Saya dari keluarga susah. Adik beradik ramai 9 orang. Ayah pencen askar aje. Mak pulak suri rumah.
Walaupun demikian arwah ayah saya ni rajin bekerja dan arwah mak pula sangat pentingkan pendidikan anak anak. Abang yang sulung saya amat bertanggungjawab dengan adik beradik.
Sebagai abang yang sulung dialah tempat bergantung adik adik yang ke bawah untuk perbelanjaan belajar walaupun taklah banyak.
Tradisi adik beradik yang sebelah atas menanggung dan pentingkan pelajaran adik beradik di bawah kami warisi. Arwah emak selalu kata selagi adik beradik tak lepas engkau orang tak boleh kawin. Bagi duit kat mak ayah dan support adik adik belajar.
Alhamdulillah saya ni ada rezekilah sikit dalam pelajaran masuk universiti Islam ternama di PJ. Belajar sampai dekat 6 tahun dari matriks sampai degree.
Adik beradik saya yang belah bawah bawah ni ada juga yang rezeki baik. Cerah hati dalam pelajaran tapi ada sedikit nakal.
Alhamdulillah ramai adik beradik saya yang sekolah agama. Dan ada adik saya seorang ni dapat keputusan periksa SRP yang agak baik saya cuba arrange masuk sekolah SBP yang baik tempat saya belajar dulu.
Semangat arwah ayah saya dan saya hantar naik motor selama 3 jam perjalanan ke sekolah untuk daftar adik sekolah.
Bersama kami dibawa satu surat iringan dari pengetua sekolah lama yang diseal dengan gam merah hanya pengetua sekolah baru boleh buka surat itu.
Saya dan arwah ayah jumpa pengetua di bilik pengetua dan terkejut sekolah SBP ini menolak kemasukan adik saya ini atas alasan displin dan beberapa kalu ditangkap merokok.
“Cukup dah kami dengan pelajar dengan masalah macam ni pak cik. Maaf kami tak boleh terima anak pakcik walaupun result akademik dia bagus” kata pengetua SBP.
Terjelepuk arwah ayah saya dengan keputusan pengetua. Saya juga sangat kesal kerana terpaksa balik kembali mengharung 3 jam perjalanan ke rumah dengan rasa hampa dan kecewa.
Keluarga kami ambik keputusan untuk sekolahkan adik saya ni di sekolah harian biasa untuk tingkatan 4 dan SPM. Alhamdulillah di sekolah harian biasa dia pun dapat keputusan yang melayakkan dia untuk masuk U tempat saya belajar.
Semua proses ambik borang isi borang kemasukan UPU ni saya yang buat semua kerana saya dah berpengalaman di universiti yang sama.
Saya amat meminati bidang undang undang tetapi tersilap pilih kursus untuk program Syariah yang ketika itu ingat bidang undang undang.
Abang saya yang saya ada yang berniaga dan kadang kadang dalam berniaga ada isu berkaitan undang undang.
Maka saya rasa ada perlu adik saya ni ambik bidang undang undang di tempat saya belajar so bolehlah bantu nanti keluarga. So berdaftarlah adik saya belajar dalam bidang undang undang.
Saya pulak sudah bergraduat dan dapat bekerja di sebuah syarikat yang agak ternama juga. Dengan gaji yang ada dapat saya menanggung adik saya ini yang sekolah.
Setiap bulan tidak pernah miss saya ke Gombak hantar duit belanja adik risau dia tak makan dan tiada belanja.
Saya ambik peranan sebagai bapa tanggung perbelanjaan sebahagiannya kerana dah jadi common understanding saya dan abang saya yang lain yang atas tanggung yang bawah.
So bertahun jugalah tanggung adik saya sampai habis belajar dan berjaya jadi lawyer.
Dia ada kata dia tak tahu pun dia ambik bidang undang undang lepas SPM. Memanglah hangguk semua abang engkau yang buatkan isi borang dan hantar borang. Lepas tu tanggung engkau belajar pulak.
Saya anggap ilmu pengetahuan yang diberi keluarga dengan jawatan dan potensi dalam bidang undang undang ni sudah cukup untuk mengubah nasib sesorang.
Harapan tidak macam tu. Sebelum betul betul stabil adik saya dah sibuk nak kawin. Kerja dan syarikat guaman pun sangat baru dan tak banyak client.
Untuk jadi peguam seseorang perlu sangat berdisplin terutama berkenaanwang syarikat dan client. Mungkin atas faktor tak de duit adik saya terpakai duit client sehingga tak mampu nak bayar.
Pelanggan lapor pada Bar Council dan dipecat dari Majlis Peguam.
Sebelum tu ada adik saya minta kat saya dan abang abang saya yang lain pinjam duit untuk bayar balik duit client. Tapi kerana jumlah yang besar kami tak mampu nak bagi.
Sejak itu dia lari terus dari keluarga dan tak balik balik lagi ke rumah. Tiada lagi kami dihubungi dan saya sendiri tak tahu dia duduk di mana. Nasib orang rumah dia pun graduate dan dia dapat hidup dengan pendapatan orang rumah dia.
Adik saya dengarnya lebih kepada menjaga anak anak yang kecik di rumah.
Sesekali dapat juga kerja dalam bidang bukan berkaitan undang undang dengan degree yang dia ada.
Berpuluh tahun hingga hari ini tak dengar cerita pasal adik saya ni walaun saya tahu dia tinggal dalam kawasan Lembah Kelang.
Masa arwah mak saya meninggal dia ada datang dan balik ke kampung tapi masa arwah ayah saya meninggal langsung dia tak jenguk.
Rumah dia ke kampung pun tak jauh tapi sejak arwah mak saya meninggal dia tak pernah lagi balik ke kampung walaupun hari Raya.
Mungkin dia takut ada client nampak dia balik dan tuntut wang dari dia. Tapi yang pelik juga kami yang duduk di KL berpuluh tahun tak pernah dia hubungi.
Saya sendiri pun dah anggap dia dah lama mati. Mungkin anak anak dia juga dah besar.
Tak apelah kalau dia rasa dia besar kepala dan anggap ijazah yang dia perolehi tu hasil usaha dia semata mata. Kami abang abang yang turut berkorban ni pun tanggung susah sekali tau.
Bukan nak mengungkit tapi sikap dan perangai lupa asal usul ni cukup saya benci. Adik adik yang di UIA ambik undang undang atau apa apa bidang ingat bahawa ijazah yang kita dapat bukan hak milik mutlak kita seorang.
Ramai keluarga juga turut berkorban. Ber amanah jaga duit orang jangan sampai makan duit client dan kena bar dengan Majlis Peguam. Itu sahaja ingatan saya…
– Dr Jo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit