Drama Badminton Malaysia

Salam semua. Saya Meme. Saya rasa pasti ramai yang menonton perlawanan Piala Sudirman baru-baru ni.

Entah mengapa, dah lama tak rasa teruja menonton perlawanan badminton macam ni zaman sekarang.

Tak ter dup dap dup dap macam zaman dulu. Ingat lagi zaman Malaysia menang Piala Thomas 1992, lagu “Kau Boleh” berkumandang di udara.

Masa tu saya belum bersekolah, tapi sudah rasa sangat sayang dan patriotik pada nama Malaysia.

Fast forward, paling teruja sekali masa tonton pertandingn akhir antara LCW dan Lin dan dalam terbuka Malaysia,

Saya yakin ramai yang turut menonton peristiwa bersejarah ni yang mana LCW yang ketinggalan berapa mata di belakang mengejar lin dan yang ketika itu berada di point terakhir untuk menang.

Tapi akhirnya LCW berjaya menyamai dan memenangi perlawanan tersebut. Touching sangat masa tu.

Hmm. Apa drama yang nak saya cerita sebenarnya. Asyik baca orang kongsi pasal squid game, apa kata kita borak pasal real game pulak.

Hehe. So, lepas dah makin besar ni, saya rasa pengetahuan dan update saya berkenaan sukan ni banyak berkurang. Tak lagi banyak masa macam dulu.

Lagipun zaman sekarang dah kurang baca surat khabar berbanding dulu. Rindu zaman-zaman hard copy.

Walaupun sekarang maklumat dihujung jari, keterujaan tu tak sama dengn baca surat khabar. Yang faham saja faham.

Jadi lepas habis menonton separuh akhir piala Sudirman, saya jadi teruja melihat perkembangan badminton Malaysia terutama pasukan beregu wanita-pearly tan dan pasangan yang sangat energetic dan bersemangat tu.

Maka saya pun mula la menonton video-video badminton di youtube. Pastu mula lah dari satu video ke satu video yang lain.

Kemudian tertonton lagi video LCW dan Lin Dan di final terbuka Malaysia yang cukup mendebarkan tu. Wuu.. Masih terasa keterujaan yang sama.

Pastu mulalah episod melihat video-video LCW. Yang paling terharu sekali, saya tertengok temuramah Misbun dan Ally iskandar, saya rasa di MHI.

Pastu tengok pulak wawancara satu program Indonesia ni dengan pak Hendrawan, coach LCW sekarang.

LCW dimata saya sebelum saya tonton video ni, saya dah rasa dia orang hebat. Tapi selepas saya menonton video ni, respect saya bertambah. Dia bukan calang -calang orang. Legend.

Kesimpulan yang saya dapat dan inspirasi yang saya dapat kumpulkan, kalau nak berjaya kena ada kemahuan untuk berjaya. Kena ada target, kesungguhan dan matlamat yang jelas. Pastu tidak putus asa.

Seberjayanya (ada ke perkataan ni sebenarnya.. Kalau tak ada, maaf) seseorang itu, tak datang bergolek. Perlu kerja keras, usaha yang gitu, disiplin, taat pada couch, humble, passionate, dreamer, jatuh bangun dan bangun lagi.

Banyak sebenarnya yang dapat saya belajar dari perjalanan atlet ini yang saya harap saya dapat guna dalam hidup saya. Dan awak juga. Tu yang saya rasa nak kongsi dekat sini. Semaga jadi inspirasi.

Nak recap sikit la cerita ringkas LCW yang saya dapat simpul dari video-video tu. Kalau LCW ada baca confession saya ni, tolong betulkan kalau saya salah.

LCW ni seorang anak Malaysia, bangsa Cina, lahir di Penang. Bakat awal LCW ni ditemui Misbun dan seterusnya dia dibawa untuk menyertai National team.

Antara senior-senior dia masa tu Wong Choong Han, Roslin Hashim, dan Hafiz Hashim. LCW ni asalnya underdog.

Dalam sukan ni, kalau dari apa yang saya faham, semua atlet, target mereka adalah gold olympic. Segala tournament yang mereka lalui ni, end up tujuan mereka adalah nak melayakkan diri ke olympic.

So olympic ni tempat jaguh jaguh dunia berkumpul. Jadi, siapa yang menang olympic ni kira macam jaguh antara jaguh la. Gitu.

Jadi perjalanan LCW ke olympic ni bermula pada tahun 2008. Pada tahun itu, dia orang yang pertama malaysia melayakkan diri ke pusingan kedua. Semua senior-senior dia masa tu terkandas di pusingan pertama.

Lepas dari kekalahan tu dia bangkit dan muncul sebagai pemenang silver medal 3x, world no 1- lama jugak, dan banyak lagi kejayaan lain.

Di sini, apa yang saya teruja bukanlah dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehi LCW ni.

Bila saya baca di komen-komen youtube, tak habis-habis orang bandingkan LCW dengan Lin dan. Tapi apa yang saya nampak, segala title2 yang kita pegang tu tak bawa kemana.

Walaupun LCW tak pernah menang title olympic, world championship, ada ke orang yang boleh deny yang dia ni bukan legend?. Dia ni legend yang hidup dalam hati kita semua. Dia satu padukan kita semua.

Tak ke itu lebih besar dari menang segala title dunia.. Dia legend di hati rakyat malaysia.. Title yang Lin dan pun tak mungkin dapat.

In the end of the day, apa yang orang nampak adalah process, bukan end product. Nak berjaya, bukan datang bergolek. Dan tak semestinya susah payah kita tu bawak kejayaan.

Tapi tak sama nikmat yang dirasai orang yang berusaha tak berjaya dengan nikmat yang dirasai oleh orang yang tak berjaya dan tak usaha.

Banyak lagi nk cakap tapi tiba -tiba blank. Dah lama tak menulis. Nanti bila rajin sambung lagi. Jom kita tengok Piala Thomas pulak nant. Semangat ni nak sokong Malaysia. Kalau kalah pun tetap sokong.

– Meme (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *