Assalamualaikum hi semua. Nama aku bunga Chrysanthemum (sebab aku suka air bunga ni), umur akhir 20 an, sudah berkahwin.
Aku nak cerita pasal kawan sekampung aku. Maaf kalau penulisan tak bagus. Baru2 ni dekat n3tlfix ada drama series baru bertajuk MAID, rasanya ramai dah tengok kan.
Mengenai penderaan dalam rumahtangga. Tapi biasanya yang kita dengar pendera ni lelaki. Aku ni bukan nak menyibuk sangat hal orang lain, sekadar nak meluah.
Banyak faktor menyebabkan seseorang boleh jadi pendera, antaranya tekanan hidup, pengaruh video ganas, dorongan negative, alcohol, dadah, sifat semulajadi, trauma dan lain2.
Penderaan ni ada emosi or fizikal. Kebanyakan ramai kena dera secara emosi, tapi susah nak buktikan kecuali ada rakaman video or suara.
Aku ada seorang kawan perempuan, aku namakan si N. Sekali tengok si N nampak normal saja, ada rupa dan sedikit chubby.
Si N ni dah berkahwin, lebih kurang 6 tahun sejak habis study. Si N umurnya muda sedikit dari aku, so aku bahasakan dia adek.
Suami si N, aku namakan si F, dia ni junior tempat aku study dulu. Si F ni orang merantau yang bekerja di negeri kelahiran aku. Si F orangnya pendiam. Si F boleh katakan background family bekerjaya.
Aku ni sejak habis belajar, memang duduk merantau dan bekerja. Sebelum ni si N takdelah hari2 nak wassup aku. Cuma sejak tahun lepas, makin kerap pulak, dia macam sunyi.
Kadang2 aku ni tak sempat nak layan, sebab aku pun ada kehidupan sendiri. Si N, ada kawan lagi sorang, yang duduk berdekatan, aku namakan si A.
Si A pn bekerja, dan si N selalu datang ke tempat kerja si A. Si N ni makin lama macam takda kawan, orang rimas agaknya nak berkawan dengan dia. Si N umur muda, tapi bila bercakap sebiji macam mak cik bawang.
Si N ni surirumah, dan ada anak 1 orang. Si N ni mmg enggan bekerja, banyak sahaja alasan. Si N pernah dapat tawaran kerja kerajaan tapi tak pergi.
Pada aku rugi. Si N memang sepatutnya bekerja sebab keluarga si N agak susah dan ada beberapa adek beradek yang dah besar, tapi sama jugak perangai macam si N.
Lagipun dalam keadaan barang serba mahal ni, isteri boleh la bantu ekonomi keluarga. Ayah si N pulak aku kurang amek tau, sebab manjang takde dekat rumah. Kiranya yang tampung belanja harian adalah si F (suami si N).
Suami si N boleh dikatakan rajin bekerja, aku tak pernah tengok dia goyang kaki. Ada saja aktiviti dia cari pendapatan. Kiranya si N bertuah dapat suami yang baik dan bertanggungjawab.
Tapi 1 sikap si N ni, dia tak nak berpisah dari mak dia. Banyak alasan, nak jaga mak cik la/ pak cik la (orang tu elok saja+ duduk rumah lain pun), kos tinggi la.
Suami si N pernah kerja merantau tapi si N tak nak ikut. Part ni aku tak nak komen. Banyak kali suami si N ajak pindah duduk rumah sewa, mungkin suami tak selesa sebab family mentua tak sebulu. Anak mereka pun makin besar, sampai bila nak duduk takde bilik sendiri.
Kalau datang ke rumah si N, memang nampak rumah agak usang, suami si N banyak tolong repair rumah mereka.
1 sikap si N yang agak tak logik, dia marah suami dia sebab beli kereta baru dan berhutang. Aku pun kena marah sebab beli hutang, mana nak cari cash hahaha. Marah tu dengan ayat memaki.
Aku pernah dengar dia maki suami dia. Kenderaan family si N memang uzur, sudahnya keluarga si N jugak guna kehulur kehilir kereta baru tu.
Prinsip si N, dia tak nak berhutang or menyewa. Tapi hutang belajar dia tak reti nak bayar. Aku pun sendiri tak faham. Mungkin dia hidup dalam angan2 orang kaya.
Si N ni suka meluah dan bercerita pasal keluarga dia, aku pun iya saja la, tak nak member kecik hati.
Agak mengejutkan dia berbangga dapat maki suami dia. Mak si N pun join sama memaki hamun menantu. Ada beberapa peristiwa yang diceritakan oleh si N, tanpa rasa bersalah.
Pertama, kes dia cekik suami dia sampai si N kena tangkap polis dan reman. Suami dia kena cekik sebab lambat sikit bagi duit belanja, gaji lambat.
Nasib masa kena cekik suami si N sempat buat video call family dia. Memang kes ni aku pun ingat. Family suami si N yang buat laporan polis dan mak si N yang tolong jamin dengan meminjam pada sedara mara.
Kesan lebam kena cekik tu lama jugak baru hilang. Sejak tu, terus mentua si N banned si N ni. Tapi mereka tetap teruskan hidup sebagai suami isteri. Badan si N besar dari suami dia, sebab tu dia kuat.
Kedua, si N seret suami dia yang tengah tidur dan celup dalam kolah mandi sampai hampir lemas. Nasib baik suami dia tak meninggal. Suami dia sendiri pergi hospital sebab nak bernafas terasa sakit.
Yang ni sebab suami si N marah bapak si N yang asyik menghilang dan tak nak amek tahu hal keluarga. Tapi mungkin malas nak gaduh, so mereka meneruskan hidup macam biasa. Kadang2 aku rasa si N ni bercerita mcm serial killer. Siap bangga tu, dapat ajar suami katanya.
Si N selalu cakap suami takda apa2 harta, aku rasa dia ni cakap tak tengok cermin. Mak si N pun sama saja, tak tahu bersyukur mereka ni. Mungkin mereka belum bertemu buku dengan ruas.
Mungkin banyak lagi penderaaan yang dilakukan oleh si N kepada suaminya. Sebab suaminya banyak kali lari ke rumah member kampung yang lain. Mungkin stress atau takut.
Suami dia ni kurus sangat, tapi tak tahu la sebenarnya kena dera. Aku ni puas nasihat si N, sampai habis kata.
Tapi tiap kali ada konflik antara suami si N dengan family si N, si N tak pernah pujuk suami dia. Seolah2, 1 family si N, anggap suami si N hanya tukang cari duit. Mungkin 1 family mental.
Aku tak rasa si N gila, memang wujud orang sebegini, mungkin tuah dia dapat suami penyabar level 999.
Kalau lelaki lain dah lama kena tinggal atau kena bantai balik. Suami si N tak pernah balas pukulan si N, daripada si N cerita aku rasa suami dia memang baik. Cuma tak dihargai.
Baru2 ni, suami si N lari rumah dan tidak balik sudah beberapa hari. Agak lama dari tempoh biasa. Suami si N pergi kerja macam biasa dari rumah membe tu. Si N berbangga dan dia cakap aku takkan sesekali menangis kerana jantan.
Jantan tak guna dan menyakitkan hati. Aku rasa suami si N yang banyak makan hati. Yang dia kutuk tu suami sendiri. Mungkin dia fikir suami dia akan balik semula macam biasa.
Sehinggalah suami si N hantar wassup terakhir, dan menyatakan hasrat nak berpisah. Kemudian dia block nombor phone si N. Mungkin sudah hilang kesabaran. Barulah si N agak panik.
Aku ingat dah insaf rupa nya si N cakap kalau nak cerai, dia tak kesah. Aku nasihat si N pergilah cari suami dia dan berbaik.
Ubahlah sikap. Keluarga si N pun perlu berubah sikap jugak. Banyak dah mereka aniaya si F ni (suami si N). Si N tetap dengan kepala batu dia. Dia cakap dia boleh hidup mak dia boleh tanggung dia n anak dia. Mak dia tu ada hasil kebun tak seberapa pun.
Aku pun entahlah, aku ingat dia fikir nak cari kerja ke ape. Mungkin dia lupa susah hidup sebelum bersuami macamana.
Aku terangkan pada si N (mungkin dia tak tahu atau lupa), nak bercerai bukanlah sehari boleh selesai, nak bukak borang pun kena bayar.
Dia cakap dia nak semuanya suami dia bayar, si N memang takde duit. Aku cakap dengan dia, macamana kalau suami dia tak uruskan penceraian tu, si N yang digantung tak bertali nanti.
Sebelum suami dia block tu, dia cakap dia sempat hantar mesej dia tunggu suami dia balik, dia nak bantai suami dia. Korang rasa? Memang tak balik la suami dia. Aku risau suami dia berdendam.
Pada aku suami dia bukan dayus or bodoh, mungkin sebab terlalu sayang. Tapi manusia ada batasnya, akhirnya suami si N pun tak sanggup teruskan lagi.
Dia ni masa kursus kawen mungkin tak dengar betul agaknya. Bila bercerai suami bagi nafkah anak saja, mana ada lagi nafkah untuk isteri. Tu pun berapa ramai suami lepas cerai lesap. Aku cakap si N, macamana jugak kalau si F hired lawyer, apa planning si N?
Si N ada rekod jenayah (mendera suami), panjang itu ceritanya, hak jagaan anak pun tak tahu macamana. Aku bukan nak menakutkan si N, tapi tak nak si N meroyan nanti.
Mungkin si N betul2 menyesal bila suami betul2 ceraikan dia. Pada aku suami dia memang patut angkat kaki sebelum jadi mayat. Malang sungguh dapat isteri kaki dera.
Antara sifat2 si N, suka gelabah, tidak sabar, suka paksa2, suka marah2, cakap pusing2, tak nak mengaku salah, pandai memuji, pandai memaki (masa bujang okay lagi, lepas kawen menjadi2).
Moga si N insaf dan berubah ke arah kebaikan. Dia pusing hujung dunia belum tentu dia jumpa lagi suami penyabar macamtu.
Terima kasih yang sudi baca ya. Aku harap lelaki dan perempuan dekat luar sana pilih betul2 bakal pasangan. Kalau memang dapat pasangan abusive, jangan tunggu lama untuk bertindak, takut makan diri.
Kepada orang perempuan belajarlah jana pendapatan sendiri, untuk persediaan hari mendatang. Langit tak selalunya cerah. Akhir kata moga kita semua jumpa kebahgiaan sebenar.
– Bunga Chrysanthemum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit