Dia Bukan Jodoh Untukku

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM Confession. Apa khabar semua? Nama aku Nini. Aku berumur hujung 20 an dan bekerja sebagai kerani di syarikat swasta.

Aku dalam kategori orang yang biasa-biasa dalam segala segi termasuk paras rupa, harta dan warna kulit (tidak cantik, tidak kaya dan kulit sawo matang).

Kat sini aku nak ceritakan secara ringkas perkenalan aku dengan Adam sebelum aku cerita pada kisah seterusnya.

Aku dan Adam diperkenalkan oleh kawan di tempat kerja. Adam bekerja di salah sebuah kilang di selatan tanah air (kami tinggal di daerah yang sama).

Dari cerita kawan, Adam berumur 30an adalah seorang anak yang baik, pemalu dengan perempuan, selalu ke masjid, hormat orang tua dan selaku ajk masjid di kampungnya.

Aku agak rimas bila bau asap rokok, bila dengar yang Adam ni bukan seorang perokok, itu yang membuatkan aku lebih tertarik untuk berkenalan dengan Adam.

Adam mula chat aku melalui aplikasi whatsapp pada 3 tahun lepas, pada ketika itu aku sedang bercuti di utara tanah air. Dan dari situ perkenalan kami bermula. Dia pada mulanya rajin chatting hanya terbiar sepi selepas beberapa minggu.

Aku juga membiarkan seperti angin lalu sampailah aku terjumpa facebook dia. Aku cuba menambah sebagai rakan,

Apa yang terkejut adalah rakan rakan di muka buku beliau adalah ramai di kalangan wanita dan wow seperti di asrama perempuan. Macam tak percaya yang Adam adalah seorang pemalu.

Bila Adam tahu yang aku menambah dia sebagai rakan, terus Adam sorokkan bilangan kawan di muka buku. Mungkin risau aku memberitahu pada kawannya.

Dari situ juga aku mula ‘stalk’ aktiviti Adam. Dah macam detective conan. Bukan obsess tetapi ada sebabnya.

Aku sejenis orang yang bila orang tak layan, aku dah malas nak fikir. Tetapi atas desakan kawan di tempat kerja yang mahukan kami berkahwin, tu yang membuatkan aku terus stalk kegiatan Adam.

Pada awalnya memang aku sangka Adam adalah seorang yang baik sehingga aku terlepas beberapa hint yang pernah dia berikan pada aku suatu ketika dulu. Antaranya, nanti akan aku ceritakan di bawah.

Sebagai seorang ‘baik dan pemalu’, Adam hanya pos beberapa gambar selfie dan selebihnya adalah ayat-ayat tazkirah dari beberapa page lain.

Oh terlupa nak cerita, Adam ni pernah putus tunang berpunca orang ketiga (diceritakan sendiri oleh Adam).

Selepas beberapa ketika Adam mula rajin ber chitchat dan meminta gambar selfie memandangkan kami tidak pernah berjumpa.

Ada juga beberapa kali aku mengajaknya keluar untuk berkenalan dengan lebih rapat, tapi dia dengan alasan dia sibuk dan tidak kena dengan waktu dia bekerja.

Sebelum ini dia pernah beberapa kali mengajak aku berkahwin dengannya. Kata dia, bercinta lepas kahwin lebih mudah. Sepanjang berkenalan, Adam tidak pernah bercerita pasal keluarganya.

Aku yang banyak bertanya perihal keluarga Adam dan dia juga tidak jujur dalam memberikan jawapan (walaupun aku dah tahu dari kawan sekerja).

Adam juga tidak pernah bertanya perihal keluarga aku. Aku rasa mungkin pada ketika itu dia masih belum bersedia.

Sehingga aku perasan pada akhir tahun lepas ketika ibu saudaraku meninggal dunia, tiada sebarang kata takziah dari dia, yang ada hanyalah kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan dan berbaur lucah.

Ketika itu juga aku malas nak ambil kisah disebabkan aku berada dalam keadaan berduka lara dan aku juga putuskan untuk tidak menghubungi beliau.

Sehinggakan bulan puasa tahun ni, Adam ada menghubungi aku melalui aplikasi messenger di muka buku. Dia sekali lagi mengajak ku kahwin. Masa ni la dia bercerita mengapa dia putus tunang dan ingin memulakan perhubungan baru.

Banyak kali juga aku bertanya adakah dia serius dan jawapan dia adalah ya. Atas desakan kawan sekerja, akhirnya aku cuba untuk menerima dia walaupun hati terlalu berat untuk terima. (Aku sudah tiada perasaan suka padanya lagi).

Adam juga seorang suka membuat panggilan video berbanding call. Nak tengok muka katanya, berbeza dengan aku yang lebih suka call daripada panggilan video. Ada juga dia membuat panggilan video tengah malam tetapi tidak ku angkat.

Aku tidak berapa teruja sebenarnya, kerana sudah beberapa kali dia mengajak aku berkahwin dengganya tetapi pada suatu ketika die ghosting aku kembali.

Cuma berbeza kali ni, hampir setiap hari dia mula rajin whatsapp aku dan hampir setiap hari kejutkan bangun subuh. Boleh Nampak effort dia kononnya.

Adam juga sudah beberapa kali kantoi komen sweet-sweet dan memuji-muji kecantikan kawan-kawan perempuan nya di muka buku. Bila ditanya, itu hanyalah kawan.

Ada ketika aku terjaga tengah malam, dan ternampak die tangah online, katanya muka bukunya memang tidak dimatikan, padahal tengah layan ‘live’ dan komen awek karaoke. Tak tahu kemana hilang sifat pemalunya pada perempuan.

Ade suatu malam dia mengajakku kahwin sekali lagi, tetapi pada keesokkan harinya, die meminta rakan-rakannya untuk mencarikan jodoh untuknya. Adakah mengajak kahwin itu adalah mainan baginya?

Adam ada meminta aku untuk berjumpa dengannya. Katanya die ingin berjumpa denganku untuk melihat depan-depan. Kalau berkenan, dia akan meminta ibunya untuk masuk meminang aku, jika tidak adalah sebaliknya.

Aku bersetuju disebabkan aku dah malas nak dengar desakan kawan opis serta desakan dari Adam yang mahu kami nikah sebelum hujung tahun ini.

Sepanjang pertemuan, tidak banyak yang kami ceritakan disebabkan dia seorang yang pendiam.

Dalam perjalanan pulang ini lah yang menguatkan aku rasa dia bukan lelaki yang tepat dalam hidupku dan membuatkan aku rasa sangat-sangat menyesal mengenali dia. Dia cuba meraba aku.

Ya meraba. Sungguh aku diuji. Aku sempat memukulnya sebelum keluar dari kereta. Ya Allah ampuni aku. Cerita ini tidak aku ceritakan kepada kawan opis yang mengenalkan aku dan Adam demi menjaga aibku.

Selepas itu dia whatsapp aku dan katanya hatinya dah tertutup untuk orang lain dan hatinya telah tawar untuk terima wanita lain dalam hidupnya. Yang dia ajak aku kawin sebelum ini hanya sandiwara sahaja. Berjanji macam-macam, dan akhirnya pergi begitu sahaja.

Aku juga tidak menceritakan kepada keluargaku perihal Adam serta sepanjang perkenalan kami, kerana ibu bapa ku tidak seperti ibu bapa yang lain.

Seperti yang aku janjikan akan aku ceritakan serba sedikit hal-hal yang membuatkan aku hilang rasa minat padanya.

Antaranya, Pergi Cameron higlands bercuti berdua di sana. (yang ni memang aku tolak siap-siap sebab aku tak pernah bercuti dengan lelaki yang tidak aku kenali). Ajak aku pergi mandi air terjun.

Pada ketika ini aku fikirkan dia pergi bersama ahli keluarganya yang lain, rupanya hanya kami berdua. (Alhamdulillah Allah selamatkan aku sekali lagi kerana kebetulan pada waktu itu hujan turun dengan lebat). Tidak dapat aku bayangkan nasibku jika aku mengikutnya.

Baru-baru ini (sebelum kami berjumpa) Adam selalu memberikan sticker emoji yang agak keterlaluan dan lucah. Aku tidak menyangka perwatakan baik dan alim seperti Adam akan membuat perkara seperti itu.

Sesungguhnya manusia bertopengkan syaitoonn itu wujud ya kawan-kawan. Tak semestinya apa yang di pos di media sosial itu melambangkan dirinya yang sebenar.

Mesti ada yang tanya adakah aku tidak buat solat istikharah, aku buat selepas solat tahajjud dan selalu berdoa selepas solat di mana aku meminta sekiranya ada jodoh kami berdua mohon Allah dekatkan hati kami.

Tapi mungkin ini ujian buat aku setiap kali ada lelaki yang datang bertanya, mesti dia akan muncul semula selepas meng ‘ghosting’ aku.

Dari situ aku keliru sama ada Adam jodohku ataupun tidak. banyak lagi kejadian-kejadian dan ayat-ayat yang tidak sedap dibaca. biarlah aku simpan sendiri.

Akhir kata, Doakan aku kuat untuk menjalani hari mendatang. Doakan aku juga untuk tidak bertemu dengan orang seperti Adam.

Terima kasih juga kerana membaca luahan yang agak panjang. Mohon komen yang murni-murni untuk menaikkan semangat aku yang hilang.

Yang menaip panjang,

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *