Assalamualaikum dan Hi semua.
Maaf kalau cerita ini bercelaru. Mood saya masih tak stabil.
Saya anak sulung. Sudah berkahwin dan seorang suri rumah. Anak lelaki dua tahun lebih umurnya.
Saya berkahwin dengan anak bongsu. Boleh dikatakan semua parenting style saya dikritik oleh suami.
Saya marah, rotan (ikut sunnah tapak kaki dengan tapak tangan), jentik semuanya tak kena dimata suami.
Suami banyak mengatakan saya kena sabar, cakap elok2 dan mengatakan anak tak ada akal lagi untuk fikir. But no, not for me! Pada saya usianya dah sesuai untuk diluntur.
Perhubungan kami jadi lebih tegang selepas saya menjentik telinga anak baru-baru ni. Sebabnya anak membuang mainan dalam drainage toilet.
Sehari sebelum tu saya ambil IM depo jadi mood memang tak stabil. Saya memang marah teruk anak ketika itu dan selepas dijentik, telinga anak lebam.
Memang luluh hati melihat keadaan anak tu tapi kalau tak diajar, sampai bila dia nk belajar yang tak boleh buang dan bazirkan barang mainannya. Setiap malam saya sapu ubat bila anak dah tidur.
Kejadian dah lebih seminggu tapi suami amat dingin sampai sekarang. Pada dia, saya tak patut buat anak macam tu. Pada saya, kalau ayahnya tak ajar, siapa lagi nak ajar?
Sebelum ni ada kejadian anak tumbuk saya. Saya meminta suami untuk marah anak tapi tak ada respond. Dia leka bermain game dan setakat panggil-panggil saja nama anak.
Parenting style suami lebih kepada hulur anak gadget dan tengok tv. Tak ada engagement dengan anak. Tapi saya faham, sebab dia anak bongsu. Tak pernah ada adik untuk dijaga.
Saya cuma tak nak jadi enabler. Saya tak nak anak jadi macam sepupu-sepupu saya. Sepupu saya dibesarkan tanpa dipukul atau dirotan.
Balik lewat malam mabuk huyung hayang pun my uncle buat tak tau saja.
Akibatnya, my uncle sekarang terbiar. Tak ada anak nak jaga dan dia terpaksa menumpang dirumah adiknya iaitu makcik saya. Mereka pun tak ada nak bagi duit untuk dia makan minum.
Kita tengok ramai parents sekarang secara tak langsung menjadi enabler. Marah dan malukan cikgu denda anak.
Anak nak buat apa-apa semuanya dibantu dan diback-up. Macam mana anak nak berdikari?
Saya ada luahkan dekat kawan-kawan saya yang rata-ratanya anak sulung. Semua berpendapat apa yang saya buat itu betul untuk ajar anak.
Sebab kami anak sulung, kami semua takut dengan mak mak kami. Kami tahu kalau kami dejeling, akan kena la nanti.
Jadi macam mana saya nak terangkan lagi dekat suami? Saya dah tak tahu nak cakap apa dah sebab dia dengan pendirian dia, dan saya tetap dengan cara tough love saya.
Saya betul-betul takut kalau anak saya jadi anakku sazali. Tapi kalau saya ikut cara suami, saya nampak ianya kearah tu.
– Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit