Aku Happy Single

Banyak betul cerita pasal jodoh baru-baru ni. Sebagai manusia single, mestilah aku tak layak nak bagi nasihat.

Aku banyak kali jugak couple kalau nak diikutkan dan sebab aku single adalah aku memang kurang berjumpa dengan orang,

Tambah2 lagi lepas pandemik ni aku buat online business, satu manusia pun aku tak jumpa. Plus aku memang tak nak. Wakaka. Gelak plis.

Aku ada cuba online dating tahun lepas, tapi, tsk tsk tsk. Lelaki yang match dengan aku bagi aku lah macam hare (jangan terasa pulak yang ada account tu)

1) Jumpa laki orang mengaku dah cerai. (eh sekali ku debik baru tahu)

2) Jumpa lelaki yang tak ada chemistry (inilah sebabnya Islam tu pentingkan sekufu). Orang kampung kata, “tak boleh go”.

3) Jumpa lelaki poyo. “Mintak selfie boleh”? Otak dia. Tak, apa motifnya mintak2 selfie ni? Apa jadah?

Ko nak tengok gambar aku memang takde filter weh, percayalah. Umur berapa weh mintak2 selfie ni hadoiii.

Cukup-cukup sudah.

Aku bukanlah jenis yang ambil hati lepas putus, tapi sekarang ni betul2 aku cakap sekelumit pun tak ada rasa nak bercinta. Orang selalu ingat aku serik nak bercinta sebab last putus tu ada unsur2 oink2 sikit.

Tapi tak sebenarnya, aku jadi malas nak bercinta bila tengok kawan2 aku yang kawin 5 tahun lepas start dah bercerai-berai. Yang nampak happy kat luar.

Padahal diaorang elok je dah kahwin lagi, aku je yang masih single kahhh.

Terus-terang cakap, aku percaya memang susah nak cari lelaki yang berkualiti. Kualiti aku tak bagus mana, tapi loyalty no 1 bebeh.

Aku rasa best gila lah pulak hidup single ni. Ikut sukahati aku nak pergi mana, nak buat apa, tak ada orang sibuk2 dan aku pun takpayah nak pening kat orang.

Rasa bebas macam burung helang yang kepak2 wings dia lepas tu rilek je meluncur kat awangan tu hah. Gitulah andainya.

Aku cuma harap orang kat luar sana tau, ada ramai yang single tapi gembira.

Dan kepada yang single tapi mencari tu, kenalah berusaha. Kemon. Tak bolehlah tunggu jodoh datang dari langit.

Usaha gais. Usaha kan tangga kejayaan. Nak kawin, kena usaha. Kalau macam aku, belum lagi nak kawin, barulah duduk diam2.

Ok sampai sini saja Munah berbicara. Tata..

– Munah Cantek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *