Hello, Assalamualaikum admin & pembaca IIUM Confession. Boleh panggil saya ‘kakak’ saja. Saya berumur lewat 20an. Saya hantar confession ni bukanlah untuk menceritakan aib, tetapi ingin mencari penyelesaian kepada masalah adik-adik saya.
Saya anak sulung dari 3 beradik. Semua perempuan. Adik pertama berumur 18, adik kedua berumur 16. Kami sangat sangat rapat, tak ada rahsia yang adik-adik saya tak ceritakan pada saya.
Cuma, mereka ni beza umur jauh dengan saya. Cara mereka berfikir pun berbeza dengan saya masa remaja dulu. Mereka fikir lebih ‘matang’ dari usia, tak pasti la sebab pelajaran kbat diaorang atau apa, yang pasti cara kami dibesarkan sama saja.
Benda pertama yang saya terkejut, mereka ni support LGBTQ+, yang pans3xual cis3xual dan sebagainya tu. Siap lukis rainbow kat kulit tangan. Saya tak marah, sebab saya tahu kalau saya marah.. mereka akan benci saya. Instead, saya tanya.. kenapa support kalau anda sendiri straight?
Mereka jawab, sebab trend. Sebab its cool. Sebab being understanding and compromise dengan orang-orang LGBTQ+ itu satu benda yang baik dan kita tak boleh hidup bermusuhan. Katanya.
Jadi saya cakap pada adik-adik.. kita tak mampu nasihatkan mereka untuk tinggalkan LGBTQ+, tak bermakna kita perlu support mereka.
Bukan ke yang pertama, mencegah guna tangan. Kedua guna lisan. Ketiga, selemah lemah iman mencegah kemungkaran menggunakan hati. Cukuplah kita menolak perbuatan tu dengan hati, jadi tak adalah kita menyakiti golongan tu. Ini saya pesan pada mereka.
Awal-awal mereka terima. Tapi lama-lama mereka start support balik.. sedih saya rasa. Bukan ke dah jelas dan terang bendq itu dilarang? Entahlah.
Benda kedua saya terkejut, soal religion. Adik saya yang umur 16 tu bertudung, yang umur 18 tu freehair.
Mereka ni selalu tanya pada saya, “kak, why religion exist? Why can’t we all live with only good virtues? Like atheist or freethinker?” “kak, why God created us, then punish us if we did wrong? Then we shouldn’t exist if only to be punished”.
Fuh….. berpeluh saya nak menjawab. Jujur saya cakap, adik-adik saya ni budak-budak pandai. Straight A’s memanjang. Manakala saya ni biasa biasa saja.
Saya tak jawab terus persoalan mereka. Saya tengok video zakir naik, saya tanya-tanya ustaz dan ustazah sekolah lama saya dulu.
Bila dah dapat jawapan, baru saya jelaskan pula pada mereka. Tapi tetaplah mereka untuk jadi ‘liberal’ atau apa ya? Tak tahu la spesies mereka ni dipanggil apa?
Kenapa saya cakap mereka ni lebih matang dari usia? Saya dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Kalau ada makcik bawang tegur apa-apa kat saya, Mereka ni akan balas, “mak long, bawah 6 bulan mana boleh makan lagi” “normal la baby menangis, dia mana boleh cakap kalau gatal telinga” dan banyak lagi pasal baby, pasal rumahtangga, pasal adult yang mereka tahu.
Bila saya tanya , macam mana boleh tahu. Mereka jawab, benda tu bukan uncommon. Tapi basic knowledge yang belajar kat sekolah dan boleh google. Semua kawan-kawan dia tahu. Katanya. Masa saya remaja, saya tak tahu pun apa yang mereka tahu sekarang.
Umur-umur ni mereka dah fight for equal rights.. anti scam poligami.. LGBTQ.. saya disini what what what. Makin pening dengan mereka ni. Macam mana nak betulkan mindset mereka ni???? Nak kata tak dididik agama, kami semua dapat didikan sempurna. Kat mana silapnya?
Benda ketiga , isu mental health. Mereka ni, sangat-sangat aware pasal isu ni sejak kecil lagi. Dan ramai dikalangan kawan-kawan mereka yang d3pressed.
Ada yang menyakiti diri mereka sendiri pelbagai cara. Gambar-gambar kawan yang berdarah tu adik-adik saya tunjuk pada saya. Diorang cakap ni normal???? Saya terkejut.
Hampir setiap hari saya akan suruh mereka bagi kata positif pada kawan-kawan. Ada yang buat sebab kena marah dengan cikgu. Ada yang sebab mak ayah tak faham.
Ada yang terpaksa kerja sambilan lepas balik sekolah sebab nak tolong mak ayah. Kebanyakannya sebab mereka terpaksa jaga adik-adik kecil.
Bagi saya apa diaorang buat jaga adik tu baik. Tapi saya baru tahu, mereka stress. Tapi tak mampu beritahu mak ayah? Saya nasihatkan mereka ke klinik kesihatan untuk program remaja.
Saya ada nampak banner tu setiap kali check up anak-anak. Tapi tak ada sorang pun nak pergi, sebab mereka takut doktor beritahu mak ayah.
Keempat, isu p*rn. Ini tak pastilah liberal atau memang normal. Tapi adik-adik perempuan saya cakap, mereka dan kawan-kawan perempuan yang lain guna vpn untuk tengok. Nak belajar human anatomy?? Ok, alasan diaorang ni memang tak masuk akal untuk saya.
Dan ini pertama kali saya tengok orang confess dengan muka bersahaja tanpa rasa apa yang diaorang buat tu salah. Diaorang ni budak-budak pandai.
Adakah disebabkan curiosity nak tahu lebih tu, punca kepada tengok benda ni? Tapi memang betul pun mereka boleh explain female anatomy dengan detail kat saya.
Tapi tetap apa diaorang tu buat salah kan??? Makin makin pening saya sebab diaorang rasa benda-benda ni semua tak salah. Like its normallll sangat. Diorang ni budak-budak baik. Tapi apa ya tak kena dengan diaorang ni. Tak tahu term apa nak pakai nak describe mereka ni.
Ok selain perkara-perkara diatas.. ada banyak lagi macam colour rambut warna warni. Alasannya sebab nak have a good relationship with other religion and nak support LGBTQ. Warna warni kuku. Dating/ couple dengan mat salleh. Sorang lagi couple dengan chinese.
Diaorang tak ada rahsia dengan saya. Bila diaorang dating, dengan kehadiran family pihak lelaki. Dan family pihak lelaki yang hantar balik ke rumah.
Jujurlah saya tak sokong semua benda-benda mereka buat. Tapi saya cuba untuk nasihat secara tidak langsung. Atau hadiahkan tudung yang menarik tapi labuh dada.
Mereka ni tersangat sangat curious tentang religion. Persoalan high level yang saya sendiri tak mampu nak jawab. Saya tulis confession ni nak minta idea… macam mana nak ubah sikit mindset mereka? Saya tak mahu mereka kearah liberal..
Semalam adik-adik saya singgah di rumah saya. Saya senyum saja mereka cerita pasal A-Z. Masa nak balik tu saya peluk kedua mereka.. saya cakap.. saya kakak, taknak judge diri mereka yang sekarang.
Mungkin 1 hari nanti mereka akan jauh lebih dari saya. Mungkin disebabkan persoalan-persoalan mereka, mereka dapat jumpa jawapan 1 hari nanti.
Walau macam mana pun diaorang sekarang, saya doa sangat-sangat supaya kami bertiga dapat redha Allah s.w.t pada akhirnya.
Saya nak bantu diaorang ke jalan yang betul, tapi entahlah. Saya tak tahu. Orang lain, saya tak kisah. Tapi kalau adik sendiri yang liberal, takkan saya tengok saja….
Tambah pula mereka dating dengan non…. siapa yang akan bimbing siapa nanti. Ada banyak lagi benda saya tidak sempat cerita. Tapi cukuplah setakat ini saja. Terima kasih.
– Seorang Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit