Aku buntu, serabut tak tahu dah nak buat macam mana dengan hidup aku.. Baik aku m4ti saja la dari hidup menderita macam ni!! Aku penat
5 tahun kahwin tak pernah hidup macam pasangan suami isteri yang normal angkara vaginismus dan sihir pemisah ni!
Sudah lah aku kahwin tanpa rasa cinta pada suami, bahkan aku tak pernah cintakan sesiapa pun!! Aku benci untuk bercinta!! Pantang orang luahkan perasaan cinta pada aku, mesti aku akan buli orang tu cukup² sampai dia benci aku..
Akhirnya aku dijodohkan dengan pilihan keluarga, tanpa cinta!! Kenapa aku terima? Sebab “istikharah” kononnya..
Sehari sebelum terima pinangan suami, aku mimpi ada sorang makcik berpakaian serba putih, senyum datang pada aku, dia ambik tangan aku lepastu letak cincin dan dia pergi tanpa sepatah kata.
Aku fikir itu petunjuk untuk aku terima sedangkan hati ni meluat² dan benci nak terima!!
Hari perkahwinan, aku cuma bahagia jumpa kawan² lama bukan bahagia sebab jadi isteri orang.. aku benci status aku berubah jadi isteri orang!!
Cubaan bersama pertama kali dengan suami selepas seminggu perkahwinan gagal.. terkunci rapat dan sangat² menyakitkan.. disentuh sikit pun sangat² sakit.. aku pun dah mula asyik mengamuk waktu tu..
Aku mengamuk, memukul suami tanpa sebab yang munasabah.. Dia scroll² facebook lalu lalang gambar perempuan pun aku mengamuk semahunya sampai berdarah habis badan dia aku cakar..
Akhirnya suami buang semua kenalan perempuan dari semua media sosial dia.. Dasar isteri derhaka!
Adakala amukan aku sampai tahap aku makan kaca, aku cuba b*nuh diri, aku cekik diri sendiri, aku hantukkan kepala, aku main pisau dan macam² perkara hina yang aku buat.. perempuan jenis apa la aku ni?!
Waktu ni ada ustaz datang rumah ruqyahkan kata “gayanya macam ada orang buat” tapi aku mana percaya benda² ni.. kolot, khurafat!!
Respon suami? Tetap sabar layan aku, cuba tenang kan aku walau dia cedera.. terkadang dia ternaik tangan jugak..
Tapi apalah sangat pukulan dia nak dibandingkan dengan perbuatan aku ni.. dia terpukul aku pun, aku balas lebih teruk lagi sampai lebam² berdarah habis dia
Lebih kurang setengah tahun usia perkahwinan, aku telan pil sebagai cubaan b*nuh diri pukul 12am.. bergegas ke hospital sebab sesak nafas, kemudian dimasukkan ke ward dahlia dan didiagnos major depression disorder..
Bermula dari situ la aku dapat rawatan tapi takde apa yang berubah, setahun makan ubat penenang sama sahaja.. sampai la aku mengandung tanpa bersama seperti pasangan normal.. tak perlu la aku cerita detail, google saja “Splash Pregnancy”
Sampai la satu masa aku bleeding yang memerlukan rawatan masukkan speculum tapi tak berjaya.. akhirnya sakit yang dapat, bleeding semakin teruk, tak tahu punca bleeding lalu doktor tulis saja “threatened misscarriage”
Setiap bulan aku bleeding sampai hari nak bersalin tapi kandungan aku okay.. waktu mengandung pun aku mengamuk macam orang gila, aku memang tak layak jadi isteri atau ibu!!
Kesian sangat anak aku dapat ibu bodoh macam aku.. solat tunggang terbalik, mengaji bukan main lagi tapi perangai macam syaitan!! Aku lah tu.
Waktu mengandung jugak aku mula dapat Amnesia Disosiatif.. aku mengamuk² lepas tu aku lupa dan sedar² dari tidur aku boleh senyum peluk cium suami yang habis calar balar aku kerjakan sebelum aku tertidur..
Kesian abang, mesti sengsara beristerikan perempuan tak guna macam saya..
Tiba la hari melahirkan, aku tak boleh lahirkan secara normal pun.. cek jalan pun tak boleh!! Sakit saja yang dapat.. dah la sakit kontraksi, tambah pulak deritanya cubaan cek jalan tu.. akhirnya terpaksa caesar sebab kandungan dah lemah..
Lahir saja, anak aku terus dimasukkan ke NICU sampailah beberapa bulan kemudian dia meninggal.. orang kata aku untung ada anak syurga boleh bawak aku ke syurga.. masalahnya, layak ke aku ni masuk syurga kalau macam ni punya hodoh perangai?
Aku menangis meroyan mengamuk salah kan diri sendiri punca anak aku sakit sampai dia meninggal.. kadang² aku salahkan suami sebab kahwin dengan aku..
Hubungan rumahtangga turun naik.. ada masa bahagia, kebanyakan masa derita.. suami la derita beristerikan perempuan macam aku.. terus berikhtiar buat rawatan islam, rawatan psychology walaupun dua² aku tak percaya!!
Sampai la baru² ni kenal perawat baru, dia kata aku terkena sihir pemisah.. anak aku jugak mungkin meninggal kerananya..
Dan aku dah lama kena sebab tu aku tak boleh nak bercinta, asal orang luah saja aku mengamuk.. mula mula aku tak percaya.. aku bukan miss universe yang orang gilakan sangat..
Lepas berubat, mula keluar benda² pelik dari rahim.. gumpalan benang putih, mula istihadhah setiap kali cuba untuk bersama.. sakit yang teramat sangat sampai nak pitam.. muka pucat macam mayat.. azab sangat aku rasa!!
Perlahan-lahan aku percayakan rawatan islam.. aku bahkan tak tidur langsung hampir 50 jam!! Kepala sakit sangat² tapi tak boleh pejam mata langsung!! Aku sampai cakap dengan syaitan tu “daripada kau seksa aku macam ni, baik b*nuh saja aku!!”
Bila minum air penawar, perut aku membesar tak sampai 10 minit dah macam mengandung 7 bulan size dia.. keluar habis urat² kat perut..
Waktu mengandung pun tak macam ni, elok saja perut takde kesan apa².. bila keluar benda² pelik dari badan aku baru lah perut aku kempis
Lepas tu aku berhenti terima rawatan, tapi masih belum boleh jalani kehidupan suami isteri normal.. tiba² harini, hari yang menjadikan aku menaip semua ni di Note Handset aku ni adalah hari aku mengamuk semula dengan sangat dahsyat!!
Habis jiran tetangga keluar dari rumah ingat suami aku dera aku agaknya.. suami aku terpaksa keluar bagitahu yang aku ada gangguan..
Aku malu!! Aku malu sangat² orang tahu benda² ni semua!! Macam mana aku nak keluar lepas ni, macam mana aku nak hadap jiran?.. macam mana aku nak pergi kerja?
Aku penat sangat² nak lalui benda² ni.. sampai bila lagi aku kena hidup macam ni? Sampai bila?!
Ni aku type panjang berjela² entah aku akan luah dekat platform mana pun tak tahu la.. entah korang faham ke tidak la karangan beremosi aku ni.. entah orang nak percaya ke tidak la ni.. aku cuma nak meluah sehabisnya.. nak lepaskan beban kat dada aku ni.. sakit sangat²
Oh btw, aku cintakan suami aku, ada masa aku layan baik, bermanja mengada dengan dia.. tapi ada masa aku rasa panas, benci, meluat dengan dia yang menjadikan aku cepat mengamuk.. suami aku baik bertanggungjawab, entah apa lagi yang tak cukup dengan aku ni
Kalau korang kat tempat aku, apa korang akan buat?
Kalau korang kat tempat suami aku, apa korang akan buat?
– Tiada Nama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit