Hi assalamualaikum. Topik ini mungkin sangat sensitif terutamanya di kalangan wanita. Aku ada terbaca confession “Takdir yang tertulis” (https://iiumc.com/takdir-yang-tertulis-2/), baru2 ini.
Sedikit sebanyak mengingatkan jalan cerita hidupku. Dulu aku juga pantang dengar kisah2 lelaki yang menduakan isteri dan berpoligami ini.
Aku selalu cuba letakkan diri aku sebagai isteri pertama yang rasa dicurangi. Pastinya marah dan benci dengan lelaki2 yang tidak pernah cukup dengan seorang isteri.
Sungguh aku tak sanggup untuk diduakan dan berkongsi suami apatah lagi menjadi isteri kedua yang menghancurkan kebahagiaan perempuan lain. Aku tanamkan prinsip yang aku tak nak sesekali jadi perampas atau jadi isteri kedua, ketiga @ keempat.
Sejak aku jejakkan kaki di dunia pekerjaan, aku kenal ramai suami orang yang test market dan dalam percubaan curang.
Ada yang mengaku bujang sedangkan isteri tengah sarat mengandung. Ada yang bersweet2 dengan isteri di media sosial tapi hakikatnya bersayang2 dengan rakan sekerja.
Waktu itu aku rasa kebanyakan lelaki2 sama sahaja bertuhankan nafsu. Aku susah percayakan lelaki2 lagi. Beberapa lelaki2 yang ingin berkenalan denganku, namun tetap hatiku tertutup rapi.
Aku tak pernah bercouple @ berdating dengan mana2 lelaki2 pun sebelum ini walaupun masih ada seorang lelaki bujang yang setia menanti bertahun2.
Pernah aku berfikir yang aku tak normal kerana susah ada perasaan terhadap lelaki. Aku tak ada keinginan untuk berkahwin dan lebih selesa hidup bujang. Family selalu tekankan aku suruh berkahwin namun belum sampai seru.
Tapi betullh orang cakap, jangan benci sesuatu berlebihan. “Kun Fayakun”..Jika Allah mengkehendaki sesuatu, maka Jadilah ia.
Sebagaimana aku cuba sehabis baik untuk menjauhkan diri dari lelaki yang bergelar suami orang, semakin Allah dekatkan.
Kalau dulu aku mempersoalkan kenapa seorang perempuan sanggup pilih suami orang sedangkan ramai lagi lelaki2 bujang kat dunia ni.
Sekarang Allah uji dengan kata2 aku. Kini, akulah merupakan salah seorang dari golongan tersebut.
Adakah aku tidak pernah mencuba untuk mengelak? Yes, aku banyak kali mencuba. Sebelum2 ini apabila lelaki2 yang bergelar suami orang datang dalam hidupku senang2 saja aku menolak.
Tapi bila seorang lelaki yang aku hormati dan kagumi meluahkan perasaan, dalam diam aku juga ada perasaan suka padanya atas asbab dia banyak membantuku memulihkan semangatku.
Lumrah perempuan bila ada seseorang yang caring dengan dirinya, sudah pastinya hatinya sedikit terusik. Aku nampak kesungguhan dia untuk menyembuhkan aku dari sakit.
Selama ini, aku kagumi dengan kesetiaan dia terhadap isteri yang sudah bertahun2 lamanya sakit yang tiada penawar.
Dia bukanlah lelaki yang suka berfoya2 dengan semua perempuan. Nak nampak dia bertegur dengan perempuan pun susah. Bertahun2 kenal dia tapi tak pernah pun bercakap perkara personal hanya berurusan soal kerja sahaja.
Saat aku tahu perasaannya, aku sungguh tak sangka. Aku cuba mengelak dari dia sejak itu. Aku beberapa Kali cuba submit surat berhenti kerja tapi dia tak appove dan dia suruh aku solat istikharah dahulu.
Dia meyakinkan aku sudah beberapa Kali dia minta petunjuk dari Allah dengan solat istikharah Dan solat hajat Dan katanya perasaan dia terhadap aku sangat kuat. Banyak Kali dia mimpikan aku.
Aku tak percaya dan aku cuba lagi untuk jauhkan diri Dari dia biarpun terseksa jiwa bila diri sendiri pun dah mula suka.
Aku taknak langgar prinsip aku lagipun semestinya keluargaku tidak merestui. Namun siapa kita menidakkan Takdir Tuhan. Akhirnya, aku bergelar isterinya dalam sekelip mata disaat aku tidak bersedia langsung untuk jadi isteri. Aku rasa bagaikan mimpi.
Namun Allah itu tidak pernah silap percaturan. Apa yang ditakdirkan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya. Dia hadirkan suami yang cukup baik,pemurah dan bertanggungjawab bagiku. Suami jenis yang sangat ringan tulang.
Kerja-kerja rumah banyak dia yang buatkan Dan Jenis yang tak reti duk diam. Ada sahaja yang dilakukan di rumah.
Kalau di rumah sana pun dialah tukang masak di rumahnya. Betapa penyabarnya dia melayani kedua2 isteri2nya yang selalu emosi tak stabil tetapi dia tetap tenang.
Pukul 5 pagi pun sanggup masak bila isterinya mengadu kelaparan. Apa sahaja yang isteri teringin, dia cuba penuhi walaupun isteri tak pernah anggap benda tu serious pun. Dialah pendengar setia.
Dia tak pernah merungut dan mengeluh. Dia menceriakan hidup aku dengan silly jokes nya. Layanan dia yang sangat baik membuatkan aku nekad untuk memberikan yang terbaik untuk dirinya.
Setelah berkahwin juga, banyak hikmah dan perubahan terhadap diri ini. Kalau dulu, aku tak pernah kisah soal pemakaian, tapi sekarang aku berjinak pakai tudung labuh dan memakai stoking dan handsock.
Kalau dulu, sungguh liat untuk mengerjakan amal ibadah, tapi sekarang hampir setiap waktu akan solat berjemaah bersama suami jika dia berada di rumahku.
Dulu nak solat wajib pun kadang2 tinggal, tapi sekarang aku ringankan badan untuk bangun tahajud dengan dia.
Doakan aku istiqamah. Apa yang paling aku syukur, gangguan misteri yang aku alami bertahun2 sudah makin berkurang.
Tiap Kali aku sakit, dia ruqyahkan aku & mandikan aku. Dia bukanlah seorang ustaz atau ahli agama, tapi dia banyak ajar aku untuk jadi seorang yang lebih bersyukur Dan redha dengan ketentuan Allah.
Dia jaga kehormatan diri aku. Bersabar dengan aku yang jenis jiwa sensitif dan suka nangis ini. Dia jadikan aku seorang yang makin kuat biarpun banyak dugaan yang aku tak sanggup nak hadap.
Jangan fikir aku bangga jadi yang kedua dan anggap aku merampas kebahagiaan orang lain. Perasaan bersalah itu akan tetap tertanam di hati sampai bila2.
Aku selalu mengingatkan suamiku untuk adil Dan lebihkan isteri pertama dan ingatkan dia pengorbanan isteri dia selama ni kerana aku juga seorang perempuan.
Aku tahu kesakitan seandainya tahu suami juga sayangkan orang lain. Isteri pertama bergantung harap sepenuhnya pada suami. Suami cuba buat yang terbaik untuk kedua2nya.
Pernah aku bertanyakan dia seandainya isteri dia sihat, adakah dia akan kawin lagi. Jawapannya tak, cukuplah sorang kerana tanggungjawab lelaki2 itu besar.
Dia cakap berkat kesabaran dia jaga isteri dia dapat seorang lagi isteri yang boleh melayani dia dan membuatkan dia kembali bersemangat untuk berusaha lebih untuk menyediakan nafkah sebaik-baiknya kepada kedua-dua isterinya.
Dia sentiasa berterima kasih padaku. Layanan dan kasih sayang kepada isteri pertama pun takkan berkurang katanya.
Buat netizen semua, janganlah pandang kami isteri kedua ini sebagai perampas yang tidak layak langsung untuk bahagia. Kami pun ada hati perasaan. Aku hanya mampu bersabar dengan pandangan dan tohmahan ornag sekeliling sebagai isteri kedua.
Ada sebab poligami itu dibenarkan dalam Islam. Berhati2lah dalam berkata2, kerana Allah uji dengan kata kite. Sekejap sahaja Allah boleh bolak-balikkan hati kita.
Doakan aku, suami dan madu yang terbaik. Banyak lagi dugaan yang bakal ditempuhi dimasa akan datang.
– ~miss lavender~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit