Aku lost dan tak tahu apa sepatutnya aku buat. Aku nak mintak tolong korang bagi pendapat and cadangan untuk bantu aku.. mungkin ada antara korang pernah lalui macam ni.
Aku ada adik lelaki dia seorang adik yang baik, rajin, tapi sejak dia terlibat dengan dunia vape ni perangai dia sikit2 berubah.
Dia bukan amik perisa vape yang biasa tu tetapi perisa vape yang menghayalkan.
Aku tak pasti dunia luar panggil tu “mushroom” atau apa. Tapi bila aku buat research perisa tu ada campuran macam2 ganja, heroin dan sebagainya.
Adik aku muda lagi umur 20an. Benda ni dah berlaku selama setahun tapi sebelum ni dia pernah berhenti berubah sekejap lepas tu dia ambik balik vape ni.
Lepas kami dah marah nasihat cuba iktiar macam2 alhamdulillah berubah tapi selepas 2 3 bulan jadi balik.
So kali ni aku rasa macam aku tak boleh nak hadapi benda ni lagi aku rasa macam perlu buat keputusan drastik cuma aku tak pasti keputusan ni akan memberi effect yang bagus atau sebaliknya kepada adik aku.
Aku rasa korang pon tahu keadaan bila seseorang tu mengambil benda2 terlarang ni kan.
Adik aku bila amik perisa vape ni dia akan lalok, tidur, cakap pon susah, pelupa, jalan tak betul, dan dia tak boleh berhenti. Mesti nak hisap saja vape tu.
Semua cara kami dah pernah buat, rampas vape, grounded dia, cuba style islam dengan mintak ustaz baca2 kan untuk lembutkan hati dia, buang kedengilan dia, tapi semua tu hanya menjadi sekejap saja.
After few months dia berubah, dia cari balik benda ni.
Sedihnya sebab adik aku ni baik, manja, rajin tapi bila sejak dia ambil benda2 ni perangai dia berubah suka melawan mak ayah, tak dengar nasihat senang cerita tak makan saman, sanggup lari rumah hanya untuk benda ni.
Jadi apa sepatutnya aku buat? Aku cadang nak menghantar dia ke pusat pemulihan inabah tapi adakah 1 keputusan yang betul? Adakah dia akan jadi better atau sebaliknya?
Dia memang tak nak pergi sana, adakah dengan cara paksa bawak dia pergi sana akan menyelesaikan masalah? Aku masih dalam dilema..
Aku nak mintak pendapat korang..Apa harus aku buat? Ada cara lain tak untuk bantu dia? Ada tak pusat2 belajar agama betulkan akhlak yang bagus yang boleh aku hantar dia sementara waktu untuk dia belajar dan kuatkan lagi iman dia?
Atau kau rasa tak perlu hantar dia kemana2, biar kami sekeluarga sahaja yang tolong dia di rumah ni?
Tapi benda dah berlaku selama setahun kami dah buat macam2 tapi dia jadi balik… aaahhhh aku memang lost….
Nak hantar dia ke pusat pemulihan inabah tu dia kena duduk sana selama 8 bulan, ahli keluarga tak boleh jumpa.. Sedih nak hantar dia tapi…..!!!!!!
Mintak korang bagi pendapat dan kalau boleh maybe kata2 semangat2 sekali untuk aku.. aku rasa down lost aku cuba nak jadi kuat buat mak ayah aku tapi aku rasa dah tak sekuat dulu.
Kadang2 aku rasa nak give up tapi bila pikir balik Allah baru uji kami sikit, ramai lagi kat luar tu ujian dorang lagi besar kan.
Aku cuba pikir positive yang Allah bagi ujian macam ni, mesti ada kebahgian atau hadiah sebaliknya. Tapi entahlah kadang2 rasa lost, down, nak hilangkan diri..
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit