keluarga sendiri. Mak bekerja dengan adik beradik tetapi diberhentikan atas alasan yang sangat tak munasabah. Aku melihat situasi itu and asaw my mom crying so hard sebab hilang punca pendapatan untuk pelihara kami.

Aku masih kecil lagi melihatkan itu berlaku di depan mata. Berkerja lagi dengan adik beradik lain, tapi kemudian difitnah pula. Kerja dengan keluarga tapi orang paling akhir dipercayai, gaji paling rendah, usaha tulus yang tak terlihat.

Sudahlah mula bekerja dengan adik beradik tu, datuk yang marah suruh mak berhenti kerja klinik dan paksa kerja dengan adik beradik.

Datuk pula panas baran. Asyik bertekak dengan nenek. Tak sorok-sorok depan aku yang masih kecil.

Sudah tu, barang kita dia tak amanah langsung. Kalau ditinggalkan apa-apa barang di luar bilik, tipis peluang untuk jumpa balik barang tu. Sama ada barang tu telah dibuang atau dijadikan hak orang lain atau dialih ke dalam stor. Semua tu dilakukan tanpa izin.

Pernah sekali, datuk lap tangan dia yang berminyak kereta dengan baju inner putih mak. Lepas diterangkan itu adalah inner baju, dia buat tak tahu saja.

Orang lelaki mana faham inner baju tu apa. Baju tu mahal zaman tu pun, mana ada dia kisah. (kira mahal la, gaji mak biasa-biasa).

Waktu aku di asrama, basikal aku diberinya pada adik sedara tanpa pengetahuan aku. Semua permaianan aku disimpan di luar bilik (dalam laci/almari) macam skateboard, bola, kad donkey ke apa semuanya lah, semuanya dialih ke mana entah.

Aku masih penghuni rumah tu,tapi balik saja dari asrama, macam-macam hilang dari pandangan dan pengetahuan termasuklah selipar rumah.

Kadang mak belikan aku coklat, datang saja tetamu yang ada anak kecil, diberinya semua dekat budak2-budak tu, katanya dekat rumah ni tiada orang makan.

Dia kedekut nak belikan untuk kita, kita ni simpan duit nak beli jajan, sudahnya dia main bagi pada orang lain depan kita. Depan tetamu, takkan kita nak kata tak boleh? Kita jarang sangat dapat.

Bila raya ataupun apa-apa pertemuan, diaibkannya mak aku. Dijadikan kisah kami sebagai modal untuk mengumpat.

Yang mana berita fitnah tentang mak, bukannya ahli keluarga melindungi, malah mereka seronok mendengar, menambah, menjaja cerita dan siap ajar anak-anak mereka “jangan jadi macam si fulan”.

Tidak bertanya mak tentang kisah sebenar. Kalau cerita pun, keluarga tak percaya sebab kita ni miskin dan rendah kelulusan. Mereka sibuk menghukum kita. Aku dan mak, miskin, teraniaya, tidak dipeduli dan tidak dipertahankan.

Mereka sampai hati mengumpat dan fitnah mak aku di depan aku berkali-kali. Aku pura-pura tidur, tapi telinga aku jelas dengar. Tidak langsung ada hormat pada aku.

Tentang bapa aku, bapa aku agak teruk sikapnya. Kami dah lama tak berjumpa dan itu lebih selamat. Walaupun mak terluka hati sangat dengan bapa aku, dia tak pernah ajar aku untuk benci sesiapa termasuk bapa aku.

Guess what? Orang luar yang lebih suka bangkitkan hal ini seperti kasihankan aku kemudian mahu mengajak aku mengumpat dan membenci bapa aku sendiri.

I am not interested. Buat apa join orang yang suka mengumpat ni. Mereka ni juga lah yang mengumpat kita. Yang teruk tu bapa aku, kenapa mereka yang panas lebih.

Bapa aku tidak berurusan dengan mereka dan mereka bukanlah orang yang menggantikan tempat bapa aku untuk menjaga kami.

Aku membesar dalam keadaan masalah trust issue yang sangat tinggi, keyakinan diri yang sangat teruk, hidup dengan mentaliti yang tak percaya bila orang puji dan pujuk aku,

Aku tak faham bila best friend kata dia sayang aku, hidup dalam perasaan akulah yang paling rendah, paling teruk dan tak layak apa-apa, aku jauhkan diri dari kawan-kawan,

Dan hidup dalam keadaan rindukan kasih seorang ayah, rindukan kasih ibu (ibu sibuk kerja, menerima tekanan, dia kurang happy, dialah watak utama yang terima effect besar dari semua ini, struggle cari duit),

Tak pernah rasa kasih adik-beradik (sebab anak tunggal), melihat nenek dan datuk yang concern macam dalam tv tu hanyalah mimpi semata.

I just live alone and lonely. No one knows how lonely I am. I keep everything to myself and stay silent.

People come to us when we gain great things and leave and also say bad things about us when we are in a bad situation. I never feel appreciated what fake people did for me. However, I just be grateful for the good things.

My advice to those like me, just learn to let go and let God. It is hard but worth it. You will feel better. Allah knows everything. Kita tak boleh ubah orang tapi jangan kita terus terbelenggu dari kata-kata buruk mereka.

Usahakan apa saja agar boleh move on. Jangan rugikan waktu, tenaga, hati dan fikiran kita.

Mula percaya diri, maafkan diri, redha dengan takdir/ nasib, kembali percayakan impian, make move towards that, leave everything behind, stay away from all those bad things and be persistent towards your happiness.

Nak move on mungkin tak mudah, perlukan masa untuk ubat luka-luka, but just do it because it really worth it. Only by doing that, you able to see the beautiful inside you.

So that’s all about me.

My broken home story.

– Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *