Cara Saya Berusaha Untuk Bertemu Jodoh

Tajuk dan isi yang saya buat very straightforward. Tapi ini lebih kepada cara saya hasil dari pembacaan dan percubaan saya sendiri.

Mungkin ada yang boleh terima dan ada yang akan kecam (mungkin?)

Pada saya cara ni membuahkan hasil sebab saya dikategorikan sebagai seorang yang forever single zaman sebelum kahwin dulu. Pastu disebabkan usia menginjak ke angka 30 waktu tu.

Dan kini perkahwinan baru menginjak tahun ke-6.

Perasaan hati ingin berkeluarga sangatlah tinggi. Jadi saya pun tercari-cari macam mana nak bertemu jodoh idaman hati ni.

Buah hati pun takde, kawan lelaki ada tapi biasa la kalau dah nama kawan tu macam susah juga la.

1. Persediaan Hati

First sekali bersedia dari sudut hati. Walaupun taktahu jodoh korang tu sape, dari mana datangnya dia, korang ready saja. Umpama nak kahwin tak lama lagi.

Sebab step-step seterusnya akan kelihatan lebih ekstrem tapi takde la mcm psycho pun. Step pertama ni lebih kurang mcm niat dalam solat la.

2. Persediaan Mental

Next persediaan dari segi mental. Yang ni korang kena ambil pen dan kertas kecil yang boleh lipat simpan dalam purse / wallet. Tulis segala ciri-ciri lelaki yang korang nak. Be real.

Contohnya korang seorang yang pendiam. Jadi korang nak seseorang yang boleh menceriakan suasana, so tulis “Periang”. Hehe.

Pastu korang benci orang pemarah. Jadi tulis “Penyabar”. Tulis benda-benda yang positif saja. Be specific. No harm at all.

Satu lagi, jangan lupa tulis “Single”. Hehe. Takut juga. Lepas tulis tu, korang lipat simpan dalam wallet or anywhere yang korang boleh lupakan. Lupakan ye.

Bukan untuk korang hadap tatap everyday jadi mantera pula. Satu lagi korang bayangkan keluarga macam mana yang korang nak. Pejam mata dan bayangkan situasi sehari-harian yang korang nak.

Sampai rasa dalam hati. Situasi kebahagiaan tu. Walaupun bergaduh tapi cara korang suami isteri handle tu sangat berhemah. Tu pun bahagia juga kan?

3. Persediaan Persekitaran

Seterusnya korang ready dari segi environment. Yang ni membawa maksud, korang pretend bilik korang atau rumah korang tu dah ada jodoh korang. Scary pulak bila baca balik.

Bukan bermaksud korang bercakap sorang-sorang, gelak-gelak. Bukan ye adik-adik. Maksudnya macam ni, almari korang dibahagi kepada dua bahagian.

Make a space. Baju penuh-penuh tu korang sedekah ler. Seolah-olah jodoh korang nak sangkut baju dia sekali. Kalau laci biar sebelah kosong. Macam saya dulu suka buat koleksi cawan. Jadi beli la cawan dua biji.

Pinggan dua biji. Bantal pun tambah. Tapi dah kalau katil single jangan la ekstrem sgt sampai beli katil baru. Basically bersedia in real life. Walaupun bukan nak duduk rumah tu lepas kahwin nanti.

4. Persediaan Kewangan

Step persediaan kewangan ini hanyalah untuk melahirkan perasaan tanggungjawab yang bakal kita hadapi tak lama lagi. Seperti persediaan persekitaran, korang allocate sejumlah wang untuk nafkah bakal isteri nanti. Belanja rumah untuk keluarga.

Manakala untuk perempuan pula mungkin boleh allocate sejumlah wang tersebut untuk simpanan keluarga.

Perihal kewangan ni memang kita tak boleh lari langsung. Kalau kita tak dapat allocate sejumlah wang untuk kegunaan keluarga, macam mana waktu kahwin nanti.

Tapi bila dah kahwin insyaAllah rezeki akan bertambah. Rezeki ni terlalu luas maknanya.

5. Persediaan Rohani

Yang ni wajib lahh. Dari segi solat hajat, berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah yang memegang hati-hati hambanya. Lepas tu korang berdoa dengan bersungguh-sungguh.

Dan be specific dengan apa yang korang nak. Doa lama-lama. Minta saja dengan Allah. Sebelum meminta dengan Allah S.W.T. berilah pujian kepada-Nya diikuti dengan doa.

Misalnya “Ya Allah, Engkau yang Maha Memberi, Maha Mengetahui, Engkau pertemukanlah jodoh yang sentiasa bersabar dan menceriakan hari-hariku Ya Allah. Yang beriman dan boleh mendekatkan diriku kepada-Mu Ya Allah”. Gitu.

Pastu cari waktu yang mustajab untuk berdoa. Buat dikesemua waktunya.

6. Tawakal

Yang terakhir, tetapkanlah diri untuk bertawakal kepada Allah S.W.T. Menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T. setelah berikhtiar.

Percaya bahawa percaturan Allah itu yang terbaik. Dalam Surah Al-Talaq : 3 Allah SWT berfirman “Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya.”

Demikian lah cara saya berusaha dalam mencari jodoh. Jodoh saya bukan dari circle yang sedia ada.

Namun hadir di saat yang tidak diduga namun dalam keadaan yang bersedia.

Semoga kalian yang membaca penulisan saya ni boleh mendoakan rumahtangga saya sentiasa dibawah rahmat Allah dan jodoh kami berpanjangan sampai ke syurga.

– NamaBukanAina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *