Mangsa C4bul

Baru-baru ini saya ada nampak satu video sumpah laknat yang dilakukan oleh abang seorang mangsa s3ksual.

Pertamanya saya nak cakap awak beruntung sebab ada abang yang berpihak kepada awak dan menyokong awak.

Tahniah sebab awak berani luahkan kepada orang yang awak percaya. Bersyukurlah kerana masih ada orang untuk awak berikan kepercayaan. Kenapa?

Saya dic4bul waktu kecil mungkin dalam lingkungan umur 4-6 tahun. Dic4bul oleh seorang yang saya anggap macam abang sendiri.

Maklumlah dilayan seperti puteri walaupun tiada pertalian darah. Budak-budak apa lah yang dia tahu.

Seperti hari-hari biasa saya pergi ke rumah jiran. Saya gelarkan dia sebagai F.

Sampai saja dekat rumah F yang merupakan abang kepada kawan saya. Kawan saya tak ada kat rumah waktu tu tapi ada F dan family dia yang lain. F ajak saya layan movie. movie biasa saje tak ada yang pelik.

Bila dah fokus sangat dekat tv tiba-tiba tangan F dah merayap dekat badan saya. Of course saya halang saya tolak tapi apalah kudrat seorang budak 4 tahun.

Masa tu saya tak tahu apa-apa tentang tempat orang lain tak boleh sentuh. Tapi saya halang sebab mengganggu saya nak tengok movie. Budak-budak sangat lagi, saya waktu tu tak tahu apa-apa, just nak layan movie saja.

Kejadian tu berlaku diruang tamu, waktu tu ada ahli keluarga si F yang lalu lalang tapi takde tegur atau halang apa yang berlaku dekat saya.

Lepas saya balik rumah saya masih tak faham apa yang berlaku tu salah. Dan tidak ceritakan kepada sesiapa sampailah waktu malam, hari yang sama, saya ada ceritakan kepada ibu.

Saya cakap saya rasa sakit dekat alat sulit dan macam ada darah. Ibu suruh saya masuk tidur.

Tapi esoknya ibu buat bodoh saja macam saya tak bagitahu apa-apa. Sampai sekarang saya confuse saya mimpi saja ke situasi semalam tu?

Terperincikan? Saya hanya ingat sampai situ saja. kejadian tu menghantui saya setiap hari sampai sekarang dah nak jadi isteri orang. Waktu tu saya anggap benda yang berlaku tu bukan perkara buruk.

Tapi bila dah dewasa dah belajar tentang s3ks masa sekolah rendah barulah saya tahu benda tu teruk dan memalukan.

Setiap kali teringat saya rasa marah sampai menggigil badan apatah lagi selalu nampak F depan mata sebab jarak rumah tu dekat.

Apa kesan dia dekat saya? Saya k3tag1h p0rnography sejak sekolah rendah dan ada melakukan aksi-aksi melampau terhadap kawan-kawan saya.

Of course pernah tertangkap dengan family tapi k3tag1h tu tetap ada sampai sekarang.

Saya tahu tu dosa. Saya cuba untuk tak cari benda-benda dosa ni bila rasa k3tag1h. Susah? Memang susah sangat-sangat nak halang diri ni tapi saya cuba.

Sejak dah faham pasal apa itu dara dan s3ks, Saya ada jumpa kaunseling sekolah tapi nak buka mulut ceritakan hal yang sebenar sangat sukar. Takut kalau rahsia tu bocor satu sekolah.

Pernah saya cuba luahkan dalam penulisan tapi tetap rasa takut kalau ada orang baca. Makin lama makin sakit bila dipendam tapi nak luahkan tak mampu.

Selalu saya fikir nanti kalau nak kawin boleh ke pasangan saya terima saya? Saya ni masih anak dara ke?

Tapi ustaz cakap kalau ada rahsia tak bagitahu pasangan, tak apa sekiranya rahsia tu boleh meruntuhkan rumah tangga. Tapi masih lagi rasa tertekan sampai hilang keyakinan diri.

Makin dewasa makin dekat dengan alam perkahwinan makin risau dan tertekan.

Keyakinan diri nak bergaul dengan orang lain, keyakinan diri nak kawin tak ada. Rasa diri ni kotor, tak berguna, memalukan, tak layak nak hidup dah.

Dalam kepala ni banyak soalan yang takde jawapan.

Kenapa ibu saya tidak lakukan apa-apa waktu tu? Kenapa tak ada yang bantu saya waktu tu? Kenapa saya tak dibela? Kenapa saya tak menjerit waktu tu? Macam mana nanti anak-anak saya?

Bila saya baca komen-komen dekat video sumpah laknat tu, banyak komen-komen yang salahkan mangsa sahaja.

Kenapa pemangsa tu tak disalahkan sekali? Kenapa layan? Kenapa tak report polis? Kenapa tak block? Kenapa tak bagitahu family? Kenapa viralkan?

Saya tak nak cakap pasal video tu tapi saya ceritakan kisah saya. Saya tak kuat nak ceritakan benda tu dekat keluarga, kawan, walhal guru pun.

Kenapa? Sebab takut saya yang dipandang hina. Saya yang disalahkan. Dah pernah luahkan ke? Dah tapi ditinggalkan sebab anggap saya ni kotor.

Pernah tengok cikgu-cikgu gosip pasal pelajar bla bla bla, kawan-kawan lari. Macam-macam lah.

Confident level saya dah takde. Dah hilang sejak saya faham pasal semua yang berlaku ni tapi dah terlambat nak baiki apa-apa. Saya maafkan si F sekiranya dia datang minta maaf.

Cukuplah saya tengok kesengsaraan family dia sekarang dan saya anggap sebagai kifarah terhadap apa yang dia pernah buat sebab saya tahu bukan saya seorang saja mangsa dia.

Setakat tu saja kemampuan saya nak luahkan. Semoga taboo dalam masyarakat kita tentang sexual harassment ni makin kurang.

Jadilah pendengar untuk kami. Kami cuma perlukan support dari orang sekeliling bukan judge kami.

Walaupun benda yang berlaku tu cuma sekali dan saya tak jejak dah kaki kerumah tu tapi kesan dia tetap ada sampai bila-bila.

Selagi kita tak rasa apa yang mereka ini rasa, kita takkan faham. Luahan saya ni hanya untuk legakan hati saya sebab akhirnya saya berani buka mulut.

Terima kasih sudi baca..

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *