Memaafkan Itu Memeritkan

Hai, Aku seorang pensyarah di IPTA terkemuka.

Niat aku menulis confession ini untuk meminta pendapat para readers readers sekalian. Aku minta maaf jika penulisan aku menggunakan sedikit bahasa rojak.

Aku merupakan anak bongsu, sudah semestinya semua ingat aku ni anak manja.

Sebut saja anak bongsu, Wah ni mesti manja, ni mesti anak mak, confirm nak duduk bawak ketiak mak tak boleh duduk jauh etc.

Kata – kata hanyalah kata – kata, namun kehidupan aku sebagai anak bongsu tersangatlah berbeza 180 darjah daripada apa yang orang anggap.

Aku diperlakukan seperti seorang maid di rumah dulu. Maid tidak berbayar? Betullah tu. Aku tidak pernah harapkan duit parents aku.

Aku boleh berdikari dan survive sendiri. Time diploma walaupun parents aku tak bagi aku kerja part time sebab katanya tak focus study pointer ke laut.

Tapi aku ingkar, aku cari kerja part time untuk menyara keperluan aku. Bagi aku RM500 sebulan tidak cukup.

Aku rasa bersalah, kereta aku saja dah RM490 sebulan tambah duit belanja RM500 dan yuran sem RM1k+. Aku dengan rasa macam anak yang berdikari carilah duit sendiri untuk membeli keperluan aku.

Aku tipu yuran sem RM500 per sem dan parents aku bodo bodo percaya walhal yuran tambah segala caj fasiliti hampir cecah RM1k++ .

Tak lama lepas tu, aku terkantoi dengan parents aku yang aku kerja part time. Diorang tak marah sebab result aku cemerlang even kerja part time.

Mungkin aku terlalu berdikari sangat sampaikan parents aku suruh aku sendiri bayar yuran sem sendiri yang ‘hanya RM500’. Aku tak boleh kata apa demi mengejar cita cita aku sebagai pensyarah.

Aku boleh bertahan masa diploma. But not time zaman degree. Yuran degree sedikit mahal berbanding diploma. Aku masih kena bayar yuran setiap sem dengan duit aku sendiri sebab katanya aku pandai berdikari.

Suatu hari, aku mengamuk. Aku melepaskan semuanya.

Abang dan akak akak aku semua ditanggung oleh parents aku even duit shopping baju duit repair laptop rosak duit beli phone baru meanwhile aku kena tanggung diri aku sendiri.

Aku memberontak, namun plan tak jalan macam yang dianggap.

Aku dicaci maki kerana ‘meminta – minta’ sedangkan diaorang sudah tua dan pencen diaorang cukup cukup untuk tampung yuran abang kakak dan keperluan mereka sendiri.

Aku rasa aku ni seperti orang luar, aku tertinggikan suara kepada parents aku. Aku nak pertahankan diri aku. Aku tak tahan dan aku berkata ingin keluar dari rumah. Tidak sanggup duduk di ‘neraka dunia’.

Aku ingatkan diaorang halang aku dari keluar rumah. Tapi? Makin dihalau, Makin diusir. Aku sedih. Seolah olah mereka tunggu saat ini.

Aku pergi membawa diri. Masa drive kereta rasa nak belok langgar divider jatuh gaung. Mungkin Allah SWT sayangkan aku, Azan berkumandang tepat aku berniat nak bunuh diri dengan cara tu.

Aku habiskan degree aku dan Alhamdulillah aku graduate first class. Hari yang bahagia, tiada sorang family aku datang di Hari Konvokesyen.

Tahan air mata depan Prof.. siap tanya masa bergambar mana parents?

Terpaksa tipu kata parents ada hal yang tak dapat dielak. Tak lama lepas tu, Aku dapat offer program fast track PhD.

Berbekalkan savings yang aku ada simpan dari zaman diploma, mungkin dah cukup. Tetapi rezeki aku melimpah ruah. Aku dapat biasiswa, jadi tak perlu keluarkan duit simpanan 1 sen pun bila bayar yuran.

Alhamdulillah jugak aku dapat survive dan graduate dengan cemerlang.

Tapi kebahagiaan terus hilang bila teringat. Family aku tiada langsung tanya khabar aku. Diaorang ingat aku dah mati ke?

Hari Konvokesyen yang paling bersejarah jugak sebab aku tak sangka aku mampu dapat PhD.

Hari yang terpaling bahagia dalam hidup aku mungkin? Macam zaman degree, tiada sorang pun yang datang konvo aku. Seat yang disediakan untuk Parents, seat nama aku sorang yang kosong suci tak nampak bayang.

Alhamdulillah rezeki aku sangat banyak Aku di offer menjadi pensyarah di Uni yang aku study dari degree sampai PhD sendiri.

Dan sehingga sekarang. Degree 3 tahun tambah PhD 3 tahun, dan aku telah mengajar selama 2 tahun. Sudah 8 tahun aku tak jumpa family aku.

Family aku sendiri tak jenguk aku sedangkan diaorang tahu aku study kat mana.

Aku ada sekali dua balik kampung tapi tak singgah rumah hanya tengok dari jauh. Mungkin dah lupa kot aku ni anak bongsu dan adik bongsu diaorang.

Tahun depan dah 2022, dah nak masuk 9 tahun aku tak jumpa family aku. Mereka buat aku macam anak yatim piatu sebatang kara yang tiada parents dan adik beradik.

Kalau aku balik raya tahun depan insyaaAllah masa tu dah dapat rentas negeri, diaorang nak ke terima aku?

Dan sekarang seperti tajuk yang tertulis…

Mampukah aku turunkan ego aku dan memaafkan diaorang semua dan buka buku baru? Sesungguhnya memaafkan itu sangat memeritkan.

– Sir F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *