Sudah berapa banyak jugak confession mangsa orang alim taik kucing kat dalam page ni. Kalau lah, FW keluarkan statement macam ni.
“Penglibatan SJT dan CT KSM sangat jelas dalam gerakan Predator Jenayah s3ksual. Saya sertakan bukti-bukti sekali di sini. ”
Aku ingat, tak jumpa kot koleksi ayat bawah ni,
“Biarlah polis siasat dulu, yang FW si budak Cina ni menggelabah macam ikan keli atas darat ni apahal? Dia polis ke?”
“Jangan sebar aib orang. Jangan cari-cari aib orang, kita tak baik mana pun. Takut esok Allah buka aib kita.”
“Kita sesama Muslim tak perlulah nak bongkarkan melalui public, kan boleh berdepan dan selesaikan secara tertutup?”
“Allahu, dah terang-terang sekarang teknologi serba canggih. Video tu pun terang-terang fake. Memang fitnah terbesar!”
Belum masuk koleksi Hadis dan surah lagi yang kita naikkan. Betul alim lah pulek memasing tiba-tiba. Macam baru balik sekolah pondok.
Tak dengar lah koleksi-koleksi ayat ni semua keluar. Apa SJT bukan Muslim jugak ke? Takda langsung yang beriya cerita pasal Aib.
Yang kita buat masa tu apa? Sampai gelak besarlah kita provok dan tekan si SJT tu sampai SJT nekad nak keluar Islam lagi.
Takda pun yang cakap Video SJT tu entah-entah kena hack ke, tunggu mahkamah buktikan bersalah ke.
Nampak tak permainan persepsi? Permainan sentimen yang dah tertanam.
Ramai tak tahu, dan tak perasan, perniagaan paling menguntungkan dan paling kuat pengaruhnya sehingga kau boleh dapat ilmu kebal Free adalah Perniagaan Menunggang Agama.
Tuan-tuan, Predator Jenayah s3ksual melibatkan golongan agama ni janganlah pandang enteng, tuan-tuan. Sungguh, janganlah pandang alasan lain dulu, ambil lah tahu, dan tolong selalu waspada.
Buah dada kena cubit dengan Pak Ustaz pun, orang cakap kita yang berdosa besar sebab Fitnah. Kita pulak yang dosa besar.
Dapat gambar Timun Jepun Pak Ustaz pun, kita yang rasa tekanan tak tahu nak buat apa. Last sekali di hukum dosa besar sebab sekali lagi memFitnah. Kita lagi yang dosa besar.
Pak Ustaz yang dapat sedap ni bila pulak nak dosanya?
Esok-esok tak tahan tekanan, kemurungan, kita ambil langkah b*nuh diri.
Kena tuduh lagi tak kuat iman, dan dikatakan ni Azab Allah pada kita yang memfitnah Ustaz Gerenti Syurga.
Teruk betul tekanan pada golongan mangsa ni, tuan-tuan.
Betul, kita semua ada aib kita. Kita semua ada dosa-dosa lampau kita, kalau disebabkan kita ada dosa-dosa lampau dan itu penyebab untuk kita tak boleh bersuara tentang jenayah lain, kita nak jadi apa ni tuan-tuan?
Nak kena diam ke macam mana? Tengok orang kena r*gol, kita kena tutup mata dan istighfar sebab kita dulu pun pernah jahat dan Allah tutup aib kita, jadi kita ambil pendekatan taknak ambil tahu dan diam lebih baik ke?
Permainan sentimen memang selalu akan menang bila di bawa pada masyarakat lembut hati macam kita.
Jahat lah mana pun, bila yang jahat tu ada bawa elemen agama, elemen kebaikan, semuanya kita tutup mata pilih untuk bersangka baik berlebih-lebihan. Dan yang jadi mangsa tu nanti, kita tak habis sarankan pada dia,
“Sabarlah, mungkin Ustaz tu tak sengaja. Semua orang buat silap kan?”
Tinggal menangis je lah dan pendam sorang-sorang si mangsa tu.
Nak tau macam mana orang kita begitu cair dengan elemen agama sampai semua kelemahan diorang boleh tutup mata je?
Haa imbas balik Akademi Fantasia musim ke 3 dulu. Buat pertama kali dalam sejarah, pecah rekod gila-gila. Sampai Juara Anugerah Bintang Popular tahun sebelum pun boleh tumbang.
Tuan-tuan, sangat perit, sangat sakit, di saat kita nak menegakkan kebenaran akibat kita menjadi mangsa s3ksual Sang Golongan Suci, namun sekeliling memilih untuk menyerang kita. Menuduh kita dengan pelbagai tohmahan yang tak masuk dek akal.
Menuduh kita cuba menghancurkan agama, memburukkan agama, memfitnah orang-orang agama tanpa sikit pun beri peluang untuk dengar luahan kita. Kononnya atas nama pertahankan agama.
Kegilaan apa yang sedang berlaku pada masyarakat kita?
Aku terlibat banyak pengalaman yang melibatkan permasalahan ni dulu, nak buktikan memang susah. Dan sangat mencabar bila kau tak pakai kopiah dan tak pandai sembang hadis.
Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau
P/s : Macam mana nak bagi faham ya. Macam ni lah. Kau dengan sepupu kau. Sepupu kau ni baik, solat tak tinggal, belajar sekolah agama.
Kalau ada majlis tahlil ke apa ke memang dia yang akan bawakan majlis tahlil tu. Kira sejuk lah mata memandang. Kau pulak jenis free hair, tak kuat agama macam sepupu lelaki kau ni.
Satu hari tu, kau tengah duduk sorang-sorang, sepupu kau datang. Dia bukak seluar dia, dia tunjuk burung pipit dia dekat kau. Kau tercengang, kau cerita dekat bapak kau, bapak kau marah kau cakap jangan buat fitnah.
Apa jadi dengan kau? Kalau kita sebagai bapak pun, nak percaya dekat siapa? Sepupu lelaki tu orang alim tu. Anak kita free hair.
– Tuan Amir Danau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit