Dia Bukan Jodoh Saya

Assalamualaikum. Saya tergerak untuk berkongsi kisah saya selepas terbaca beberapa perkongsian tentang kisah cinta-cintun di bangku sekolah.

Ini adalah kisah saya yang tidak ada sesiapa pun yang tahu.

Saya ingin meminta maaf sekiranya perkongsian ini menyebabkan ketidakselesaan pembaca-pembaca sebab akan menyentuh sedikit hal-hal perkauman dan agama.

Saya adalah seorang perempuan berbangsa cina, dan dia adalah seorang lelaki berbangsa melayu.

Masa tu, saya berada di tingkatan 1 dan dia di tingkatan 2. Saya tidak mengenalinya sehingga satu hari, saya dapat nota daripada dia yang mengatakan dia ingin berkenalan dengan saya.

At first, saya buat tak kisah pasal nota tu. Then, he wrote again. So, we exhanged phone numbers. Masa tu, tak ada smart phone, exchange number pun guna nombor telefon rumah. It was 1999.

Dia hantar nota sekali lagi waktu rehat, mengatakan actually kawan baik dia yang ingin berkenalan dengan saya, dan ingin call saya petang nanti lepas balik sekolah. So, saya tunggu lah call.

He called me, but not his friend. Dia bagitahu yang kawan dia seorang yang pemalu, so he has to make the move. I knew this because I could hear his friend whispering beside him.

Lama kelamaan, tak tahu macam mana, he was the one who made friends with me. And our story began.

Dia dikenali sebagai budak jahat di sekolah. Kaki pukul, kaki gaduh. Kalau ada pergaduhan, dia mesti ada di situ.

Tapi realitinya, dia seorang yang sangat sweet. Bukan sweet talker, but just sweet. And he has the sweetest smile. Dia sangat baik, selalu beri nasihat berlandaskan agama.

Kami selalunya akan bergayut di telefon selepas balik dari sekolah. Sejam, dua jam… Land line kan… Kami jarang sangat jumpa bersemuka.

I think, sepanjang kami berkenalan, we met and talked a little only once or twice.

Satu hari semasa bergayut, saya berterus terang dengan dia yang saya tak akan memilih melayu atau muslim jadi partner saya. But, I do like him.

Dia faham akan pendirian saya dan kami berhubung seperti biasa sehingga lah dia pindah sekolah semasa dia di tingkatan 4.

Both of us knew we liked each other, but because of my stand, he respected me.

“Saya cuma nak dengar suara awak.” pun dah boleh happykan saya.

3 tahun inilah kami bergayut dalam telefon berjam-jam. Perbualan kami banyak tentang sekolah dan sirah Islam, I love to hear him explain to me about Islam.

Tempat yang selalu kami bertentang mata dan berbalas senyuman adalah saya di dalam bas, dan dia di kedai runcit atau di masjid.

Selalunya, dia akan tunggu sehingga saya naik bas, barulah dia jalan kaki atau naik basikal balik ke rumah. We often see each other from afar, baik di dalam sekolah atau di luar sekolah.

Kami move on dengan hidup masing-masing. Walaupun saya dah ada boyfriend masa tu, tapi tak tahan lama.. hahaha…

Saya lebih teruja untuk tunggu waktu balik sekolah sebab boleh jumpa dia dan senyum dan lambai dengan lambaian secara senyap, sebab selalunya saya ditemani kakak dan cousin.

Fast forward, selepas dia berpindah ke sekolah lain, kami masih berhubung cuma sudah berkurangan. Lama-kelamaan, kami terputus hubungan.

Sehinggalah tahun 2008 atau 2009, semasa saya sedang bekerja, dia contact saya semula.

We talked and exchanged few text dan dia hilang perkhabaran semula sehingga lah ke harini.

Alhamdullilah, Allah maha besar. Apa yang saya cakap dengan dia yang saya tak akan masuk Islam, terjadi pada saya.

Saya bertemu jodoh dengan seorang melayu Islam, dan sudah pun dikurniakan 3 anak.

I do hope he is in good health. Saya percaya peraturan Allah adalah yang terbaik. Mungkin dia bukan jodoh saya. But, he’s the best thing that ever happened to me.

– Saya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *