Hinakah Aku?

Aku seorang gadis yang ambivert. Kadang aku mesra kadang aku pendiam. Tapi satu benda aku perasan, orang tak suka kawan dengan aku.

Macam mana aku tahu? Senang saja. Tengoklah berapa ramai yang selesa kawan dengan aku. Boleh kira dengan jari saja.

Yelah, aku tak cantik, tak pandai, tak hebat, tak kaya. Aku serba kekurangan. Tapi alhamdulillah aku masih ada kawan yang rapat denganku.

Namun, kebelakangan ni aku macam kehilangan sahabat rapatku. Entah kenapa, aku dengannya bagaikan hilang komunikasi.

Aku jarang tak berkomunikasi dengan kawan baik, kecualilah jika dia seorang yang jenis tak muncuk di status atau instagram. Kalau kawan tak rapat aku tak kisah, ini kawan yang aku boleh kata macam kembarku.

Akhir perbicaraan aku dengan dia pada bulan lepas, itupun dia tak membalas mesejku. Aku tidak memikirkan apa-apa pada mulanya, namun lama-kelamaan aku perasan, dia seperti menjauhi aku.

Aku seorang yang overthinker, jadi, benda sekecil zarah pun aku fikir teruk gila.

Aku tertanya-tanya, apa salahku. Adakah aku terkasar bahasa dengan dia? Macam tak. Adakah aku lupa hari jadinya? Tidak mungkin. Atau, apa? Aku buntu.

Lama-kelamaan, makin jelas seperti dia tak mahu berteman denganku. Pabila aku post sesuatu di Instagram atau story Instagram ku, dia tak view, comment, like pun tidak. Padahal dia seorang kawan yang supportive.

Malah, status whatsappku sudah tidak dipedulikan oleh dia. Selalunya, dia akan membalas status ku jika ianya berkaitan dengan perasaan atau kesakitan. Dia seorang yang prihatin begitu.

Aku tau mungkin aku melebih sahaja. Bukannya benda besar pun dari masalah orang lain. Tapi, aku seorang yang amat menyayangi kawan yang rapat denganku, tak kiralah macam manapun perangai mereka.

Bila dah jadi macam ni, aku rasa kecewa, marah, sakit hati, sedih, hampa, semua kekecewaan bersarang dalam lubuk hati. Aku rasa aku seorang kawan yang gagal. Aku menangis, kebingungan.

Aku nekad. Aku tak mahu bertindak apa-apa. Biarlah dia pergi. Manusia tak selamanya akan bersama kita, bukan?

Aku jenis tak suka akan pergaduhan, biasanya aku akan mengalah atau aku lari dari pertelingkahan tersebut.

Maka, aku tak mau sia-siakan perasaan dan airmata ku menangisi apa yang dia lakukan kepadaku. Aku nekad untuk menganggap bahawa dia orang asing yang belum pernah aku temui.

Kerana dia jugalah, aku ada terfikir untuk mati saja. Gila kan? Kawan tinggalkan kita, terus nak mati?

Ya, aku overthinking. Aku tiada masalah mental (atau mungkin ada, aku akan buat pemeriksaan nanti) tapi aku merasakan bahawa aku berubah. Bukan sikap, tapi dalamanku. Ah, sudahlah! Aku sedih saja!

Kepada yang membaca, aku harap kalian benar-benar ikhlas bersahabat dengan sesiapa sahaja.

Jika, seandainya dan sekiranya kalian sudah tidak mahu berteman dengan rakan kalian, sekurang-kurangnya, bagitahu mereka kenapa.

Dengan itu, tidaklah mereka terpinga-pinga kebingungan diselubungi kekecewaan. Cinta boleh dicari, sahabat sukar diganti. Jagalah persahabatan kalian sebaiknya.

Dan jika dia yang sedang membaca, aku doakan kau bahagia dengan teman mu yang selalu mengikuti kehendakmu dan membahagiakanmu.

Maafkan ku kerana tidak menjadi teman yang baik buatmu. Moga kau baik-baik saja.

Sekian.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submitf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *