Luahan Ibu Tunggal

Assalammualaikum saya Abby, umur dah nak hampir 30an. Saya seorang ibu tunggal, anak seorang.

Saya kematian suami sejak 2014, masa tu anak dalam kandungan lagi.

Sejak arwah suami tak ada, saya pindah semula ke rumah ibu ayah sebab saya tak mampu bayar rumah arwah dan saya sorang2, keluarga mertua dah jual pun rumah tu.

Bertahun saya pendam perasaan duduk dengan ibu ayah saya dan adik beradik lain. Kemuncaknya bila pkp berbulan lepas, saya rasa stress sangat dengan perangai mereka.

Adik2 saya perangai tak matang lagi, semua saya dan ibu yang buat dirumah. Kami pun kerap bergaduh puncanya benda kecil saja.

Saya nekad nak berpindah duduk berdua dengan anak tapi sedih dan geram sangat ibu ayah saya tak benarkan, “selagi tak berkahwin jangan nak pindah” kata ibu saya.

Mungkin sebab kali ni lama sangat berkurung di rumah, masing2 emosi bertambahlah stress saya.

Tahun ni saja berkali2 dah saya kena self quarantine sebab ada close contact di tempat kerja tapi Alhamdulillah setakat ni keluarga saya terpelihara dari covid19.

Saya cuba nak berpindah dari rumah ayah saya ni sebab saya rasa lemas dengan suasana rumah ni, saya takda ruang sendiri anak saya pun takda ruang dia sendiri. Bilik tidur sendiri pun takda.

Saya kesian jugak dengan anak. Tapi ibu ayah saya tak benarkan dengan alasan nak dekat dengan cucu.

Keluarga mertua saya masih baik sampai sekarang, saya bersyukur sangat. Ada juga mereka ajak saya duduk sekali tapi saya yang segan.

Mereka baik sangat, ambil berat dengan anak dan saya. Ada jugak bagi duit belanja pada kami walaupun saya rasa mereka tak perlu pun.

Tiap2 tahun hari lahir anak pun mereka beria sambut, sampai booking hotel ajak bercuti sekali.

Cuma sejak covid ni dah dua tahun tak dapat berjumpa keluarga mertua, semoga tahun depan kami dapat berjumpa lagi.

Kawan2 saya (ada yang dah berkahwin) ada jugak nasihat saya untuk berkahwin lagi, tapi saya rasa susah sangat. Saya rindu lagi arwah suami saya, walaupun dah bertahun.

Ada jugak saya cuba berkawan dengan lelaki lain, atas cadangan kawan2 jugak tapi rasa tak serasi.

Yang melamar pun ada saya tolak, saya jadi takut.

Lagipun anak saya perempuan, macam2 saya fikirkan dan ya mungkin saya paranoid tapi nauzubillah semoga dijauhkan. Sampailah hujung tahun lepas, saya kenal dan berkawan baik dengan lelaki ni.

Dia baik, bijak dan nampak macam bertanggungjawab cuma dia muda dari saya. Dia pun faham dan respect saya. Itu yang saya rasa kagum dengan dia, dia lain.

Macam2 jugak saya lalui dengan dia, mula2 ada juga salah faham antara kami sebab saya ni jenis independent, head strong konon, tak pernah harapkan bantuan orang tapi dia selalu cuba nak bantu saya, dia tak mahu saya buat seorang katanya.

Perihal anak saya pun dia pandai ambik hati anak saya sampai anak panggil dia daddy, saya sentap kejap tak taulah kenapa.

Tapi sekarang saya kurangkan bawa anak berjumpa dia sebab taknak anak rasa attached sangat dan covid pun satu hal juga.

Selain tu, saya tak tahulah kenapa saya rasa serba salah pada arwah suami saya pada masa yang sama saya bersyukur dapat berkawan dengan dia.

Saya takda janji atau bagi harapan pada dia, cuma dia pernah janji pada saya yang dia akan selalu ada untuk saya dan anak saya.

Terharu jugak masa tu, ada saya ceritakan pada kakak ipar saya perihal dia, kakak ipar dan keluarga mertua tumpang gembira katanya tak sabar nak kenduri lagi tapi tengoklah macam mana kan. Masih awal lagi saya rasa.

Okaylah sekian luahan saya, inshaAllah saya bersambung lagi kalau ada masa, (sekarang saya kuarantin lagi di rumah). Kalau luahan saya ni dipaparkan terima kasih ya pada admin.

Akhir kata semoga urusan kami semua dipermudahkan.

– Abby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *