Kerana Anak Kak Long

Assalamualaikum semua. Thanks admin kerana siarkan cerita saya.

Saya Siti, umur awal 40 an, saya anak bongsu daripada 13 orang adik beradik itu sebabnya panggilan untuk saya Mak Adik, semua dah habis diguna oleh abang n kakak saya.

Cerita yang hendak saya kongsi hari nie mengenai anak kaklong saya yang sebaya dengan saya. Kami berkongsi segalanya dari kecil hingga lah remaja.

Anak saudara saya lelaki, agak nakal, selalu menyusahkan hidup saya sejak dari kecil.

Saya masih ingat lagi ketika tadika saya mendapat hadiah pada hari anugerah kecermerlangan tapi anak buah saya tidak mendapat apa-apa, kaklong bising katanya saya tidak mahu belajar dengan anknya.

Semasa di sekolah rendah boleh dikatakan saya selalu mendapat perhatian guru dalam pelajaran tetapi anak buah saya tidak, tambahan pulak dia agak nakal dan selalu mendatangkan masalah.

Disini juga menjadi masalah pada saya dimana kaklong minta saya belajar bersama sedangkan anaknya bukan nak belajar, jujur saya cakap saya tidak ikhlas.

Pada exam UPSR, saya mendapat 5A, anak buah hanya lulus saja. Kaklong bising-bising katanya saya lah punca anak dia tidak mendapat result bagus.

Masuk sekolah menengah plan asalnya saya hendak ke sekolah asrama penuh, kebetulan pada masa itu keadaan ibu agak tidak sihat, tambahan pulak tiada sesiapa lagi dalam rumah kami.

Pada masa itu 1 abang dan 2 kakak saya sudah berada di asrama, jadi saya korbankan niat saya.

Ketika itu 2 orang abang saya berada universiti, keadaan kewangan agak sempit. Jadi saya memahami situasi ayah dan ibu.

Semasa saya di form 3, sekali lagi saya mendapat result bagus, 7A 2B. Ibu saya buat kenduri kesyukuran untuk saya.

Seperti biasa anak buah saya tetap menyusahkan saya yang mana result dia hanya ada 3B selebihnya saya tidak ambil peduli. Sekali lagi kaklong pertikaikan kejayaan saya.

Saya masih kekal di sekolah yang sama, punca kali nie dari kaklong, dia sengaja mengatakan saya tidak perlu ke sekolah jauh, sama saje sekolah mana asalkan mahu belajar.

Kemuncak semasa result SPM, saya masih membanggakan ibu. Kali nie saya berharap saya boleh keluar dari rumah dan belajar lebih tenang tanpa gangguan.

Sangkaan saya meleset, surat permohonan saya ke Universiti tidak sampai ke tempat sepatutnya, betapa saya kecewa.

Akhirnya saya masuk ke form 6 dan ambil exam STPM. Alhamdulillah, berkat usaha saya selama hampir 2 tahun membuahkan hasil.

Kali ini segala urusan permohonan dan surat menyurat saya uruskan sendiri, saya hanya bertanya pada guru-guru, orang yang saya percaya.

Saya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam bidang yang saya minati iaitu pendidikan.

Jujur saya akui, saya rimas sepanjang kehidupan kanak-kanak saya yang selalu disuruh menjaga anak buah, kemudian perlu ajar dia,

Jika anak buah nakal, kaklong dan abanglong saya akan menyalahkan seratus peratus pada saya, sedangkan saya sebaya usia anak mereka.

Satu perkara yang tidak akan saya lupakan, semasa permohonan ke universiti lepasan SPM tu, borang tersebut kaklong saya tidak poskan, malah dia sembunyikan,

Tambahan pulak pada ketika itu hanya dia saja yang boleh diharapkan untuk pos tapi kaklong tidak jujur.

Buat kaklong, adik maafkan segala-galanya apa yang telah kaklong buat. Adik selalu doakan kebaikkan dan kebahagian kaklong, adik tak pernah simpan dendam, semoga kaklong baik-baik saja.

Jika kaklong ada kelapangan jemputlah datang rumah adik kelak,

Sepanjang 17 tahun adik berkahwin kaklong tak pernah datang rumah adik. Hanya berjumpa di rumah ibu. Adik nak kaklong tau, adik sayang kaklong.

– Mak adik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *