Assalamualaikum dan apa khabar warga net. Terima kasih IIUM Confession sudi publish cerita aku. Hari ni aku nak share pengalaman aku terbuka hijab dan macam mana aku recover.
Aku Ruth. Seingat aku, masa aku mencapai umur 8 tahun, aku mula mimpi cahaya pelik. Bukan cahaya menenangkan, Tapi macam kilat.
Biru, merah, putih. Setiap kali nampak, aku akan tersedar. Samada terus tersedar dan aku berdebar atau Aku akan kena tindih, pastuh tersedar. Terlalu muda nak brain, aku buat tak tahu.
Rumah teres lama kitorang dulu scary. Level atas gelap, dan sempit, ada 3 bilik.
Waktu aku 9 tahun, aku tidur siang dalam bilik. Entah kenapa aku rasa mengantuk sangat sampai mata seolah dipijak-pijak untuk tidur.
Tiba-tiba aku rasa macam, ada orang urut kaki aku. Best dia urut, sampai terlelap. Urut tapak kaki kiri & kanan. Yang tadi rasa macam mata kena pijak, terus pejam la kan dah kena urut.
Pastu aku tertidur, and tersedar in between betul-betul sedar and tidur tu, aku nampak banyak sangat makhluk-makhluk kecik. Warna purple tua, hijau tua, kuning gelap.
Berjalan-jalan atas badan aku, sekeliling katil aku, atas lengan, betis, paha aku. Muka dia tak jelas, kalau korang pernah tengok smurf, hah gitulah lebih kurang.
Aku macam terkelu la tengok benda tu in between aku sedar and tak. Last part sebelum aku tersedar, aku tengok kat badan aku ada lengan purple tua, kurus dan berdaki, tengah peluk aku. Lengan purple tua, ada 3 jari yang takda kuku.
Demi Allah Bila aku nampak saja terus aku panic, dari situ aku rasa kena tindih, aku struggle ada baca doa jugak sikit-sikit, lupa aku baca apa baru 9 tahun kan. Dahtu aku tersedar, view aku masih sama cuma makhluk tadi dah takda, tangan tadi pun takda.
Aku berdebar teruk. Tapi budak-budak kan tahu apa, aku diamkan aje. Apebenda la warna purple tu. Macam ubi pun ada warna dia.
Fast forward aku naik sekolah menengah. Aku ada nk pergi vacation dengan Family, naikla keretapi. Masatu dah tengah malam. Orang lain semua dah tidur, aku belum, lagha dengan fon maklumlah baru merasa ada phone kahkah.
Terdetik nak tangkap gambar kakak tengah tidur, nak kacau la ni kiranya, padan muka aku.
Aku pun tangkap gambar, terus tutup fon sebab nak habis batteri. So semua normal, sampailah aku check in hotel esok malam, aku open gallery nak tengok gambar.
Slide saja gambar kakak aku, terus mata aku fokus pada hujung gambar, tempat 2 gerabak combined yang ada tandas tu.
Kan ada pintu yang ada cermin transparent, ada “benda” photoboomb. Rambut sampai lantai, menggerbang. Muka putih, mata hitam, takda mulut, pandang direct kat kamera. Dia macam menoleh ke arah aku weh. Badan dia menghadap tandas.
Masa tu jam 2 pagi sumpah la aku berdebar. Aku zoom. Lagi jelas. Level mana lagi aku nak husnudzon, tak boleh.
Memang “dia”.
Ok takpelah gambar saja.
Next aku naik form 3, dalam perjalanan nak ke kem motivasi, aku naik bas dengan batch mates, mata aku ni gatal nak pandang ke arah tanah perkuburan.
Then aku ternampak satu liang lahad terbuka. Takdak orang pun sekeliling. Aku biar jela takde nak tefikir apa, sampaila aku ternampak sekujur tubuh yang ada di sebelah lianglahad.
Belum ditanam. Putih bersih lagi balutan. Bas berlalu dengan laju, aku tak toleh dah weh. Aku terus berdebar teruk. Nak husnudzon ape weh ade ke orang tinggal mayat gitu saja dengan liang lahad.
Ok aku biarkan, doa supaya tak ingat. Memang aku lupa pun pastu. Balik kem baru aku ingat. Lupa ni rahmat jugak sebenarnya.
Seterusnya form 5 aku pergi kem motivasi jugak. Waktu tu lewat asar nak masuk maghrib. Aku kem dekat pantai, tapi tidur dalam dorm saja. So takdelah scary sangat bagi aku. Cumaa masa lewat petang tu, dah maghrib dah.
Aku jalan nak balik dorm dengan bestfriend aku, so sekali lagi mata aku ni gatal nak tengok ke arah pantai, dan singgah pula pandangan aku ni kat chalet lama yang dah buruk.
Aku pun ternampak satu sosok tubuh bertudung hitam, baju sukan putih, sluar hitam, TAKDA MUKA.
First sight tu aku ok lagi weh, aku terus pandang depan, then aku gatal lagi pergi tengok chalet tu sekali lagi konon nak konfemkan ada lagi ke tak.
Haha tahu tak, dalam satu saat aku pandang depan, pusing balik kat chalet tu, “dia” dah beralih ke balkoni chalet weh, which is seberang chalet (impossible in one second orang boleh jalan cepat gitu), aku dah terus pucat lesi sampai member tegur “weh kau ok tak”.
Aku dengan senyum 5 sen cakap “eh takdelah nampak ade orang tadi” terus aku heret member aku masuk dorm laju2.
Again, aku lupa dah kejadian tadi malam tu, and alhamdulillah esoknya hari last. Sebelum balik, aku pandang lagi chalet tu dan balkoni. Aiyo tak logik. Kena lagi aku.
Seterusnya Form 5 jugak, aku join kem kepimpinan, aku ada jawatan jugakla kat sekolah dulu so banyak Aktiviti kena join.
Long story short aku kena tidur dorm dengan bukan geng aku (dorang number kan kitorang so split ikut numbers masuk dorm, alah semua pernah sakit hati kan dengan numbering ni).
Aku ok saja takde member skali, sampai la malam tu jam 12 dah tutup lampu. Makin sunyi, sunyi dan akhirnya tinggallah aku weh dengan member yang dah mamai. Terkebil-kebil dan berdebar. Member dah selamat ke alam kayangan. Aku lahh sorang – sorang.
Tiba2 aku nampak pintu almari kayu depan katil aku ni terbuka and tertutup, siap ada rhymes weh.
“Kriiikkk…Kraaaakk…Kriiikkkk…Kraaaakkkk” macam orang tutup bukak. Entah kenapa jadi gitu, tapi sebab aku dah mengantuk aku baca saja ayat Kursi dan tertidur.
Fast forward esok malamnya. Situasi yang sama, awal-awal riuh rendah akhirnya aku sorang terkebil-kebil. Kalini aku dah baca ayat kursi siap-siap dan hembus keliling katil, termasuk almari sebab almari hujung katil aku.
Start saja sunyi keadaan dorm tu, bunyi semalam datang lagi wehh. “Kriiiikkkkkk….kraaaaakkkkk.. .kriiiikkkkkk.. krakk”
Kali ni aku makin berdebar sebab mata aku segar. Tapi gatal nak tengok apabenda sebab kalini, aku bunyi macam jauh dari aku, almari member aku yang kena.
Jauh selang 5 katil dari aku. Lama weh dia duk exercise dengan pintu dari jam 12-5 pg, sampai aku nekad nak celik mata, aku tengok pintu almari member aku terbuka tertutup. Dan sangat smooth macam orang yang buat.
“Kriiiikkkk….kraaakkk”
Muka aku dah biru tapi tak nangis. Kejut member? Dah kejut weh sumpahla dorang tak bangun haha. Aku zikir- zikir then terlelap dengan berpeluh sejuk.
Sampaila aazan subuh jam 5 pagi aku tersedar nak menangis wweh, rasa diseolamatkan, tengok ramai dah bangun. Aku, tuala kat bahu, pegi kat almari member semalam, cuba husnudzon.
Kipas kut, tengok kipas yang kepala saja berpusing di dinding tu, xkanla boleh reach pintu almari sedangkan jauh kiapas tu. Plus, air-conditioned room. Tak logik. Maka, terkenalah daku.
Masuk ke alam university, fast forward degree, aku makin teruk. Aku dapat dengar “growl” di telinga kiri. Setiap kali aku selisih dengan orang yang dikatakan ada benda, aku akan disapa. Tak cukup dengan dengar, aku mula nampak ddengan jelas. Trsandar di pokok.
Macam yang kat lahad tadi. Aku dikacau masa tidur sampai aku tidur jam 5 pagi selama bertahun2. Bunyi2 dalam cerita hantu? Aku dengar real.
Kuku panjang belai rambut aku, cubit lengan (sakit weh), cakar betis dan kaki. Macam2. Aku berubat dengan macam macam ustaz, dan aku amalkan ruqyah.
Sampai satu level aku dah hampir give up, aku baca ruqyhah aku doa pd Allah. “Ya Allah, andai aku mati, dan aku masih tak sembuh lagi, hadiahkanlah aku syurga ya Allah. Sebab aku sangat sakit. Aku sakit. Aku penat kena tindih.
Aku penat kena keji sebab orang cakap aku iman lemah. Aku nak hidup normal. Aku doa sungguh sungguh mintak pada Allah, Dia sahajalah yang paham semuanya.
Hari2 aaku solat hajat, aku baca ruqyah darussyifa antara maghrib dan isyak.
Aku caall mak mintak doakan, family doakan, Aku baca 7 kali al fatihah, 7 kali Al ikhlas sebelum tidur.
Aku baca yassin. Semuanya aku usaha. Jumpa pelbagai ustaz, self-ruqyah sambil menangis.
Sampai aku dah penat, aku nak belajar lagi. Aku tak susahkan member dengan masalah aku sebab aku tau dorang takut. tapi dorang still nak support aku dari jauh pun aku dah syukur sangat weh.
Sampaila ada satu malam tu, lepas isyak, ruqyah dan pagar katil dengan ayat quran, aku tidur. Awal. First time setelah bertahun, roomate pun perasan.
Aku tidur, nyenyak, dan aku bermimpi. Aku susukan bayi, kemudian aku rentap dari budak tu, tarik tubuh aku dari dia dan aku tersedar. Subuh,. Azan subuh.
Aku rasa teramat amat amat lega dan pertama kali gais, aku solat subuh dengan sangat tenang. 5 waktu aku haritu tenang, bacaan Quranku tenang tanpa gangguan, magribku takda lagi beban dibahu dan panas telinga.
Dan aku tidur awal, tak mimpi ngeri, tak kena tinddih takda bunyi scary, takda iblis lagi. Ku tidur dengan nyenyak dan takda lagi gangguan dikolej atau class . Aku sangat tenang. alhamdulillah maha suci Allah yang mengalahkan iblis itu
Dan hadiahnya, Allah bangunkan aku tahaajjud. sejak hari itu, Allah jadikan tahajjud sebahagian dari hidupku. Tampa alarm, aku bangun tanpa takut aku solat.
Kalau dulu memang TAK lah nak bangun kan kena kacau. setelah semua ni berlalu, aku didekatkan sedekat-dekatnya dengan Allah.
Baiknya Allah gantikan segala kesakitan dengan kedekatan. Aku dipermudahkan urusan belajar, aku diberi “hidup” sekali lagi, bahagia macam orang normal, pergi pantai takpayah risau kena “ikut”,
Pergi class malam takyah risau kena “sapa”, dan aku diberi satu rahmat yang indah tapi pelik bagi aku iaitu aku sudah tak takut pada mana2 cerita hantu lagi.
Kalis dan aku lupa. Bukan cakap besar, aku jadi lupa so tak ingat hantu tu. Alhamdulillah, Allah berikan aku kedekatan yang sunguh2 dengannNya sehinggakan aku tak henti² berterima kasih dengan Allah ats kesudian memandang wajah aku.
Alhamdulillah, sampai sekarang aku bebas gangguan. Aku doakan kepada sesiapa yang masih struggling, doa banyak2 dan usaha baca ayat ayat ruqyah sendiri juga selain jumpa ustaz. Usaha solat hajat, doa doa ibu jangan lupa.
Doa ahli keluarga dan sokongan mereka. Dansesiapa yang ada keluarga, yang ada gangguan, berilah sokongan pada mereka. Banyak bantu, jangan cakap mereka ni mengarut. Seek for help dan kuatkan semangat mereka.
Cari ustaz yang tiada perantara, jangan libatkan jin. Jangan libatkan jin. Jin bukan penyembuh kita. Allah swt sahaja. Alhamdulillah ya Allah atas kesembuhan ini.
Percayalah, Allah maha baik Dia maha memakbulkan semua doa. Kita usahalah, Allah pandang. Nanti Allah makbulkan,
Iblis takkan mampu lawan Allah, sejahat mana pun Iblis sezalim mana pun iblis nak buat pada kita, Allah lebih besar rahmatnya untuk kita, Dialah pelindung kita. Dialah semuanya. Allah maha besar.
Korang doakan Ruth jugak eh. Semoga korang dalam rahmat Allah selalu.
– Ruth (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit