Jangan Bunuh Orang Yang Ingin Berubah Dengan Kecaman Anda

Assalamualaikum buat semua bakal jenazah. Hidayah Allah melalui bermacam2 cara, andai salah satunya melalui penulisan saya yang membawa 1 perubahan positif dalam hidup anda, maka Alhamdulillah buat anda, tanda Allah sayang.

Saya nak straight to the point saja. Maaf artikel ini sedikit panjang. Saya bekerja dalam 1 badan NGO yang mengkaji tentang masalah2 sosial dalam negara termasuk kes bunuh diri. Dan saya sekarang sedang buat thesis tentang tingkahlaku manusia dalam perhubungan.

Of course, kita semua akan ada masalah dalam perhubungan, kalau tak, tekanan jiwa dan perasaan ni tak kan wujud kan. Materials problem also come because of feeling attraction.

Tapi hari ni saya nak menyentuh tentang masalah golongan songsang yang sentiasa menjadi kecaman dan kejian masyarakat walaupun mereka sebenarnya ingin berubah. Kerana nampaknya golongan ini memang susah mendapat sokongan masyarakat untuk kembali ke pangkal jalan.

Mengikut statistic 2020, sebanyak 631 kes bunuh diri direkodkan dalam negara dengan 10 SEBAB.

Anda tahu tak, anda kemungkinan menjadi penyumbang kematian seseorang akibat kecaman anda yang mendorong seseorang yang ingin berubah, akhirnya memilih jalan hitam kerana merasakan diri mereka tidak layak mendapat kehidupan yang baik dan normal seperti orang lain akibat kecaman2 anda.

Tapi bab mengecam orang ni memang rakyat Malaysia ni sentiasa menjadi juara kan. Tak salah mengecam sesuatu atas dasar kemanusian, atau mengenai perkara yang betul, tetapi janganlah mengecam seseorang yang ingin berubah yang inginkan kehidupan dan pandangan baik dari anda.

Kalau tak dapat membantu dengan memberi komen yang positif, lebih baik sekadar berdiam sahaja. Dosa pun tak dapat, orang yang mengalami pun tak rasa susah hati. Sebab tu nabi cakap berdiam itu lebih baik dari berkata2 yang menyakitikan.

(Daripada Abu Hurairah r. a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi Allah tu maha adil kan, sebab tu diakhirat nanti, tangan kaki kita yang akan bercakap atas perbuatan kita semasa hidup didunia ni.

Tambahan di akhir zaman ini, kepantasan teknologi berkembang menyebabkan tangan kita juga pantas membuat dosa melalui komen2 kita di media social dengan kata2 yang negatif dan menghina. Kita memang suka menjadi hakim didunia tanpa sedar kita juga akan di adili di akhirat kelak.

Banyak kali saya membaca luahan golongan songsang di platform ini yang inginkan pendapat dan sokongan, dan nak tahu tak antara kata2 negatif dari anda yang bagaimana mengubah hidup mereka kearah yang lebih buruk;

Eee jijknya rasa, gelinya bila bayangkan, haiwan pun pandai pilih pasangan, aku memang tak boleh la dengan golongan lgbt ni, tak habis2 ke cerita pasal lgbt ja,

Aku tengok golongan sejenis aku tak dak pun feeling macam tu, macam mana la orang boleh suka kaum sejenis ni dan macam2 lagi kata2 negatif dari anda yang sememangnya sangat jijik dengan mereka ye.

Sedih sekali rata2 komen ini muncul dari orang beragama islam, dimana agama kita menitikberatkan soal adab yang mengajar kita agar tidak menghina sapa2 atau apa2. Apatah lagi, attitude kita lah merupakan dakwah yang terbaik buat golongan bukan islam untuk mendekati agama kita.

1 persoalan, kenapa jarang sekali ada komen yang menjijikkan, keji dan hina ini mengenai orang yang berz1na? Adakah sebab masyarakat boleh menerima dosa berz1na berbanding dosa melakukan hubungan songsang ni? sedangkan dosa tetap dosa kan.

Jawapanya kerana ramai di antara kita pernah melakukan dosa berz1na ini, sama ada melalui hubungan fizikal yang sebenar, melalui phone s3x, percakapan2 yang lucah yang akhirnya menjerumus kepada 0nan1 dan macam2 kes lagi.

(boleh rujuk kes tangkap khalwat, kelahiran anak tak sah taraf dan lain2 sebagai bukti kes z1na meningkat di negara kita). Itu yang ada rekod, yang tak de rekod? hanya Allah dan anda sahaja tahu.

Mungkin bagi anda itu tidak mengapa, ianya adalah lumrah, asalkan bukan hubungan yang songsang. Jadi kononnya anda boleh menerima hal sebegini dengan hati yang terbuka, apatah lagi jika anda sendiri yang melakukannya.

Tuan puan, kita ini manusia yang diberi pelbagai keistimewaan dan diangkat sebagai khalifah didunia ini. Sejajar dengan itu, kita diberi perkara yang paling besar dalam dunia ini iaitu ujian..

Dunia ni satu ujian buat kita untuk ke akhirat sana, maka jangan lah samakan orang yang berbuat dosa dengan haiwan, haiwan tak diberi akal, haiwan tak disoal diakhirat nanti.

Anda tak diuji sebagai golongan songsang, tetapi anda diuji dengan cara melayan manusia, anda diuji dengan adab. Allah berfirman dalam banyak surah tentang dosa, tentang ujian, tentang manusia mudah lupa ni.

Sebab itu Allah bersifat maha pengampun, sebab dia tahu hamba dia tak lari dari buat dosa. Selagi tak syirik pada Allah, selagi itu keampunan dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita biarpun apa jua dosa kita di dunia ini. Ingatlah, keampunan dan kasih sayang Allah lebih mendahului dari azabnya.

Ada orang diuji dengan kelaparan, bila dia dapat makan, ujian dia hilang. Ada orang diuji dengan kemiskinan, bila dia senang, ujian tu dah tak de.

Ada orang diuji dengan kesunyian, bila kesunyian dia terisi, ujian tu pun dah tak de. Tetapi ujian berkaitan dengan perasaan ni sukar untuk dikawal ye tuan puan.

Kita boleh lupa sekejap dengan buat apa2 benda, tetapi kemudian ujian perasaan ni akan muncul kembali bila kita berkeseorangan.

Apatah lagi bagi yang memang dah ada depression, susah sangat2 nak alihkan fikiran dari masalah perasaan ni.

Makin kita cuba kawal, makin kuat perasaan itu datang. Sebagai contoh, makin kita nekad tak nak tengok porn, kita berazam tak nak berz1na, makin kuat keinginan tu datang kan, sebab apa,

Sebab kita mempunyai nafsu yang 3 kali dicampak ke neraka sebelum ada pada diri kita, ditambah pulak dengan hasutan syaitan yang sentiasa nak sesatkan kita.

Tak ada orang yang minta lahir kedunia dengan keadaan bernafsu songsang. Kalau kita boleh memilih kehidupan, kita semua nak kehidupan yang sempurna kan, siap boleh memilih2 ujian apa kita nak.

Tetapi ini la dugaan buat kita. Allah memilih kita kerana pasti ada sebabnya selain untuk menjadikan kita seorang yang kuat.

Tetapi jangalah kita lupa, kita mempunyai keturunan sebagai peyambung warisan. Anda mungkin tidak dapat ujian sebegini, tetapi apa jaminan anda keturunan anda juga tidak diuji sebegitu? Kifarah itu sentiasa ada ye.

Saya pernah dapat 1 kes, seorang lelaki normal berusia hampir 40an yang dah punya keluarga tiba2 terbit perasaan sayang pada kawan pejabat yang sama kelamin dengannya. Dia sendiri tidak pasti bagaimana perasaan itu wujud sedangkan dia seseorang yang normal.

Bemula dengan aktiviti2 luar yang semuanya bersama2 dengan kawan lelakinya itu, akhirnya hubungan itu terbawa hingga ke ranjang.

Ketika perkara itu berlaku, dia sangat keliru dan tidak boleh terima bahawa dirinya suka kepada seorang lelaki, kerana pada awalnya, dia menyangka, dia hanya sayang kawan lelakinya sebagai seorang sahabat sahaja.

Apatah lagi, sebelum ini dia sentiasa rasa keji dan hina pada golongan sebegitu. Namun siapa sangka, perkara yang kita hina2 itu akhirnya dengan kuasa Allah, Allah balikan ujian itu pada kita, agar kita merasa juga kesusahan orang yang bergelut dengan perasaan sebegitu.

Kerana itu kita di ajar untuk menjaga lidah dan hati.

Tuan puan sekalian, bila kita sedar kita sedang buat 1 dosa yang sangat aib, mampu ke kita ceritakan pada keluarga atau pada kawan2 kita? Walaupun kita hanya inginkan bantuan untuk keluar dari masalah ini, dan inginkan sokongan.

Pasti kita akan rasa malu dan berfikir tentang tanggapan mereka pada kita biarpun kita nekad untuk berubah.

Jadi sama juga dengan golongan sebegini, mereka tak punya kekuatan untuk cari bantuan dari orang yang dikenali, kerana itu rata2 mengunakan media social sebagai 1 platform untuk mendapatkan bantuan. Aib ni sangat besar untuk dijaga.

Dalam surah Taha ayat 44, Allah berfirman yang bermaksud, maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut. Jelas sekali ayat ini mengajar kita agar berlemah lembut dalam menegur atau menyampaikan sesuatu.

Jika kita mampu membantu mereka dengan kata2 semangat dan sokongan serta jalan penyelesaian yang kita tahu, maka bagi la pandangan.

Jika tak mampu, doakan lah kebaikan buat mereka, kerana malaikat juga akan mendoakan hal yang sama untuk anda. Jika itu pun tak mampu, maka diam saja la.

Kerana komen2 negetif anda akan sentiasa bermain di minda mereka yang menyebabkan mereka buat keputusan untuk bunuh diri apatah lagi yang jenis baru putus dengan pasangan mereka, atau pasangan mereka kembali kepada fitrah dan sebagainya.

Mereka perlu dibimbing dan dibantu tuan puan, bukannya dikecam sehingga mereka melakukan dosa seterusnya iaitu membunuh diri.

Semua orang pasti nak berubah jadi baik, cuma kadang2 tak jumpa jalan dan orang yang baik2 untuk membantu.

Namun andai ada kata2 anda yang membawa kebaikan pada hidup seseorang, bayangkan lah kebaikan itu terisi sepanjang didunia dan dibawa hingga keakhirat, betapa indahnya hidup kita yang sentiasa menyenangkan orang lain dengan barakah yang melimpah ruah.

Kita tak duduk di tempat orang, maka kita tak tahu kesakitan orang kan. Walaupun kita cuba meletakan diri kita di tempat mereka, tetapi pasti kita tak dapat merasa kesusahan tu. Tetapi kalau kita dikecam kerana sesuatu perkara, kita pasti merasa tekanan yang sama seperti golongan ini.

Buat golongan ini atau siapa2 pun yang ingin berubah ke arah kebaikan, percaya lah, niat anda sendiri 1 hidayah dari Allah. Orang yang Allah sayang ni, Allah terbitkan 1 keinsafaan dalam hati.

Orang yang Allah benci, Allah biarkan dia berseronok dengan dosa2 dia dalam dunia tanpa memberi sebarang ujian yang berat buat mereka kerana ujian ni tanda Allah sayang.

Yang penting sekali, solat kena jaga, kerana solat la kunci kebaikan dan perubahan untuk kita. Solat itu akan pelihara kita dari masa ke semasa.

Semasa kita solat, kita mengendong begitu banyak beban dan dosa di atas bahu, tapi bila kita sujud, dosa dan beban itu kita lepas ke bawah kerana kita rendahkan diri kita di hadapan pencipta yang maha esa.

Cuma semuanya ambik masa, kita tak boleh jadi baik dalam masa sehari. Apa yang Allah suka adalah istiqamah walaupun sedikit.

Mula2 jaga solat, lepas tu awalkan waktu solat, lepas tu tambah amalan2 lain. Buat sikit2 tetapi berterusan dengan harapkan ganjaran Allah, jangan harapkan apa2 pun dari manusia.

Tips dari guru saya , hal baik ataupun buruk, cuba buat 40 hari, pasti ianya berjaya.

Nak tingalkan tengok porn, cuba elakkan buat 40 hari, nak jaga solat cuba amalkan 40 hari, nak amalkan baca al mulk sebelum tidur, tapi rasa susah, usahakan buat 40 hari, pasti ada perubahan dalam hidup anda, termasuk nak menulis yang baik2 dimedia social ini..

Yang pastinya niat tu kena betul2 bersunguh dan nekad. Jangan hangat2 tahi ayam.

Nak ubah kearah baik memang bukan mudah. Anda pasti rasa lelah, penat dan tiada daya, tetapi percayalah, Allah melihat efforts anda. Bantuan Allah sentiasa ada, kerana kasih sayang dan rahmatnya lebih besar dari segalanya. Sebab itu disyurga nanti dipenuhi dengan pendosa yang bertaubat..

Ingatlah kita selalu rasa dunia tak pernah adil untuk kita, sebab itu kita ada akhirat kelak. Kita rasa dunia ini penuh dengan kesusahan dan ujian, sebabnya ini masih lagi dunia, bukannya syurga.

Tiada yang indah didunia ini, jika ada pun hanyalah sekejap sangat keindahan tu. Belajarlah cintai akhirat untuk 1 kebahgian yang tak dapat digambarkan dengan kata2, kerana didunia ini penuh dengan duri yang menyakitkan.

Penulisan saya ini bukan untuk membela mana2 golongan, tetapi lebih kepada mengajak anda semua ​untuk menjadi seseorang yang mampu membimbing setiap orang yang inginkan perubahan dalam hidup.

Macam saya cakap tadi, kita tidak pasti melalui siapa hidayah itu akan sampai pada kita. Boleh jadi dari kata2 dan komen2 anda yang positif mampu menjadikan seseorang itu hidup dengan lebih baik. Kebaikan kecil yang kita buat tanpa sangka2 barangkali boleh menjadi tiket untuk kita ke syurga nanti.

Jadilah contoh yang terbaik buat orang sekeliling kita dengan niat, perbuatan baik yang kita buat dan orang ikut adalah saham akhirat buat kita.

Buatlah sebanyak mungkin kebaikan, tingalkan lah sebanyak mungkin keburukan, kerana kita tak tahu amalan yang mana akan membawa kebaikan dalam hidup kita sama ada didunia dan diakhirat.

Buat yang punyai masalah dengan naluri anda, mintaklah pada Allah untuk buang perasaan itu. Sesunguhnya Allah jua yang memegang hati manusia.

Mintak lah dengan penuh kasih dan pengharapan, pasti Allah akan bantu anda kearah kebaikan. Cakaplah pada Allah, aku nak jadi insan yang baik, bantulah aku, jangan biarkan aku sesat..

Janganlah bunuh diri. sayangi diri kamu sendiri, Allah tak zalim dengan kamu, setiap penyakit ada ubat, setiap masalah ada penyelesaian. Allah banyak berfirman dalam quran tentang bunuh diri dan hadis yang diantaranya :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu. (Surah an nisa: 29)

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah: 195)

Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.” Riwayat al-Bukhari (6047) dan Muslim (110)

Jangan rasa anda tidak layak menjadi baik kerana masih belum terlambat apa2 pun untuk berubah kearah kebaikan.

Ingatlah, setiap saat itu adalah peluang dalam hidup kita yang Allah bagi. Abaikan kata2 orang yang tak faham ujian kita, focus pada keberkatan yang kita inginkan sahaja. Pasti boleh berjaya dengan bantuan Allah.

Maaf andai penulisan ini agak beremosi, atau menyingung perasaan sapa2. Saya baru saja terima berita, seorang yang sedang berubah ke arah kebaikan bunuh diri akibat tidak tahan tekanan dari keluarga.

– zul hisyam (zha) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *