Men’s Love For Himself, but Women’s Love For Whole World

Hai semua. Bila skrol fb, keluar balik apa yang pernah saya share di wall fb saya. Penulisan ini saya ringkaskan hasil daripada kursus yang pernah saya hadiri di sebuah agensi kerajaan.

Jadi saya rasa ada banyak point penting yang boleh dijadikan panduan untuk semua wanita di luar sana. Juga untuk laki-laki yang Prihatin.

Let’s happy reading ya!

“Memberi makan apa yang kamu makan, Memberi pakaian apa yang kamu berpakaian, Dan tidak memukul muka, tidak menghina dan tidak meninggalkannya melainkan di rumah yang menjadi tempat kediaman”

(Riwayat Ibn Majah)

Ini adalah jawapan yang dinyatakan oleh Baginda Rasullullah SAW ketika sahabatnya bertanya, Apakah hak seorang isteri ke atas suaminya.

Intipati seminar :

Tafsiran keganasan rumahtangga telah berlaku apabila;

– wanita digantung tidak bertali selama 4 bulan berturut turut.

– sentiasa diugut/ diancam.

– dipukul tanpa senjata dan menggunakan senjata.

– mengurung atau menahan pasangan.

– penderaan psikologi, mental, emosi, seksual.

– khianat/kerosakan terhadap harta pasangan.

– menggelapkan harta pasangan spt duit pencen, geran rumah, kereta, paksa buat loan dll.

– berhubung dengan mangsa dan pihak ketiga untuk mengaibkan mangsa.

– dll…

Ciri2 pembuli/ pemangsa

– suka kontrol semua perkara.

– cemburu keterlaluan.

– suka mengkritik pasangan.

– merasa pasangan adalah hak dan kepunyaan dia (possesiveness), tidak mengizinkan pasangan berhubung dengan ahli keluarga nya dan sahabat yang lain.

– dia menentukan semua keputusan termasuk apa yang pasangan harus pakai dan makan.

Pelaku yang melakukan keganasan adalah individu yang panas baran, pernah menjadi mangsa semasa proses membesar, ada masalah mental, masalah kesihatan seperti darah tinggi, faktor keturunan, dll.

MANGSA hanya ada 2 pilihan;

1. Sabar dan doa.

2. Bubar perkahwinan.

Jika mangsa memilih yang no 2,

Mangsa perlu membuat persedian termasuk medapatkan perlindungan daripada agensi yang berkaitan.. JKM, Ngo seperti WAO, PDRM, AWAM , dll.

Ramai mangsa yang memilih no 1 atas pelbagai faktor. Terutamnya takut dengan ‘title” selepas bercerai, memikirkan masa depan anak, kebergantungan pada pendapatan suami, rasa sayang yang menebal, ingin menjaga aib suami (terutama golongan profesional), dsbnya.

Mereka inilah yang dinamakan isteri dalam kurungan. Kitaran keganasan selalunya Bermula dengan tekanan, diikuti peristiwa kekasaran/penderaan, pasangan berbaik semula, rumahtangga kembali tenang.

Selang beberapa bulan/ tahun, kitaran keganasan berulang.

Mangsa keganasan bukan sahaja berlaku kepada wanita, malah lelaki juga. Ia juga melibatkan golongan profesional, mereka yang berpelajaran tinggi, yang kurang akademik, juga tidak mengira bangsa dan agama anutan..

Wanita/ yang menjadi mangsa keganasan perlu memecahkan kitaran tersebut. Ini kerana kitaran yang tidak sihat ini akan meyaksikan kejadian keganasan dalam rumahtangga adalah sesuatu yang normal. Anak2 yang menjadi pemerhati akan belajar dan mengikut trend ibu bapanya.

Bagi anak perempuan, dia akan merelakan dirinya menjadi mangsa dera, Bagi anak lelaki pula akan belajar cara menjadi suami seperti ayahnya-pendera.

Lelaki yang sekali memukul, akan terus memukul, lelaki yang biasa curang, akan terus mencurang, lelaki yang suka berhutang, akan terus berhutang, yang kaki kikis akan seronok mengikis sampai isteri jadi muflis. JENG!

Walaubagaimanapun, pemangsa atau pembuli boleh mengubah sikapnya, asalkan diri sendiri mahu berubah. Mengakui dan bertanggungjawab akan kesalahan diri, dan tidak memindahkan kesalahan nya pada pihak lain. (Menyalahkan orang lain)

Perkara yang membawa keganasan bukan disebabkan masalah yang berlaku pada masa sehari, tetapi ia benda yang lama terpendam.

Komunikasi suami isteri sangat penting. Jika salah seorang memilih untuk berdiam, seorang lagi akan ‘overthinking’.

Penyakit orang lelaki : pendam dan dendam

Penyakit orang perempuan : kekosongan dan keseorangan.

So apa nak buat?

– wujudkan persamaan.

– raikan perbezaan.

– beri pujian dan penghargaan kepada pasangan.

Formula untuk bahagia:

Thinking, Talking, Acting equals PRAYING.

Nasihat seorang Therapist NLPt

BERHATI HATI dengan Apa yang kita fikir, kita cakap, kita buat, Semuanya akan berbalik kepada kita. Walaupun apa yang terdetik di dalam hati.

Kalau Positif, perkara Baiklah yang akan berlaku sekeliling kita.Jika negatif, benda atau anasir jahat mudah masuk.

Apa sahaja yang berlaku, pujilah pasangan kita. Doakan baik2 tentang pasangan. What u give, u get back..

Penting!

Wanita perlu tahu ilmu perundangan dan hak mereka. Iqra’- Bacalah, faham, analisis. Ilmu keibubapaan, ilmu kekeluargaan, ilmu kasih sayang. Wanita perlu cerdik dan berani.

Kerajaan telah menyediakan sistem sokongan kepada mangsa2 keganasan.

Anda berhak untuk merasa Bahagia. Mesti tolak keganasan!

“Men’s LOVE is for himself, but Women’s LOVE is for whole world.”

Kalau baik seseorang wanita, Maka baiklah anaknya, dan baiklah negaranya.. Begitu juga sebaliknya….

Belajar sesuatu?

– Isteri kebenaran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *