Kakak Yang Tak Pernah Wujud

Assalamualaikum w.b.t. Saya mempunyai agak ramai adik beradik, saya anak tengah². Saya rasa masalah ni timbul sejak saya kecil dan berlarutan hingga sekarang umur saya 40an.

Kami dari keluarga yang sederhana. Apabila usia saya 12 tahun, saya di sahkan menghidap sakit jantung.

Waktu itu saya mula memberontak mempersoalkan kenapa dalam ramai² adik beradik, saya saja yang sakit. Ye la, masa tu budak, mana tau erti redha. Saya selalu kata saya ni anak pungut, saya anak angkat.

Saya memberontak sehingga sekolah menengah. Dicampur dengan sakit misteri. Tak ada siapa yang pujuk saya masa tu, nak dapat layanan sebagai seorang pesakit jantung? Jauh sekali.

Selepas spm, saya bekerja kilang, naik bas yang berhenti depan rumah. Untuk pengetahuan semua, saya hanya ada seorang kakak, dua orang abang. Kakak saya garang, tak pernah bergurau tak pernah senyum dengan saya, selalu marah².

Tak seperti kawan² saya yang sangat rapat dengan kakak mereka dan berkongsi apa sahaja. Abang²? Sama saja. Masing² dengan hal sendiri, seorang abang ni selalu cari pasal dengan saya, gaduh selalu.

Masa kakak saya kahwin, ibu mengandung adik bongsu saya, kakak marah ibu teruk. Dia malu, dia kata ibu macam². Apabila ibu bersalin, kakak tak jenguk, dia balik kampung pun dipaksa oleh suaminya.

Kakak tak pegang adik, dia kuis² adik yang baru lahir dengan kaki. Apabila angkat kain kat ampai, kakak tak angkat sekali kain lampin dan baju² adik. Saya lah yang angkat. Adik dah 3-4 tahun baru lah kakak ok.

Oh ye, nama kakak saya agak pelik, bunyi jawa lebih dan orang² tua kampung kata, maksud nama kakak adalah ‘peperangan’. Hahaha.

Boleh tak semua bayangkan memang tepat. Tak kira siapa dia akan serang, sindir, kalau dia tak puas hati. Di rumah kenduri kawin pun dia selalu sound orang yang dia tak berkenan, orang tua, makcik sendiri atau siapa sahaja.

Bila difikirkan balik, dalam ramai² adik beradik, saya yang paling dia benci. Ada saja salah saya, semua saya buat serba tak kena dimata dia. s

Saya mula keluar rumah dan kerja di PJ, setiap pagi saya telefon ibu, tapi 1 hari kakak jawab telefon dengan marah² “ko kenapa hari² telefon?”

Sejak tu saya jarang telefon ibu. Kat telinga saya hanya kata² yang kasar dari kakak dari kecil sampai besar. Saya hidup dengan tiada kata² lembut, tiada kata² kasih sayang dari kakak mahupun keluarga.

Mula² saya tak kisah perangai kakak, walaupun saya terlalu banyak makan hati tapi saya diam, pendam. Tapi apabila berpuluh tahun berlalu, sekarang dia dah berumur 50an, dia masih tak berubah, malah makin teruk, saya rasa kesal.

Suami saya yang pertama dulu, kakak selalu cari salahnya, apabila saya bercerai, kawin lain baru 2 tahun, suami sekarang pun kakak serang.

Macam² perkataan yang keluar dari mulut nya. Saya malu sangat, sebab adikberadik suami semua cakap lembut. Dan masa tu, saya lepaskan semua yang terpendam pada kakak. Kakak kata suami saya tak pandai didik isteri,

Saya kata, suami akak berjaya ke didik akak yang dah 30 tahun kawin tapi akak masih tak ubah perangai. Masih serang orang kampung sampai menghina pakaian orang tu (bertudung labuh), masih buruk sangka pada orang, bermasam muka dengan orang.

Pilih kasih antara adikberadik. Kakak terkejut. Tapi ego kakak sangat tinggi.

Tak habis disitu, kakak canang pula cerita tak betul pasal saya pada adik beradik lain, pada makcik².

Banyak cerita tak betul kakak dah reka pasal saya. Sebab kakak tercabar, saya dah mula bersuara.

Kakak juga pemegang duit tabung keluarga, apabila saya cuma tanya status bayaran saya, dia salahfaham dan sebarkan pada semua kata saya tak setuju kutipan tabung adik beradik. Kecoh dalam group whatsapp keluarga.

Tapi saya diamkan, saya whatsapp personal kat kakak, “kalau akak fitnah saya, akak tanggung lah”.

Sejak tu akak menganjing saya dalam group, untuk pengetahuan semua, kakak saya seorang yang kolot, tak sporting langsung. Dia juga jaga anak adik saya, disebabkan kakak saya hanya ada seorang anak dan sudahpun berkahwin.

Jadi, apabila dah sayang pada anak buah ni, apa yang maknya (adik saya) buat semua kakak saya sokong walaupun salah besar semua tutup mata.

Beberapa bulan lepas, saya berjumpa kaunselor untuk menyelesaikan hal ni, terlalu banyak perkara yang saya pendam, saya tak cerita pada sesiapa kecuali kaunselor dan suami, kerana melibatkan aib.

Adik beradik saya yang lain juga selalu ungkit kisah lalu saya, zaman² saya jahil.

Sekarang saya serahkan pada Allah untuk tunjukkan segala kebenaran. Sebab saya dah tak mampu nak jelaskan. Sepatah saya cuba jelaskan, terus semua kata saya macam².

Saya banyak diamkan diri dari keluarga, tapi dikata pula saya sombong, nak buang keluarga. Saya banyak muhasabah diri sekarang. Saya yakin Allah Maha Mengetahui.

Terlalu banyak derita saya, setiap masalah dikaitkan dengan saya seolah² saya ni punca semua. Ingat 1 saja, jangan percaya sesiapa pun walau mereka darah daging kita. Kerana angkara dendam dan fitnah boleh membunuh seseorang.

Ibu saya? Hanya mengikut cakap kakak, macam ada sesuatu yang ibu takut dengan kakak, dari dulu sampai sekarang.

Ibu kadang² lupa apa dia cakap. Lebihkan anak yang dia suka. Malas nak cerita banyak pasal ibu, apapun dia tetap ibu walaupun saya banyak kecilhati, tapi dia ibu. Biarlah antara ibu dengan Allah.

– Kamariah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *