Ku Mohon Agar Dikuatkan Aku

Assalamualaikum. Nama aku Elle. Usia lewat 20-an dan seorang cancer fighter stage 3. Masih struggle battling with my illness.

Aku berasal dari timur tanah air dan tinggal di ibu kota. Family jauh. Tinggal seorang. Ye aku sebatang kara disini. Kawan2 kebanyakan tinggal luar daerah. Agak susah jika ada sebarang emergency.

Aku in relationship dengan seorang lelaki bernama Adam. Kami sudah berhubungan selama 2 tahun lebih.

Dia seorang yang sangat caring. setiap kali aku sakit, dia yang akan teman aku ke klinik, hantar ubat, makanan dan macam-macam lagi. Aku bagitau aku sakit saja, terus dia terpacak depan pintu rumah aku.

Dia jugak selalu teman aku ke hospital, teman pegi kimoterapi. Dia siap ambil cuti semata-mata untuk teman aku ke hospital.

Beberapa minggu lepas dia kena outstation dan memandangkan aku takde schedule kimoterapi, maka dia pun pergi la outstation. Dia akan pastikan dia free bila time aku kena kimoterapi.

Dan semasa dia sedang outstation, salah seorang workmate dia positive Covid 19. Of course la aku risau.

Dia jugak ada simptom2 Covid. Dan lepas buat swab test, ye dia pun positive. Aku punya risau sampai nak pegi saja kat dia nak provide apa2 yang patut. Bagi ubat ke makanan ke, tapi dia tak bagi aku datang.

Yela, aku ni dah la kategori berisiko. Dia tak nak aku infected jugak. Aku merajuk jugak pasal ni. Dan aku cuba tak nak contact dia.

Few days passed, aku ingat dia akan pujuk aku ke, carik aku ke. Langsung tak! Dia tak contact aku langsung since aku merajuk haritu.

Aku dah start tak sedap hati. Aku start buat solat sunat istikharah. Aku stalk pasal dia habis2. Sebelum ni aku penah stalk dia jugak tapi langsung tak jumpa apa2.

Yes, he is a very well reserved guy. Very private. Very calm. So aku tak pernah syak apa2. Apa yang aku jumpa sangat mengejutkan. He is apparently a someone’s husband! Ya Allah, I’m shaking to death masa found out. Hati aku hancur sangat. I lost words.

Aku text dia mintak penjelasan, all he says is sorry. Aku meraung. Aku macam orang hilang akal. Aku tak tau nak fikir apa. Terkejut, tak percaya.

Dia terus datang rumah aku. Dia explained everything. Dia cakap dia mula2 kesiankan aku tapi lama2 dia jatuh cinta dengan aku. I can’t brain this!

Aku tak percaya dia sanggup buat semua ni pada aku. He knew I’m sick, he knew how I struggle everyday. Dia mintak aku jangan pergi dari dia, dia mintak peluang kedua.

No way! Macam mana sayang pun aku kat dia, aku takkan terima dia lagi. Dia bagitau dia kena kahwin paksa dengan wife dia. Family arrangement. More to nikah just on paper. And diaorang dah kahwin since 2017!

Aku tak paham. Kalau dah tak sehaluan, kenapa tak berpisah saja. Dia cakap tak boleh sebab mak dia ada sakit jantung, kencing manis etc etc. Dia taknak mak dia kena heart attack kalau diorang bercerai.

Aku lost. Still, whatever pun excuses or reasons dia. Aku tetap tak boleh terima. Hati aku hancur gila. Aku ditipu hidup2 selama ni. 2 years plus aku ditipu. Sakitnya Ya Allah.

Dia ada text tanya kabar aku. Aku tak reply. Dia mintak nak jumpa aku, aku cuma cakap aku tak boleh nak face dia dah. Dia finally lepaskan aku dan mintak aku lupakan dia.

Pedih nya! walaupon aku yang cakap aku tak boleh nak teruskan tapi bila dia finally let me go, aku jadi bertambah sakit. Aku sedih.

I know I can’t have him anyway. Dia pun takkan berpisah dengan wife dia. Patut la dia selalu mengelak bila cakap bab kahwin. I finally get it now.

Days goes by, Hari Hari yang aku lalui, terasa sangat sakit. Peritnya nak telan kebenaran, pedihnya hati nak terima.

Aku buat macam2 untuk lupakan dia. Aku hampir beberapa kali hilang kewarasan akal. Aku cuba nak terjun from my condo unit. Aku Cuba nak minum clorox, racun. I want this pain to stop.

I went to see psychiatrist, tapi langsung tak membantu. She kept mentioned ” we must know how to control our own emotion, learn to letgo”.

Kalau aku tau how to control, how to letgo, what for I seek help. What for aku susahkan diri jumpa dia. Condition aku became worse. Aku skip makan ubat.

All I think about, kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Kenapa dia betray aku? Kenapa Tuhan uji aku macam ni? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Aku solat aku ngaji aku zikir. Still tak better.

Tak tenang. Aku taktau nak buat ape dah. Aku rindu dia tapi dia dah pergi jauh dari aku. Aku tau aku yang mintak to stop all these. Aku taknak terus terluka. Tapi aku makin bertambah kecewa. Sakit ni bukan kepalang.

Kimoterapi? dah berapa aku reschedule dan skip. Aku sampai terfikir kenapa Tuhan belum ambil nyawa aku.

Aku nak stop kimoterapi untuk cepatkan kematian aku. Aku dah tak sanggup nak hadap semua ni. Bila aku sakit, aku harap dia datang, pujuk aku ke klinik ke, bawakkan aku ubat ke makanan ke.

Tapi sekarang? semua tu hanyalah kenangan. Yang sangat menyakitkan! Terus terang, aku tak kuat. Takde sape2 pun tau apa yang sedang aku going thru.

Aku bukan jenis bercerita my feeling my pain my misery kat orang. I kept everything just to myself. Dan ini membuatkan aku bertambah sakit.

Adam, thank you for this unbearable pain. Thank you for breaking me even more. Thank you because of you I’ll become more secretive now.

Because of you, Im scared to know anyone after you. Thank for adding more to my trauma. I try to forgive you but I couldn’t. We should have never met.

And yeah I regret knowing you, meeting you, falling for you. If I could turn back time, I swear to God, aku tak hingin kenal kau! berselisih dengan kau pun aku tak sudi.

Wahai Allah yang Maha baik, bantu aku bagaimana untuk berdamai dengan takdirmu, bantu aku untuk redha dengan ujian ini, bantu aku untuk ikhlaskan semuanya. sakit ya Allah. sakit sangat.

Ya Allah ya Jabbar, aku tidak menolak qada’mu. Tapi aku Mohon bantu ringankan bebanan ujian ini. Tolong lah cabut perasaan marahku, perasaan sayangku, perasaan sakit hatiku, perasaan rinduku padanya.

Tolonglah hapuskan rasa sedih ini dariku. Tolong perkuatkan hatiku, tolong perdalamkan lagi rasa sabarku. Bantu aku perangi rasa yang tidak baik ini.

Ya Allah yang Maha penyayang, tolong kasihani diriku dan kurniakanlah hanya yang terbaik untukku dimana saja aku berada. Tolong aku keluar dari bebanan perasaan ini. Ku Mohon sesungguhnya

Aku sedang belajar untuk berlapang dada ~

– Elle (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *