Assalamualaikum korang dan hai..
Korang pernah atau tidak menerima sesuatu dalam hidup yang korang rasa sepatutnya aku boleh elak benda tu. Tapi tidak disangka- sangka aku adalah mangsa.
Benda mudah kalau kita tahu ia hanya omongan kosong. Tapi nak buat macam mana. Naluri seorang wanita yang sukakan di belai, dimanja, dan mendapat perhatian.
Aku seorang janda yang cuba mencari sesuatu kelainan dalam kehidupan. Kelainan yang aku maksudkan adalah aku bukanlah JANDA.
Apakah maksudnya ya.
Setahun aku merahsiakan dari kawan-kawan dan sahabat aku. Aku pergi keje akulah orang yang paling ceria dan paling struggle untuk meneruskan kehidupan aku.
Hakikatnya, dalam rumah.. Akulah insan yang siang dan malamnya bermandikan air mata serta kesengsaraan dalam kehidupan.
Aku berkahwin bukan atas dasar cinta. Bukan sebab atas dasar mengenali cara yang terindah.
Dia dilaut aku di darat. Tetapi dunia ini tetap berputar kerana kita masih dapat mengenali kerana media sosial.
Aku disapa di inbox fb yang dia mengenali aku zaman sekolah lagi. Memandangkan aku selalu berpindah sekolah. Aku tidak mengenalinya dengan tepat.
Sehinggakan rakan sama sekolah menyatakan dia pernah sama-sama naik satu bas. DAN… DIA lah pembuli aku di zaman sekolah dulu.
Benci memang benci. Tahap mati punya benci.
Sehinggakan aku berpindah sekolah aku tak nak ingat manusia itu lagi..
Dan… Dia lah jodoh pertama aku. Pertama?? Ya pertama.
2013 tahun yang aku rasa aku menikmati kebahagiaan. Suami yang baik, penyayang, dengar kata ibu, sayang adik beradik, taat perintah abah, dan tidak pernah meninggikan suara.
Beruntungkan aku. tapi kenapa aku menjanda kerana dia?? (aku sangkakan orang yang aku benci tu dah berubah leee).
Kerana saat baiknya dia tu hanyalah bersama keluarga dia. Bukan bersama aku. Aku hanya dihidangkan kata2 manis saat di perlukan aku.
Yang. Yang. Yang. Dibibir tak lekang. Saat tidak diperlukan. Aku pun melayang. Call jauh skali apatah lagi nak chat. Binawe!!
Aku masih bertahan untuk cuba memahami. Untuk kekal bersama. Aku pernah meluahkan apa yang aku rasa perlu. Tapi keperluan dia melebihi kemampuan dia sendiri. Nampak kaya. Tapi bukan dia.
Contoh tuntutan dia terhadap aku.
Nak aku cantik macam 1st kawin. Nak aku dok umah bergaya macam bidadari. Nak aku masak macam maknya. Nak aku buat semua benda dengan teratur.
Alangkah indah permintaan melebihi kesanggupan sendiri. Hanya dapat bagi aku nafkah (konon) 1k sebulan (astro, api, air, bil telefon).
Kalau bagi 2k atau 3k. Dengan ayat yang manis. “Semua ini untuk awak yang. Belilah apa nak” Gituwww (berbunga tak hati kauuu!!). Tapi janganlah ko perasan.
Ready2 lah anda. Selepas 1 minggu kemudian ditagih kembali. Siap pakej dengan soalan cepugangsa. Duit tu hari mana?? (ko sekadar banker).
Pasal nak masakan macam mak dia. Aku kata nanti tolong salin resepi siap sekali berapa sudu garamnya termasuklah. Sudu apa jenis yang mak pakai n brandnya skali. Hahaha!
Dulu aku pergi treatment cantikkan body ku sebab dulu tak payah bayar sewa n bill mahal2 n banyak2. So banyak tak duit aku. Ko rasa dia kawen sebab berul nak jaga aku ke nak duit?
Aku jarang jumpa dia sebab dilaut 3 bulan. Di darat 3 minggu seminggu saja dengan aku. Sebab selebihnya perlukan agihkan masa bersama ibu dan yang lain2.
Aku dilayan kerana kepuraan dan janji kosong.
Kalau aku tanya bila nak balik sini. Pastikan aku akan diherdik. Dan dia akan kata. “nanti aku balik ko hadap la muka aku puas2”.
Ok aku terima. Aku pun tunggulah saat tu. Ya. Best giler hadap game siang hari hadap tv malam hari. Aku hadap la dinding..
Sorotan dari kisah aku. Hidup aku dengan dia dipsikokan dengan apa yang dia cakap tapi hasil tak da. Lama2 aku pun pasrah.
Dia balik lama ke balik kejap ke. Terpulang. Sebab aku dah macam boleh ready diri aku JANDA atau kembali macam anak dara. Aku kawin dengan dia tak ada anak.
Aku lalui dengan mak mertua yang acah2 sayang aku. Tapi abah betul2 sayang aku. Giler2 sayang sebab sayang aku pun di kawan baik arwah ayah aku.
But nice personlah sayang aku tu sampai aku kamcing giler dengan pak mertua aku ni.
Adalah skali tu. Mak dia. Dok heboh soh aku pindah. Time ni aku dah tak da nak control2 kalau bercakap. Sebab lama benar aku pendamkan.
“Faz ko balik lah dok sini. Tak yahlah dok jauh2 tak cukup duit kita cari lain. Buat apa duduk jauh2”.
Bila lagi nak ada anak. Ko pergi hospital sini. Baguss.
Dengan yakin aku bagi sedassss..
“Ye mak. Boleh saja mak. Cer mak tanya dia. Sebab yang tak bagi pindah tu dia. Nanti duit gaji dia habis. Tak cukup. Saya banyak hutang. Hutang dia abis langsai. Nanti kata saya abiskan duit dia pulak.
Tambah2 pula gaji dia bukan besar mana. Saya yang balik tanggung dia. Cubalah tanya ya. Sebab gaji saya besar kat sana.” sambung lagi..
“Pasal anak?. Ouuu. Tu hari dah pergi hospital buat ujian. Dia tak nak mak. Saya nak buat macam mana. Saya usaha. Doktor kata sebab kami jarang jumpa dan dia keje tempat tu tak sesuai. Tu doktor kata bukan saya kata.”
Sorang muka merah2. Yang sorang lagi muka eh. Tak percaya. Ke??
So aku pun makan hati, biarlah orang kata jiran sebelah makan tulang saja pun. Sampailah aku kurus. Aku jaga penampilan aku. Aku jaga diri aku bagi cantik.
Masa ni aku dah dalam eddah. Aku minta Tuhan tutup hati aku pada orang yang tak hargai aku. Selama 3 bulan itulah aku sakit. Aku pendam.
Aku lalui macam2 yang aku rasa macam tak da dah kehidupan yang indah bagi aku.
3 bulan dia tak pernah call aku or mesej tanya khabar. Tapi betul2 cukup 3 bulan dia tanya. Abis dah eh eddah. Pala bana dia. Aku pun kata. Yeay boleh tawen bawuuuuuu!!!
Cukup 3 bulan. Ye aku boleh lepaskan rasa sayang kat dia. Syukur sangat.
Ni last. Masa settle kes penceraian dari naik mahkamah.
Dia nangis2 macam nak mati konon sedih. Tak tau lah sedih bercerai ke atau lakonan. (muak nak caya).
Sebab seblum naik mahkamah seminggu tu. Dia mesej kata abah mak tak sihat lamaaa dah tak buka gerai bagai. Tapi aku tahu. Aku diam saja masa tu.
Then, masa aku nampak dia dalam kete buat drama aku cakap kat mak aku nak pergi jmpa dia. Untuk kali terakhir. Mak aku kata tak yah lah. Aku kata jap saja.
Aku masuk. Aku pura2 le nangis. Aku cakap. Lepas ni. Carilah jodoh yang mak ko suka.
Jangan kawin sebab kerjaya dia supaya dapat bela ko. Tanggung kos2 saraan hidup ko yang acah mewah. Dan kesian mak abah sebab pagi2 lagi pergi niaga. Sampai bila.
Tadi pun nampak. Terbeliak mata dan macam konfius masa tu dia nak nangis terus ke atau dia terkesima.. Sebab nak kene control la. Orang macho tapi hati ada taman.
Dan akhirnya. Aku janda. Hahahahahaha.
– Faz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit