Forever Alone

Assalamualaikum, terima kasih admin kalau siarkan confession saya ni. Saya Bella, umur 29, bujang, berkerja di sektor swasta.

Serba ringkas mengenai diri saya. Saya anak bongsu dan dilahirkan dalam keluarga yang agak dingin dan suka buat hal masing-masing.

Pernah dimarahi ayah yang garang dan dibuli kawan-kawan ketika zaman sekolah kerana hodoh.

Tiada sokongan moral dari family menyebabkan saya terus anggap diri saya seorang ‘looser’ dan juga negatif ‘vibe’ dari keluarga juga buat saya susah untuk berfikiran positif. Sejak dari itu, trauma dan ‘self-esteem’ kosong sampai graduate dan sudah bekerja.

Apa yang saya perasan sejak dari dulu, saya mempunyai sifat yang mudah sensitif (mudah terasa), mudah nangis dan overthinking.

Depression mungkin dah ada tapi saya belum berjumpa dengan psikiatri menurut kata kawan saya. Disebabkan sifat saya ni, saya jadi seorang yang susah untuk mempunyai kawan biasa mahupun sahabat baik.

Saya hanya mampu berkawan biasa, tapi bila dah terlalu rapat saya akan cepat terasa bila kawan tersebut sudah mula gunakan perkataan yang membuat saya terasa.

Jika di awal perkenalan samaada lelaki atau perempuan, saya memang menjaga tuturkata agar orang tak berkata balik atau terasa.

Bila dah agak rapat sikit masing-masing mula buat gurauan. Tapi saya rasa saya dah jaga tuturkata sehabis baik dan jika saya nak bergurau kasar pon saya rasa akan mulakan bila mereka dah mulakan dahulu.

Saya jenis bergurau tak suka menyentuh peribadi seseorang dan lebih kepada lawak bodoh tapi saya cepat terasa bila mereka melawak mengunakan peribadi saya dalam maksud lawak..

ada saya dengar, orang yang mudah sensitif ni kurang kasih sayang. Saya akui benda ni bila lahir dalam family yang dingin dan dibesarkan kurang kasih sayang.

Benda kecik pon saya sensitif. Contoh dalam email jadi orang yang terakhir disebut pon saya ‘overthinking’ dah yang “dia ni tak suka aku ke letak terakhir sekali”. Tapi benda ni kecik tapi 5% mengacau jiwa tapi lepas tu saya cuba positive thinking.

Sama macam perkara lain, saya cuba positif thinking bila tercicir, dilupakan, tak sama macam orang lain, jadi yang terakhir berkali-kali.

Sampaikan sekarang saya dah lali jadi yang terakhir bila ada orang cakap depan “aku tak mau jadi orang terakhir”. Dalam fikiran saya, “Kenapa kalau jadi yang terakhir, hina sangat ke?”

Bila dah kurang hidup kasih sayang. Hidup berdikari dan macam sebatang kara sebelum sampai masa. Saya hampir jadi anti media social.

Dulu selalu tengok jumlah kawan, atau pengikut saya. Sekarang saya bnyak mute, unfriend kawan dan block kawan yang saya kenal.

Saya tak berdendam cuma saya tak nak mereka tahu yang hidup saya tak sehebat mereka.

Bila saya tengok hidup mereka sempurna, ada suami anak-anak, keluarga yang meriah. Saya akan kerap bandingkan dengan diri saya sebab saya tak berpeluang merasakan semua tu.

Saya akan jadi orang yang tak bersyukur dan selalu menangis. Status mereka kat whatapps saya ‘hide’, Facebook mereka saya ‘unfollow’, Instagram saya dah nyahaktifkan. Ada betulnya apa yang ditayangkan tak seperti digambarkan.

Tapi sekurang-sekurangnya ketika diuji mereka masih ada insan disisi. Sebab tu, saya jauhkan diri dari mereka sebab saya nak cari ketenangan dalam hidup saya sebab Allah dah takdirkan untuk saya jalan hidup seperti ini.

Ada saya baca post “orang yang tak boleh tengok orang lain lebih darinya ialah orang yang mempunyai masalah hati”. Saya bukan tak boleh tengok orang lebih, cuma saya biarkan dia dengan hidup dia sendiri..

Itu hidup dia, Allah takdirkan yang terbaik untuknya. Cuma saya ‘hide’ dan ‘mute’ sebab tak nak hati saya bersedih dengan kehidupan sendiri. Saya dah cuba berlapang dada dengan takdir, tapi sedih dan sunyi itu tetap ada.

Mengenai jodoh pula, ada saya cuba berkenalan dengan beberapa lelaki tapi gagal. Saya sentiasa rasa mereka layak dapat yang lebih baik.

Saya dari “broken family” yang tak semua orang nak. Sifat sensitif saya ini buatkan saya sentiasa jauhkan diri dari manusia, terperuk dalam bilik, kurang berjalan-jalan.

Hidup saya terlalu sendu sebab semua saya buat berseorangan. Bila berkenalan, bnyak saya rasa kekurangan diri . Dari segi fikizal saya biasa sahaja tapi trauma kena hina sebab hodoh 40% masih ada.

Untuk mencari jodoh bukan perkara yang mudah, saya akui saya memilih sebab saya taknak apa yang lalui terjadi apa anak saya jika saya tersilap memilih.

Cukuplah lelaki yang hidup berlandaskan agama, bertanggungjawab dan boleh terima baik buruk saya yang sendu ini.

Kadang-kadang saya terfikir untuk apa saya hidup jika saya dah tak dipedulikan didunia ini. Tapi saya dilahirkan sebagai hamba Allah yang perlu memujinya sehingga keakhir hayat.

“Tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah padaku”. Sekarang negera dah hampir pulih dari pandemic.

Ramai orang dah keluar dengan keluarga dan pasangan masih-masing. Aku masih berseorangan dalam bilik.

Cuba cari kawan? Pada umur saya macam ni, hidup saya yang agak sendu dari kecil. Sape nak berkawan dengan saya. Bila diceritakan sebahagian kisah dari hidup saya pada mereka, tak semua memahami..

Akhirnya dah bosan, ditinggalkan. Siapa nak hidup dalam sedih betul tak? Jadi lebih baik mereka berkawan dengan orang yang mempunyai kisah hidup yang lebih baik dan berwarna warni.

Ya betul semua atas diri saya sendiri. Bila hati dah mudah terluka pon lama-lama dah tawar hati. Saya redha dengan takdir hidup saya. Cuma satu saja saya hadap Allah temankan saya hingga ke akhir nafas saya.

Mohon kalian doakan pengakhiran yang terbaik untuk hidup saya.

Assalamualaikum.

– Bella Ciao (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *