Kifarah

Hai, terima kasih kepada semua yang sudi membaca.

Aku nak share sikit tentang peribahasa ‘kerana mulut badan binasa’ kita tahu yang sebenarnya kata-kata tu satu doa walaupun kadang-kadang tak maksudkan tapi berpadalah bila berkata-kata.

Zaman sekolah, aku antara top student, hampir 1 sekolah kenal sebab banyak join event and jadi mc jadi automatik ramai kenalsn dan kawan. Baik junior senior semua kawan. Kau rasa megah sebab sentiasa ada penyokong di belakang.

Fast forward, masa form 5 dulu kelas aku selalu ke bilik kaunseling melepak, cikgu pun sahaja cadangkan untuk ambil ujian psikometrik dan macam-macam lagi.

Salah satu ujian yang menarik, ujian DASS ( tak ingat DASS stand for what). Ujian dass ni macam ujian mental yang selidik kalau kita ada simptom depression, anxiety and stress.

Aku dengan classmate perempuan sahaja buat then suprisely, result kawan-kawan aku agak teruk while me okay sangat.

Instead of lending my ears to them, i keep nagging that they need to stay positive. Aku marah kenapa mereka boleh dapat result macam tu.

Aku salahkan mereka, result dass teruk, tak perform belajar, banyak main. Bagi aku budak sekolah macam kami ni tak perlu pun stres melampau.

Aku lupa agaknya yang jadi kan aku kuat sebab ada sokongan while them only have me.

Tapi itulah, aku pula tak sedar diri. Kawan-kawan aku sedar aku ni toksik, mereka start jauhkan diri. Aku pula tak kisah sebab aku ada yang lain.

Fast forward masa duduk matriks, aku ambil program setahun (sains) masa zaman covid ni.

Orang atasan tetapkan yang kami perlu duduk kolej sampai habis belajar, dengan erti kata lain, kau tak dapat keluar jumpa parent, hang out tengok dunia luar dll. Kiranya terkurung la.

Silibus pula dipendekkan dan dicepatkan, memang rush sangat masa tu sebab orang atasan nak habiskan sebelum raya. So, kononnya kami dapat balik beraya dengan family la.

Aku perlahan-lahan burnout, tak nak buat assignment, skip kelas. Aku start develop a few symptom of depression.

Mula-mula aku abaikan sebab fikir maybe stres belajar. Tapi bila dah balik rumah, dapat raya dengan family, rupanya makin teruk.

Yela, raya kan tak boleh rentas negeri, tak ada ziarah menziarahi, memang duduk rumah la kan.

So aku makin teruk, seminggu memang tak makan, berkurung dalam bilik lama-lama (walaupun tak buat apa-apa) tak tegur family even satu rumah. Pendek cerita, aku berubah 360 dari extrovert to introvert.

Satu hari tu aku explode, aku marah family aku, aku mengamuk, lari rumah, off phone.

Aku jauhkan dari semua orang, tiba-tiba aku rasa nak lintas jalan utama yang banyak kereta. Baru nak lintas, tiba-tiba ada suara cakap ni semua tak betul, aku bukan yang macam ni. Ini tak betul.

Then malam tu aku balik, still tak tegur family. Mandi, dan lagi sekali rasa nak benam kepala dalam tong air, nak lemaskan diri. Aku rasa useless.

Banyak lagi jadi tapi aku malas nak type, fast forward bila dah okay sikit, aku cerita dengan seorang senior ni pasal life aku. Then dia cakap, something wrong, you need help. Dia nampak yang aku ada 1 beban tak terlepas.

Dia cadangkan aku jumpa psikiatri. Aku tolak sebab aku bukan gila aku sihat je, tapi dia tak paksa, dia cakap terpulanglah, aku tak nak makin teruk.

Aku dalam dilema, nak pergi ke tak nak. So aku gamble pergi jela. Suprise, aku didaignose ada major depressive disorder or kemurungan melampau.

Sumpah terkejut, aku salahkan diri aku kenapa sampai teruk macam ni. Aku rasa teruk sangat, down.

Aku try share dengan kawan aku tapi mereka tak percaya. Kata aku buat cerita, sudahnya kawan yang dulu aku gelakkan yang tolong aku.

Dia yang support aku, masa ni aku memang lost, hilang diri. Dialah yang bangkitkan balik aku. Tarik aku bangun.

Untuk kau yang baca ni, aku minta maaf Untuk semua yang jadi, aku khilaf. Mulut celupar, sekarang aku perlahan-lahan ubah diri. Terima kasih untuk yang sokong aku.

– Si pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *