Aku Diana. Bukan nama sebenar. Aku just nak luahkan nasib aku sebagai penganggur.
Dulu aku belajar di universiti awam di Melaka. Habis belajar, aku terus dapat kerja dekat salah satu bank yang famous.
Tapi nasib aku tak baik. Aku tak berjaya capai target sales even aku dah cuba sehabis baik.
Mana tidaknya, masa mula2 masuk senior aku chinese, very supportive. Dia ajar aku trick dan cara untuk buat sales sebab dia tau aku memang zero experienced.
Aku banyak belajar dari dia. Then dia resign sebab dia dapat kerja lain.
Start dari situ ramai la sales person dari branch lain datang buat attachment dekat branch aku sebab diaorang cakap aku punya sales tinggi sebab aku sorang saja kat situ. Masuk bulan ke 4, sales aku drop.
Yang datang semua ambik customer aku yang terang-terang memang aku yang serve dari awal.
Bila aku nak close sales isi borang semua, diaorang datang volunteer nak tolong sebab customer banyak datang dekat aku (of course sebab customer dah tau aku memang staff branch tu)
So diaorang suruh aku layan customer lain untuk memudahkan urusan in which aku pon akan buat yang sama kalau tengok senior aku tak cukup tangan dulu.
Tapi part yang tak best nya adalah sampai hujung bulan meeting sales, manager aku tanya kenapa sales aku drop tak capai target, punyalah aku terkejut.
Rupanya diaorang ambik customer aku masa sign borang diaorang letak nama diaorang.
Manager aku persoalkan kenapa yang datang dari branch lain boleh buat sales power kat branch aku, tapi aku tak boleh. Dan setelah terlalu banyak permainan kotor, aku buat keputusan untuk berhenti.
Next lepas 3 bulan aku dapat offer dekat luar negara. Persekitaran kerja sangat conducive. Aku jadi marketing exec. Aku memang enjoy kerja dekat situ.
Tapi sebab kan masalah keluarga, aku terpaksa balik lepas 2 tahun. Sedih yang teramat tapi aku percaya Tuhan mungkin nak bagi aku yang lebih baik. Jadi aku balik.
Bermula lah kisah pengangguran aku. Aku apply beratus kerja. Kau cakap saja website mana aku tak terjah. Email berlambak aku hantar.
Tapi aku tak tau mana silapnya sampai ke hari ni aku tak dapat kerja. Orang cakap aku terlalu memilih.
Tapi memilih apanya kalau kerja kerani gaji RM1200 pon aku mintak. Pergi interview balik terus senyap. Email pon macam tu. Mintak resume sijil semua, lepas tu terus senyap.
Aku cuba perbaiki resume, writing skills semua. Siap masuk class sebab aku baca banyak majikan tak ambik sebab faktor2 ni.
Tapi lepas setahun menganggur masih sepi. Duit habis banyak dah sebab sediakan document, pergi interview. Tapi hasil takde.
So aku decide untuk sambung master. Dalam sambung belajar tu aku tetap tak putus usaha mintak kerja. Tapi satu pon takde yang sangkut.
Macam biasa la, lepas diaorang mintak resume and sijil, semua senyap. At least bagitau lah kenapa aku gagal. Takde lah aku tunggu berharap. Yang panggil interview pon sama.
Pada aku at least bagitau lah kenapa aku tak berjaya jadi aku boleh perbaiki kelemahan aku supaya aku dapat peluang yang lebih cerah.
Dan satu lagi benda yang aku sakit hati ialah, bahasa mandarin.
‘You boleh cakap mandarin tak?’ ‘Mandarin speaker only’ ‘Mandarin speaker will be advantageous’ ‘Sorry kita ambik yang boleh cakap mandarin sebab customer kita banyak Chinese’ .
Sedih oi. Kalau aku tau dulu lagi aku dah mintak mak aku hantar aku sjkc. Belajar cakap mandarin. Ni sikit2 aku faham tapi bercampur dengan hokkien la. Kiranya bahasa pasar la. Nak bertutur penuh memang tidak la.
Aku bukan tak nak ambik class mandarin tapi buat masa sekarang ni aku memang tak mampu.
Jadi para majikan di luar sana, boleh tak aku mintak supaya kalau orang apply kerja, dapat atau tak, reply lah.
Bagitau kenapa tak dapat. Supaya golongan tak bernasib baik macam aku ni boleh perbaiki kelemahan dan tak tertunggu-tunggu. Aku sekarang dah habis master.
Tapi peluang kerja yang betul-betul masih takde. Lepas 2 tahun menganggur, aku kerja saja jadi cashier pasar raya. Dekat setahun jugak dah aku kerja. Dari aku menganggur takde hasil.
Sekurang-kurangnya dapat la RM900 lebih lepas tolak epf semua. Aku seriously rasa tak berbaloi aku belajar tinggi2. Attended macam2 kelas untuk perbaiki diri, resume bagai.
SPA, SPP semua tak lepas. Entah apa nasib aku tak tau la. Doakan semoga suatu hari nanti aku diberi kerja tetap yang aku impikan. Aku cuma nak berbakti pada mak ayah aku semula saja.
Dengan gaji sekarang, aku bagi RM350 untuk mak ayah aku belanja duit dapur, kereta RM400, yang lebih tu la duit topup dengan minyak kereta sampai hujung bulan.
Pergi kerja aku bawak bekal saja nak jimat. Tempat aku takde bas. Aku takde lesen motor. Jadi nak jual kereta aku nanti aku nak pergi kerja, hantar mak ayah aku pergi clinic setiap bulan naik apa pulak.
Sekian, yang kusut tapi masih tenang.
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit