Dugaan Perkahwinan

Hai, aku Alia. Usia perkahwinan hampir 7 tahun dikurniakan 3 orang cahayamata. Dipendekkan cerita, tahun pertama perkahwinan alhamdullilah baik2 sahaja. Aku tinggal bersama mertua.

Aku diuji pada 2 tahun usia perkahwinan dimana suami dibuang kerja. Aku pula hanya surirumah, selepas suami dibuang kerja kami mulakan bisnes kecilan.

Bisnes ada pasang surut, bisnes down tak boleh rolling duit. Tungakkan kereta motorsikal asb semua ada.

Akhirnya pada tahun ke 3 aku disahkan mengandung anak kedua, sewaktu mengandung anak kedua emosi aku betul2 luar kawalan kerana kami pernah ada salah faham dengan mertua.

Mertua baik penyayang tapi aku menantu hanya surirumah umur baru 20. Suami pula tiada kerja tetap. Kami tinggal sebumbung boleh dikatakan setiap hari ada masalah.

Mertua tak suka aku kerana suami aku tiada kerja tetap. Tapi suami aku sangat rajin bangun awal pagi buat tugasan rumah.

Pada aku sarat hamil anak kedua suami dapat tawaran khusus, selepas aku bersalin kami berpindah ke rumah mak aku sendiri.

Kami pjj selama 1 tahun, oh ya lupa nak bagitahu, sewaktu bisnes down kami banyak tunggakan kereta dan personal loan.

Bermula lah dugaan hidup, tak tahu silap dimana, selepas aku bersalin anak kedua suami pergi khusus untuk kerja di kedah.

Masa tu aku buntu, suami terpaksa pergi kerana peluang kerja akan datang lebih cerah tapi terpaksa tinggalkan anak isteri selama setahun. Aku terpaksa pikul sendiri macam mana nak selesaikan hutang2 tunggakan suami.

Anak sulung 2 tahun, anak kedua 2 bulan macam tu. Macam2 kerja aku buat tapi gaji dapat lepas untuk bayar hutang bank sahaja.

Barang kemas milik aku semua aku gadaikan, dan ya silap aku. Aku tak pernah ceritakan kesusahan aku di kampung kepada suami kerana aku nak suami habiskan latihan disana.

Sewaktu pjj kami berhubung seperti biasa. Masa tu aku buntu macam mana nak selesaikan hutang2 ni aku terjebak dengan skim pinjaman.

Dulu aku fikir bila aku meminjam satu skim aku lepas untuk selesaikan hutang2 yang ada tapi sangkaan aku salah. Hutang makin bertambah sebab skim ni boleh buat sampai 4 pinjaman.

Jadi aku rasa pinjam kali kedua boleh tutup pinjaman lama. Ibarat tutup lubang gali lubang,nperkara ni berlarutan sampai suami habis latihan.

Masa tu aku buat bisnes kecilan. Suami pun masih tiada kerja tetap sampai lah kami buka bisnes betul2, kami ada buka cafe, tapi diuji dengan pkp 1.0.

Dan aku pula disahkan hamil anak ketiga, masa tu aku dah buntu macam mana nak selesaikan pinjaman yang aku buat (pinjaman ni aku buat hanya untuk selesaikan tunggakan yang lalu).

Aku alahan teruk sampai keluar masuk hospital, pinjaman aku belum selesai. Aku buntu lalu aku terpaksa pinjam wang dengan seseorang yang aku kenal.

Tanpa fikir panjang kawan aku bantu, tapi Allah nak tunjuk. Seminggu lepas aku dapat duit tu kantoi suami check handphone dan dia soal kenapa aku berhubung.

Aku terpaksa jujur dan ya suami memang marah kecewa dengan aku masa tu. Tapi aku terpaksa. Aku ditinggalkan dengan hutang2 aku tak mampu nak selesaikan lalu aku buat pinjaman. Pinjaman tu ibarat tutup lubang gali lubang.

Selepas suami tahu semua tu dia agak kecewa tapi hubungan kami baik sahaja sampai aku bersalin anak ketiga, sekarang ni kami banyak selisih faham dan aku selalu tidur luar tapi suami tak pernah pujuk. Sampaikan seminggu tidur asing pun suami tak kisah.

Aku makan hati, tiap kali gaduh suami akan cakap dia kecewa sebab aku meminjam dengan orang. Itu sahaja kesilapan aku buat tapi ibarat apa aku buat semua salah. Tanpa dia sedar kenapa aku boleh terjerat dalam hutang.

Sewaktu dia pergi latihan ibu mertua tak pernah jenguk aku dan cucu. Aku tiada tempat bergantung, dengan duit tu sahaja aku boleh bayar hutang, susu pampers anak.

Aku sedih, aku sanggup bergadai barang kemas bertahun tak ditebus kerana nak selesaikan hutang suami tambahan selepas pantang aku diuji jaga dua orang anak. Hanya family aku sahaja support aku tanpa ketahui aku struggle bayar hutang.

Apa nak buat sekarang? Suami kecewa setiap kali gaduh mesti hal tu berbangkit. Macam mana dengan pergorbanan aku selama ni yang dia tak tahu?

Aku pun tertekan, silap aku satu sahaja aku rahsiakan pinjaman. Kerana aku kenal suami aku macam mana sebab itu aku rahsiakan, sekarang aku makan hati rasa terhina.

Ni dah seminggu tidur asing, perlu ke aku undur diri? Aku penat pertahankan rumahtangga ni. Tapi suami salahkan aku tanpa dia sedar selama dia jatuh hanya aku sahaja yang ada.

Aku bodoh, sanggup berhutang kerana nak bantu suami tapi aku silap hutang tu jerat. Aku sayangkan rumahtangga dan anak2 tapi aku kecewa suami asyik salahkan aku.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *