Lama sudah kisah ini berlaku. Terlalu lama. Kini setelah ada anak, aku berdoa semoga anak aku tidak menjadi mangsa dan pemangsa. Aamiin.
Kisah ini berlaku lama dulu waktu aku masih di sekolah menengah. Sekarang umur aku 40-an. Aku bertugas di koperasi sekolah. Ketika itu cuti hujung tahun.
Jadi memang agak sibuk menyusun buku-buku tulis dan aktiviti untuk sesi tahun depan pula. Jadi setiap sabtu akan ada tugas untuk susun dan agihan buku. Aku bersama dengan tiga orang teman sekelasku dan seorang guru lelaki.
Pada awalnya biasa sahaja, tiada apa yang mencurigakan. Hubungan kami dengan guru tersebut biasa sahaja. Gurau dan belanja makan bersama-sama setelah usai semua tugas di koperasi.
Suatu hari, waktu itu hujan lebat, sekolah jauh dari jalan besar. Biasanya, kami akan berjalan kaki ke jalan besar dalam 15 minit dan tunggu bas lalu di deretan kedai. Tapi disebabkan hari itu hujan lebat, payung pula tiada, maka kami menunggu agak lama di sekolah.
Tiba-tiba sebuah kereta menghampiri tempat kami berdiri. Cermin kereta dibuka maka terpamer senyuman mesra guru tersebut menawarkan bantuan untuk tumpangkan kami ke perhentian bas berhampiran. Disebabkan kawan-kawanku semua setuju, maka aku pun setuju.
Sampai di destinasi, 3 orang rakanku turun dahulu kerana mereka berlainan daerah. Manakala aku di suruh tunggu didalam kereta oleh guru tersebut dengan alasan ingin bertanya sesuatu.
Dia bertanya tempat tinggalku dan menawarkan untuk hantar ku pulang dengan alasan dia ada urusan di daerah tempat ku tinggal.
Waktu itu hujan masih lebat memang agak kabur untuk memandu. Jadi pemanduan dia agak perlahan. Sepanjang di dalam kereta, dia banyak bercerita tentang sekolah dan dirinya.
Antara yang aku ingat kata-katanya ketika itu ialah, “dia biasa menguruskan diri sendiri kerana isterinya yang bertugas sebagai salah seorang frontliner selalu sibuk sehingga dia merasa dirinya terabai” aku hanya mendengar sahaja luahannya ketika itu.
Umur belasan tahun, tiada pengalaman cinta, cuma kutip pengalaman kawan-kawan bercinta, waktu itu agak blurr untuk aku respond luahan itu. Tapi kini, bila usia semakin memanjat aku rasa, dengar dan tidak respond apa-apa adalah terbaik waktu itu.
Sepanjang perjalanan memang hujan lebat betul, tetiba guru itu berhenti di tepi jalan. Hatiku mula rasa tak keruan. Perlahan-lahan aku mengengsot ke tepi pintu perlahan-lahan tanpa dia sedari. Masa tu doa dan harapan saja yang tinggal.
Aku dah pegang tombol pintu, if anything happen kan. Guru itu beri alasan dia berhenti sebab dia memang tak boleh memandu walaupun wiper laju tahap maksimum.
Hujan sangat lebat sukar untuk dia Nampak jalan di hadapan. Selain itu, jalan yang bersimpang siur agak berbahaya memandu ketika itu.
Memandangkan umurnya yang agak berusia itu, maka aku fikir itu agak logic. (sehingga ke hari ini, aku bersyukur sangat, Allah melindungi aku dengan sebaiknya). Alhamdulillah, setelah hujan agak reda, kereta pun bergerak dan aku sampai ke rumah dengan selamat.
Selepas dari hari itu, aku masih fikir guru itu biasa dan melayan aku seperti anak murid yang lain. Walaupun pada hakikatnya, teman-temanku yang sama-sama bertugas di koperasi mula menyedari kelainan dari layanan guru itu terhadapku.
Anak murid kesayanganla, murid bertuah dan sebagainya mula meniti dari bibir teman-temanku. Aku masih menafikan kelainan itu. Sehinggalah pada suatu hari, ketika itu kami sibuk menyelesaikan urusan di koperasi. Selesai menyiapkan tugasan, kami berkemas-kemas untuk pulang.
Aku paling lewat keluar. Entah bagaimana, ketika aku ingin keluar tetiba guru itu mengunci koperasi itu rapat. Rupanya cuma aku dan guru tersebut yang tinggal dalam koperasi. Teman-temanku yang lain telah keluar dari awal lagi.
Aku fikirkan guru tersebut bergurau, aku cuba memintanya buka pintu koperasi. Tetapi dia hanya tersenyum sinis sambal berkata “sekarang cuma kita berdua saja dalam ni”
Allah, hatiku mula tak keruan, jantung berdegup kencang. Saat itu, nak menjerit suara tak terkeluar. Peluh mula menitis di dahi laju dan aku mula mengundur ke belakang, manakala guru tersebut makin menghampiri ku.
Rasa, macam duniaku hampir nak berakhir. Kalau dalam movie kita tengok senang saja kan kita menjerit dan minta tolong. Tapi, bila kita berhadapan dengan reality kita seumpama tiba-tiba jadi patung tak bernyawa. Kaku.
Air mata mula memenuhi kelopak mata. “cubalah suruh saya bukak pintu ni” guru itu bercakap lagi. Dia tersenyum.
Senyuman itu menakutkan aku. Aku tersedar dan aku perhatikan keliling mencari sesuatu. Degupan makin laju, fikiran tak keruan. Dalam hati hanya berdoa semoga Allah bantu aku.
Semakin guru itu menghampiri semakin jiwa dan fikiran tak keruan, semakin laju aku berdoa. Entah kenapa bongok benar waktu itu. Sampai sekarang aku fikir kenapa aku tak menjerit kuat biar satu sekolah itu tahu betapa bejatnya perangai guru tersebut.
Tiba-tiba ketukan kuat di pintu dan namaku di laung kuat. Guru itu seakan tersedar dan cepat-cepat membuka pintu. Dia bagi alasan, tombol pintu rosak. Aku tanpa menoleh kebelakang terus keluar laju.
Teman-temanku mengejarku dan meminta aku menceritakan segalanya. Aku masih takut dan segera pulang ke rumah. Aku ceritakan separuh dari cerita itu pada emakku. Malam itu aku demam. 2 hari aku tidak ke sekolah. Kenapa cerita separuh?
Aku cerita dengan emakku ada guru menggangguku di sekolah. Aku tidak ceritakan kejadian di koperasi tersebut. Aku tak nak abah dan emakku risau. Abah pula tidak boleh dengar berita terkejut, mesti akan demam.
Aku cuba selesaikan masalah tersebut sendiri dengan mengadu di pejabat kaunseling. Aku sangkakan aku dibantu, tetapi sebaliknya aku dipersalahkan.
Aku dipandang serong. Orang tak percaya aku di ganggu. Dengan wajah dan bentuk fizikal yang tak seberapa orang tak percaya aku menjadi mangsa s3xual harassment.
Bermacam tuduhan aku terima. Aku dipersalah, aku di ejek, dan sehingga akhirnya aku dipulau. Hanya beberapa kerat teman yang menemaniku saat itu.
Aku malu berhadapan dengan guru-guru di sekolah itu. Aku merasakan mereka memandang aku dengan jijik. Guru koperasi tersebut?
Mengaku tidak bersalah dan masih seperti biasa seolah tiada apa-apa berlaku. Tetapi dalam diam mengekori ku kemana-mana.
Trauma dan sakitnya aku waktu itu aku tanggung sendiri. Aku tak mampu nak luahkan segala-galanya kepada sesiapa. Syukur kisah trauma itu tamat setelah aku habis sekolah.
Aku juga berhenti aktif dari tugas-tugas di koperasi. Aku bagi bermacam-macam alasan untuk mengelak. Teman-teman yang selalu bersamaku di koperasi juga sangat membantu waktu itu. Terima kasih teman.
Walaupun ia berakhir dengan begitu saja, tapi satu perkara yang aku tahu, bukan senang nak yakinkan orang kita teraniaya. Apabila melibatkan s3xual harassment, orang pastinya akan melihat fizikal yang diganggu. Apa yang orang lupa ialah NAFSU. Nafsu tidak mengenal sesiapa.
Malah sesiapa pun berhampiran kita mempunyai potensi menjadi predator. Aku tak lawa mana, bentuk fizikal pun biasa-biasa saja. Tiada apa yang istimewa pun. Cara aku bercakap pun agak kaku.
Membesar dengan semua adik beradik perempuan dan lebih banyak berkomunikasi dengan emak membuatkan aku agak canggung berbual dengan lelaki. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa aku??
Mungkin dulu kita naïve tak tahu apa-apa tentang perkara-perkara begini. Sumber yang kita dapat dulu pun terhad, tv setakat tv1, 2 & 3 saja yang clear. Movie berkaitan hal-hal begini pun sangat sukar kita jumpa.
Tetapi sekarang, segala maklumat berkaitan predator boleh kita access di hujung jari saja.
Kita boleh baca berkenaan amang s3xual, grooming s3xual, s3xual harassment dan bermacam-macam lagi.
Sekiranya pihak 1 tidak menyebelahi kita, kita ada banyak lagi group ngo yang sudi membantu kita. Semuanya ada dihujung jari. Nak cari drama yang seumpama Law & order pun zaman tu tak jumpa.
Perlahan-lahan kita dah boleh mula bercerita dengan anak-anak tentang reality dunia luar nanti. Semuanya tak seindah mimpi. Hakikatnya kini, baik anak lelaki ataupun perempuan semua berisiko jadi mangsa.
PadaMu Tuhan aku berlindung dari segala kejahatan dunia dan segala fitnah dunia. Aamiin.
– Si Tanjung Perak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit