Pernah tak dengar orang kata nak turun berat jangan makan nasi la, jangan makan kfc la. Mengarut semua tu.
Yang sebenarnya, makan la apa-apa pun, asalkan kalori yang diambil tidak melebihi keperluan badan, automatik berat akan makin turun.
Tapi bila tak tahu kira kalori yang diperlukan badan, itu yang kita terambil lebih kalori, dan makin gemuk tanpa sedar.
Yang dah overweight tu, saya tolong pecahkan tips kurus kepada 5 level. Kalau boleh buat semua lagi bagus. Kalau tak boleh, bermula la dengan mana-mana yang boleh dulu.
Lepas buat semua ini saya berjaya turun 7 kilo dalam masa 2 bulan tanpa perlu berlapar.
Ok. Jom kita mula..
Level 1 – Naikkan metabolism.
=======================
– Minum air putih secukupnya, 8-10 gelas sehari. Segelas bersamaan 250 ml air.
– Minum green tea 1-2x sehari. Pastikan tiada gula. Kalau nak gula juga, guna stevia. Dekat shopee ada seller jual stevia dalam pek. Rm8 boleh dapat 20 pek kecil.
– Kurangkan pengambilan gula dan susu pekat dalam minuman (kalau boleh stop terus lagi bagus)
– Sekiranya metabolism badan tinggi, lebih banyak kalori yang dapat dibakar.
Level 2 – Stop sugar, jajan, MSG.
==========================
– Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Gula antara penyebab utama buncit.
– Gula boleh digantikan dengan stevia. Stevia tiada kalori walaupun manis nya sama seperti gula sebenar.
– Selain gula, jajan juga tinggi kalori, tapi tak mengeyangkan pun. Kebanyakan orang naik berat tanpa sedar disedapkan tabiat makan jajan ketika tgok tv atau ketika lapar malam-malam.
– Stop jajan dan lebihkan makan sayur dan buah. Rendah kalori dan mengeyangkan.
– Sediakan juga buah, tomato, atau carrot dalam peti ais. Andai lapar malam-malam, ganti la dengan buah atau sayur.
– Ok je sebenarnya kalau anda masih nak makan jajan dan gula. Cuma anda akan ada masalah untuk pastikan kalori harian yang diambil tidak melebihi keperluan badan.
– Sanggupkah anda tak makan nasi demi makan jajan? Jadi better kurangkan atau stop terus.
Level 3 – Pantau kalori harian.
=========================
– Mula-mula sekali check DCR kita (keperluan kalori harian). Untuk check DCR boleh google “dcr calculator”
– Nilai dcr ialah nilai kalori harian yang diperlukan badan. Pastikan kita makan setiap hari tidak melebihi nilai kalori DCR.
– Di pakaging makanan, terdapat kiraan kalori untuk setiap hidangan. Belajar kira kalori supaya kita tahu ‘daily calorie intake’ kita.
– Untuk makanan yang tiada maklumat kalori, boleh guna apps myfitnesspal untuk check kalori makanan.
– Boleh juga guna apps tersebut untuk rekod makanan yang dimakan supaya supaya kita tahu kalori harian yang telah diambil.
Level 4 – Lebihkan protein, kurangkan carb.
==========================
– Untuk kita yang nak nak turun berat, protein lebih mainkan peranan berbanding karbohidrat. Sebab tu kena lebihkan protein.
– Bila berat berkurang, otot muscle yang terbina dari protein akan berkurang juga. Pengambilan protein dan workout yang mencukupi akan memastikan kita mampu turun berat tanpa kehilangan muscle otot yang keterlaluan.
– Tapi jangan la buang carb terus. Cukup ambil dalam kuantiti yang berpatutan. Carb complex macam nasi membantu kita rasa kenyang.
– Dulu mak ayah kita ajar makan nasi banyak-banyak kan? Itu lah yang diajar datuk nenek kita. Sebabnya zaman dulu datuk nenek kita pesawah dan petani. Badan perlu lebih karbohidrat untuk tenaga.
– Zaman sekarang melekat dekat smartphone 24 jam. Gaya pemakanan dulu dah kurang sesuai. Setakat nak buat tarian tik tok, berapa kalori sangat boleh bakar.
Level 5 – Workout dan jogging.
=========================
– Body workout dapat bantu gantikan lemak dengan otot. Otot dapat bakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Yang bestnya selepas workout, otot akan terus bakar kalori. Lebih banyak otot yang kita ada, lebih banyak kalori yang dapat dibakar walau tanpa buat sebarang aktiviti.
– Jogging pula bagus untuk bakar lemak dan kalori. 30 min jogging dapat bakar sekitar 200 – 300 kalori.
– Bila workout, mmg badan akan rasa sakit dan sengal-sengal sebab semasa workout otot yang terlibat akan rosak. Tapi selepas workout, badan akan repair semula otot tadi dan siap beri extra otot. Menyebabkan kita makin berotot dan kuat selepas recovery.
– Untuk recovery yang lebih laju, seeloknya makan sedikit protein dalam tempoh 1 jam selepas jogging atau workout. Protein ini bantu baiki semula otot yang rosak. 1 biji telur rebus sudah mencukupi untuk 30 min workout.
– Untuk permulaan cukup la setiap minggu kita workout 1 sesi, dan jogging 2 sesi. Kalau boleh minima 30 min setiap sesi. Lepas tu kalau nak result lagi laju boleh tambah lg bilangan dan tempoh workout ikut kemampuan badan.
– Kalau kita turun berat tanpa workout dan jogging, memang boleh kurus, tapi sebenarnya kita akan makin lemah dan tak bermaya disebabkan muscle otot yang berkurang.
– Sebab tu kebanyakan orang tua tak boleh angkat barang berat. Sebab makin tua kita, makin banyak otot yang hilang. Dan sebab tu ada juga orang tua yang masih boleh angkat barang berat. Sebab ototnya masih maintain. Kiranya muscle otot ni ialah satu benda berharga yang kita perlu jaga sebaiknya.
– Kalau dapat kurus pada masa yang sama maintain fit, itulah yang terbaik. Fit bukan sado tau. Fit ni badan nampak bertenaga dan steady. Tak semestinya kena berketul-ketul macam bodybuilder tu.
Dah habis baca?
Percaya lah kalau kita dah tahu semua atas ni, kita sebenarnya tak perlu produk kurus.
Kebanyakan produk kurus hanya bantu detox. Detox tak bakar lemak pun. Detox hanya buang toksin, namun ada sesetengah seller kurang ilmu beritahu lemak akan terkeluar sekali semasa buang air.
Begitu juga dengan sauna. Selepas sauna memang kita akan rasa badan ringan sebab sauna buang toksin dan air. Tapi nanti lepas kita minum air, berat akan naik semula sebab sauna tak bakar lemak pun.
Sebab tu mereka yang hanya bergantung kepada detox dan sauna untuk turun berat, hanya akan turun berat sekejap sahaja. Lepas tu naik balik.
Kalau ada produk yang perlu beli pun, saya hanya cadangkan untuk beli whey protein kalau kita jenis selalu workout atau jogging.
Kalau tak nak beli pun ok. Protein dari telur rebus pun dah cukup untuk baiki muscle lepas workout. Cuma whey protein lebih senang disediakan.
Penting!! Tolong elakkan soy based protein. Sebab terlalu banyak soya pun boleh memudaratkan. Whey protein dah mencukupi. Pastikan juga ada sijil halal.
Akhir sekali, dapatkan lah penimbang yang boleh rekod data dan boleh tengok body fat.
Yang harga ok setakat ni Realme Smart Scale dan Xiaomi Body Composition.
Bila guna penimbang ni baru kita tahu berat kita turun tu sebab air, lemak, atau otot.
Kalau berat lemak maintain, tak perlu bangga sangat dengan penurunan berat tu. Entah-entah yang hilang tu cuma air dan bahan kumuh je. Nothing to be proud.
Dan nak timbang tu, tak perlu timbang hari-hari sebab dalam sehari berat badan boleh berubah antara 1-2 kg.
Cukup seminggu sekali je timbang. Dan seeloknya timbang la semasa bangun pagi ketika perut masih kosong dan sebelum minum air.
Untuk permulaan, kalau dalam seminggu dapat turun 200 – 500 g pun dah cukup bermakna dah. Yang penting konsisten.
FAKTA 1: Ramai yang nak kurus cepat, selepas setahun masih lagi tak kurus. Sebaliknya masih tercari-cari produk dan tips kurus cepat. Umpama ada magic pill yang belum dijumpai.
FAKTA 2: Manakala mereka yang tak kisah kurus secara steady dan slow ini, selepas setahun jauh lebih kurus dari yang nak kurus cepat tadi. Consistency is the key !!
Kepada yang obesiti pula,
Saranan saya tak perlu jogging lagi. Dulu saya pernah jog gila-gila dan end up injured selepas seminggu. Nak recover balik ambil masa berbulan.
Lagi baik minggu pertama berjalan biasa je dulu. Dan buat workout yang melibatkan otot kaki seperti squat, lompat bintang, ketuk ketampi, dan rope skipping.
Boleh cari di youtube untuk tahu cara buat workout di atas. Banyak video. Tinggal nak tengok dan buat je.
Low body workout tadi akan bantu kuatkan muscle betis dan paha yang sangat digunakan semasa jogging. Jadi nanti bila dah start jogging tak de la sakit-sakit paha, tapak kaki atau lutut sangat.
Alhamdulillah sekarang ni saya dah boleh jogging 5 km dalam masa 45 min. Berat sekarang 78 kg. Masa mula 2 bulan lepas, 30 min dapat jogging 2 km je. Tu pun dah sakit-sakit kaki paha semua.
Mungkin ada yang rasa turun 7 kilo dalam masa 2 bulan ni biasa-biasa je berbanding testimoni produk-produk kurus. Kan?
Tapi bagi saya 7 kilo ni sangat bermakna sebab :
1) Saya tak perlu berlapar. Walaupun makan bawah nilai DCR, saya masih kenyang. Kalau rasa nak makan lebih, saya akan pastikan saya jogging pada keesokannya.
2) Saya tak perlu risau buah pinggang rosak disebabkan bahan-bahan terlarang yang ada dalam produk kurus.
3) Dan saya tak perlu bayar mahal-mahal untuk produk kurus. Produk kurus paling mahal saya Ahmad Green Tea tu je. Beli dekat speedmart tak sampai rm5 sekotak. Baik untuk metabolism. Campur lemon dah jadi baik untuk detox jugak.
Ok done sharing..
Kalau rasa apa yang saya kongsi ni bermanfaat, doakan la rezeki saya dan kawan-kawan saya murah ye. Saya doakan rezeki awak murah jugak. Aamiin..
Kalau tahu kawan yang nak turun berat tapi takde tindakan tu, panjangkan lah tips ni kepada dia. Kawan kita bukan malas, cuma mereka tak tahu nak bermula dari mana. Mana tahu artikel ini boleh jadi titik mula mereka.
Andai rasa info ni susah nak hadam. Simpan je dulu dekat wall sendiri. Dan lepas ni setiap kali anda nampak iklan produk kurus, jangan whatsapp seller tu lagi. Baca balik artikel ini kasi hadam lagi sekali.
– Najmi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit