Saya perkenalkan diri saya sebagai Melor (bukan nama sebenar). Sebelum saya mulakan, saya ingin meminta maaf andai luahan saya ini agak berterabur kerana saya tidak pandai menyusun ayat. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.
Alhamdulillah keluarga mertua saya sangat baik dan sangat penyayang. Bukan saja baik antara saya malah antara semua adik beradik serta menantu yang lain. Mertua sayang kami (menantu) macam anak sendiri.
Untuk pengetahuan, keluarga mertua saya ada 5 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kesemua anak lelaki sudah berkahwin tinggal yang perempuan sahaja yang masih single. Namun dia akan bernikah pada akhir bulan 10 ini.
Anak perempuannya ini boleh dikatakan seorang yang berdikari namun masih dikawal oleh ibu ayahnya. Saya namakan anak perempuan sebagai kakak. Kakak sekarang berumur 27 tahun.
Contoh dikawal yang dimaksudkan ialah beberapa keputusan kakak seperti ingin bekerja di tempat yang jauh atau ingin menyewa di luar tidak dibenarkan oleh ibu ayah.
Mungkin kerana kakak satu satunya anak perempuan dalam keluarga mertua jadi ibu ayah agak risau tapi bagi saya jika itu kemahuan kakak, biarlah kakak cuba jadi lebih berdikari.
Saya katakan itu sebab perangai kakak dirumah agak pelik. Bukan pelik apa, dia banyak berkurung dalam bilik.
Ibu ayah selalu mengadu, kakak kalau ada di rumah macam tak ada. Dia keluar bilik pon hanya untuk makan saja. Kadang-kadang dia beli frozen food panaskan dan makan dalam bilik.
Kalau bukan sebab makan, dia akan duduk terperap dalam bilik. Keluar bila nak makan dan kerja. Bak kata ayah, kakak selalu buat rumah ni macam hotel. Ibu ayah dan kakak tinggal bertiga di rumah. Kami yang lain telah berkahwin dan ada rumah sendiri.
Jika kami adik beradik datang jenguk ibu ayah di rumah, kakak akan keluar. Kakak layan anak buah dengan baik dan happy sekali. Dengan kami, kadang-kadang baik, kadang-kadang tidak. Dia ikot mood dia saja.
Kami pon akan ikot mood dia. Kalau dia bersuara bersembang, kami akan bersembang. Kalau tak, kami tak tegur sebab kakak suka salah paham tentang semua yang kami sembang dan cakap.
Kami tak tahu kenapa kakak suka perasan yang kami kutuk/ bercakap belakang tentang dia padahal. Nak sebut nama dia kat rumah tu pon kami tak berani. Sebab kakak tu kuat perasan dan tiba-tiba saja mood dia tak ok??? Entahlah. Spoil.
Bila kami dah balik ke rumah masing-masing, macam-macam status yang kakak akan pos di facebook dan instagram. Semuanya sangat negative. Padahal kami di rumah ibu baik-baik saja. kakak pon jarang bantu ibu dan kami masak. tolong hidang makanan pon tidak.
Macam biasa, kakak muncul bila nak makan. Itupon, bila kami semua sudah selesai makan. Masa kami sibuk di dapur, dia di depan tv layan anak anak buah serta bermain phone. Kami adik beradik tak kisah, tapi ibu dah banyak kali mengadu sedih tentang perangai kakak.
Ada juga ibu menangis. kakak di socmed selalu pos tentang orang tua perlu minta maaf pada yang muda. Orang tua tak semuanya betul. Orang tua itu orang tua ini. Semua salah orang tua. Yang baik dia saja.
Walhal, kami saja yang tahu apa yang jadi di rumah. Pelbagai fitnah ditabur kepada kami adik beradik serta orang tua.. Walhal, di rumah memang tak ada apa yang berlaku.
Dulu, bila kakak terperap dalam bilik, ibu atau adik beradik yang lain akan panggil kakak jomlah makan sekali. Kakak, kiteorang dah nak balik ni. kakak kakak dan kakak. Semua perlu di panggil untuk dia keluar. Sekarang dah 4 tahun lebih perangai kakak masih sama.
Sudah tentu kami dan ibu ayah dah tak ada nak panggil panggil lagi. Kami pon dah lali. Kalau nak cerita tentang apa yang dia buat, apa yg dia up status, sungguh banyak sekali. Saya tak ada rasa nak cerita tentang itu.
Tapi saudara mara yang dekat atau jauh semua tahu masalah keluarga (yang sebenarnya tidak wujud) disebabkan dia suka pos status dia di merata tempat.
Kami malu terutama ibu tapi kami biarkan saje. Biarlah apa orang nak menilai tentang keluarga kami. Asal kakak tenang dan happy.
Kami sudah banyak kali cuba untuk slow talk dengan kakak, tapi dia hanya diam membisu. Tup tup ada status baru dia pos di facebook dan instagram.
Katanya, family toxic tu wujud. Darah daging cuba jatuhkan dia dalam diam. Try hard ambil hati orang. Jenis melebih lebih. Dan banyak lagi.
Saya tahu kakak suka baca IIUM Confession lagi lagi bab family toxic. Saya pos di sini, saya nak tengok kakak akan repost cerita ni untuk memburukkan family dia atau tidak.
Sekian dari saya. Maaf atas semuanya. Niat saya hanya untuk meluah dan ingin tahu respond kakak.
– Melor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit