Assalamualaikum korang. First, thank you sangat kat admin kalau approved cerita aku.
Aku dah buntu dan kesian tengok husband and kakak ipar aku carik penyelesaian untuk masalah ni. Dan aku nak minta maaf kalau penulisan aku hampeh sebab aku memang tak pandai mengarang.
Cerita nya macamni. Adik2 beradik suami aku ni ramai tau. 9 orang. Tapi yang rukun ada lah 2 3 orang saja, yang lain semua bermasalah. 3 darinya adelah penagih dadah.
So untuk confession kali ni, aku nak cerita pasal yang penagih dadah ni saja.
Rezeki aku, mak mertua aku tu sangat baik orangnya. Tak pernah lah sakit kan hati aku. Terima aku seadanya walaupun aku ni tua 4 tahun dari suami aku dan selepas 4 tahun perkahwinan ni masih belum dikurniakan zuriat lagi. Tapi layan aku baik saja.
Untuk pengetahuan, suami aku tu anak kesayangan jugaklah. Alhamdulillah hasil didikan, aku pun dilayan dengan sangat baik.
Tapi semenjak dua menjak ni, aku tengok suami aku banyak diam dan kusut. Bila aku tanya dia cakap tak ada apa-apa. So aku pun curi-curi lah baca wassap dia.
Rupanya seorang dari abang-abang dia yang penagih dadah ni buat hal sampai mak mertua aku nangis-nangis. Aku namakan abang ipar aku tu Mamat (bukan nama sebenar).
Jadi suami aku ni risau dan sedih sebab Mamat tu sejenis ambik batu.
So dia dulu pernah sampai acu pisau kat mak mertua aku n barang kemas pun pernah kena songlap.
Dulu SIL n suami aku pernah dah report polis. Tapi kena lah tahan 2 3 hari pastu lepas balik. Pernah masuk pusat serenti tapi keluar pun sama saja tak jadik apa. Paling lama pun seminggu.
Dah pernah suami aku bawak Mamat ni naik bas pegi jauh dan dibekalkan duit skit untuk survive. Dengan harapan dia carik kerje sendiri dan tak susahkan mak. Tapi selang seminggu tau2 muncul lagi kat umah n minta mak duit.
Pernah SIL n suami sampai tahap bagi saja duit sehari RM10 asalkan jangan kacau mak tapi nanti tau-tau mak mengadu duit mak tetap hilang.
Puas kena marah, kena pukul dengan abang2 suami aku yang tentera tapi still sama saja.
Kemuncak nye sekarang bila Mamat ni dah start mengamuk kat rumah minta duit kat mak. Bila SIL ambik mak duduk dengan dia, Mamat ni akan datang rumah SIL dan mengamuk nak duit.
Kejiranan SIL aku (sil duduk rumah teres. So yang sederet rumah dia) pulak dah start bising dengan kehadiran Mamat ni sebab diorang takut kalau-kalau Mamat ni pecah masuk rumah diaorang.
Kami tak kisah kalau Mamat kena tangkap. Tapi kesian lah kat Mak. Malu lah dia nanti.
Jadi, aku nak sangat tanya. Kalau ada sesiapa tau kot2 ada pusat atau tempat untuk kami letak Mamat ni. Berbayar pun takpe.
Pernah call AADK, dia cakap peserta mesti ade keinginan nak berubah. Pernah telefon polis, diaorang cakap tak boleh suka-suka tangkap kalau orang tu takde buat jenayah.
Mintak masuk pusat serenti macam tak boleh mungkin sebab dia dah pernah masuk. Minta tolong sangat kalau korang ada solution atau contact number, minta tolong komen kat bawah. Nanti aku contact korang.
Aku cuma nak suami aku happy dan MIL aku pun tak susah hati lagi dlm usia tua dia. Kami pun lama dah tak jumpa mil semenjak PKP.
Mintak tolong tau korang. Terima kasih.
– Birthday girl (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit