Sebenarnya jalan cerita hidup aku panjang sangat. Tapi aku ringkaskan sedikit. Sebenarnya dari kecil aku diuji dengan sakit. Sakit yang mungkin orang yang tak tahan dengan ujian akan jatuh tumbang.
Sebenarnya aku lahir dikalangan orang yang bukan hidup senang. Hidup aku susah sangat kecil dulu.
Aku lahir dalam keluarga yang tak sempurna macam keluarga orang lain. Ayahku seorang yang garang. Hari2 kami adik beradik dimaki hamun.
Perkataan yang keluar Sudah tentu lah babi, anak haram, anak tak guna. Tiap pagi bangun daripada tidur ayah akan berleter bising. Aku rasa mungkin ayah aku sakit.
Masa darjah 1 aku mula rasa kesakitan yang mungkin bagi orang lain tak kuat hadapi akan rasa betapa peritnya. Ketul dalam perut mula timbul.
Selepas ketul tu timbul aku mula sejuk kaki tangan dan alami kemurungan. Aku makan bersuap sampai darjah 6. Emak yang banyak menjaga aku.
Antara adik beradik aku seorang diuji dengan sakit ini. Ya Allah sejuk kaki tangan sakit habis badan2. Dengan bunyi telinga berdesing, berdebar-debar, tiap pagi berbungkus dalam selimut.
Selepas dapat sakit ini aku mula nampak halusinasi iaitu bayang-bayang.
Tiap kali aku berjalan aku akan nampak bayang disebelah yang akan berjalan disebelah aku. Bayang NIE macam flashback dia akan muncul tiap kali aku terkejut aku berdebar ataupun memikirkan sesuatu.
Pernah sekali aku jatuh basikal tangan sebelah kiri aku akan panas macam api. Aku tak tau api neraka macam mana.
Tapi aku rasa api NIE macam badan aku disiat siat. Apa dosa aku? Kenapa aku diuji Ya Allah.
Bermulalah episod dimana aku tidak tidur malam langsung.
Aku mula mengalami sakit kepala yang amat teruk. Kerap muntah. Dan vertigo dimana aku rasa tak seimbang rasa nak jatuh rasa nak pengsan.
Masa tu pula aku tidak tinggal malam sekali dengan ibuku. Malam aku tidur di rumah bapa saudaraku.
Malam ja aku akan alami gangguan s3ksual dimana aku pernah disuruh selak untuk dapat duit. Tuhan je yang tahu.
Ketika aku sakit aku sangat takut tido malam. Aku takut diapakan. Sebenarnya aku tidak tahu sakit misteri apa yang aku alami.
Nanti aku sambung lagi bila free sebab aku nak tidurkan anak. Kisah ini ada sambungan lagi kalau ada yang mahu mendengar.
Sebenarnya nama2 orang tertentu aku ubah sebab takut sangat orang mengenali diriku.
– Nur cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit