Untuk part I, (https://iiumc.com/di-kacau/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/di-kacau-2/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/di-kacau-iii/).
Untuk part IV, (https://iiumc.com/di-kacau-iv/).
Untuk part V, (https://iiumc.com/di-kacau-v/).
***
Hi. Aku Sam.
First of all, aku mintak maaf sebab tak dapat sambung kehidupan aku dengan benda-benda tu sebab sibuk dengan study, kerja dan jugak Covid-19.
Alhamdullillah, masa aku tulis artikel ni (2.27am; 10/10/21), lagi 0.28% saja nak capai target 90% untuk rentas negeri.
Pada yang terlepas, Di Kacau 1 sampai Di Kacau 4, boleh search dekat page IIUM Confessions. Untuk Di Kacau 5, admin ada post dekat page IIUM Confessions Plus. (Kalau admin boleh masukkan link, terima kasih banyak-banyak sebab saya try copy link artikel tak lepas)
***
Di Kacau 6.
Masa ni, aku masih lagi bekerja dekat Shell, syif malam. Syif yang aku sangat suka sebab boleh organize barang. Masa ni Suri dah selalu muncul dekat depan aku. Tapi, aku buat tak tahu.
Kadang-kadang masa aku lap pam minyak, sapu sampah ke, duduk ambik angin pagi dekat luar, dia ajak aku pergi dekat dia.
Aku fikir, nanti buatnya staff lagi sorang nampak aku bercakap sorang-sorang, tak ke haru. So aku biarkan Suri asalkan aku tak kacau dia, dia tak kacau aku.
Ada malam, masa aku tengah organize barang, tukar planogram dan lap habuk, ada tangan separuh dari hujung jari sampai siku terbakar keluar tiba-tiba dari bawah gondola.
Korang boleh bayangkan haiwan yang dibakar, tapi darah masih meleleh, berkeruping hangus tiba-tiba muncul depan aku.
Masa tu aku tercampak kain lap sampai kawan aku tegur; “Ko kenapa Sam sampai baling-baling kain lap ni?”
Aku cuma mampu jawab; “Ada kelekatu tadi. Tu yang aku kibas tu bagi sayap dia tercabut, tak boleh terbang hahaha.” Pahahal kaki aku dah sejuk kat situ sebab terkejut, tak boleh nak melangkah.
So, aku ambik masa duduk sekejap atas lantai baru aku bangun. Elok aku bangun, aku terpandang siling.
Untuk pengetahuan korang, kedai Shell Select ataupun mana-mana kedai dekat stesen minyak semua guna aircond industry tu kan. Tapi tak untuk kali ni. Ada kipas siling bilah 3 tu.
Masa tu aku dah boleh adapt dan fikir waras lepas terkejut tadi. Mana ada kedai guna kipas siling. Semua guna aircond kot.
Yang jadi masalah, celah-celah bilah kipas tu, ada rambut hitam panjang sampai ke lantai tapi takde muka. Aku dah agak ni mesti makhluk yang sama aku nampak dalam bilik bos aku dan nak takutkan aku.
Aku tak fikir panjang, aku ambik wallet, ambik air sebotol lepastu aku cakap dekat kawan aku, nak duduk dekat luar jap.
So, dekat dalam ada tangan hangus terbakar, ada rambut sampai ke lantai dan dekat luar ada Suri yang tak ganggu aku. Pilihan yang aku ada, aku keluar dari kedai.
Masa tu, aku nampak Suri macam tau apa yang jadi kat dalam. Dia menggumam apa aku tak pasti tapi bukan bahasa Melayu macam yang kita guna, tapi lebih kepada bahasa baku.
Dah azan Subuh, baru aku masuk dalam semula. Itupun sebab kawan aku kata dia sejuk dekat dalam. Aku cakap tutuplah aircond tu sekejap. Nanti on semula.
Dalam 2 ke 3 minggu lepastu untuk malam lain, aku kena syif sama dengan staf Bangladesh. Selalunya, dia lah yang rajin cuci public toilet dekat belakang.
Tapi dia cakap dia nak tukar dengan aku. Dia nak video call dengan bini dia dekat Bangladesh. Aku ok saja kalau setakat cuci toilet.
Untuk pengetahuan korang, bahagian belakang Shell ni, ada kawasan berumput. Boleh dikatan luas jugak lah. Malam tu, lepas aku siap cuci toilet dalam pukul 2 pagi, dekat penjuru sebelah kiri, aku nampak satu kampung.
Bersih sangat, Very welcoming. Ada budak-budak main kejar-kejar, ada orang tua tapi semua pakai jubah putih. Aku pun tengok saja lah diaorang. Aku anggap tu kampung bunian kot. Budak-budak tu ajak aku main sekali tapi aku cuma sekadar senyum saja, lepastu aku pergi.
Lepas daripada malam tu, setiap malam, aku volunteer nak cuci toilet semata-mata nak tengok kampung dekat penjuru kawasan Shell tu dengan budak-budak main.
Aku mengaku, diorang ada ajak pergi sana, tapi aku tak teringin nak masuk cuma yang aku rasa, aku macam ada antara dunia sebenar dengan dunia diorang. Satu lagi sebab, kawan aku pernah kena sengat lebah masa mesin rumput dekat situ.
Lepas dari kejadian tu, aku balik rumah dalam pukul 7 pagi, sarapan lepastu aku tidur. Masa tidur tu, aku mimpi, dekat kawasan berumput tu, rupanya ada bukit dan satu pokok besar, rendang. Mata kasar cuma nampak kawasan rumput saja.
Tapi, aku nampak bukit, tempat budak-budak tu main kejar-kejar. Banyak kali aku pastikan sebelum masuk kerja syif petang, aku pergi toilet, aku tengok takde apa-apa.
Tapi bila aku aku balik rumah, aku mimpi benda yang sama. Dalam mimpi tu, aku pergi atas bukit dekat pokok besar.
Aku cuma duduk bersandar dekat akar pokok tu sampailah aku terjaga dari tidur. Aku tenang sangat sampai sekarang, aku teringin nak pergi tempat kerja lama aku tengok balik apa yang aku dah lalui.
***
Kisah ni, masih lagi sama. Aku bekerja dekat Shell. Tapi ada benda yang ikut aku.
Aku balik dalam pukul 7 pagi. Tak jauh dari Shell tu, ada kemalangan maut melibatkan 2 orang budak sekolah menengah, naik motor dengan 4×4 vehicles. students tu on the way nak pergi sekolah, 4×4 tu pulak dari arah bertentangan dan nak mengelak lembu melintas.
Kemalangan ni masuk dalam surat khabar. Alfatihah untuk 2 orang students yang meninggal dunia disebabkan kemalangan tu.
(Sebelum tu, pada ahli keluarga Sam yang tahu cerita ni dari mulut Sam sendiri, Sam cerita sebab Sam dah tak mampu nak simpan sorang sampai Sam kena makan ubat yang doktor prescribe disebabkan major depression yang berpunca dari Sam kena kacau masa study yang degree tak habis tu.
Sam cuma cakap, Sam tak mampu nak carry subject degree masa tu. Hakikatnya, Sam kena ganggu dengan benda-benda tu. Sam mintak 1 saja, doakan Sam kuat.)
Ok, aku sambung, masa aku lalu saja dekat kawasan kemalangan tu, aku memang tak berhenti sebab aku taknak block laluan ambulans, kenderaan lain nak pergi kerja tapi, mata aku terpandang 3 jin api tengah jilat darah yang meleleh atas jalan.
2 ekor jin api ni, khusyuk menjilat darah, tapi lagi seekor, dia tau aku tengah pandang dia. Aku tak tunggu lama, aku terus full throttle motor aku tapi malang nasib aku, aku bawak 100km/h, motor aku berat sangat macam aku tengah kayuh basikal naik bukit.
Aku pandang ikut side mirror, rupanya, seekor jin api ni follow aku atas motor sampailah nak dekat dengan kawasan rumah aku, baru aku rasa ringan.
Masa tu lah, aku parking motor, aku terus jumpa ayah aku, aku cakap apa yang jadi. Aku tak makan sarapan yang mak aku buat, aku terus masuk bilik tapi tak dapat tidur.
Lepas dari kejadian tu lah, ayah aku bawak aku jumpa perawat yang bagi air penawar dengan limau nipis untuk aku mandi, tapi aku buang. Perawat tu nak tutup hijab aku, tapi aku cakap, aku taknak.
Aku ingat lagi perawat tu cakap dekat aku; “Semoga apa yang awak nampak, dapat tolong orang lainyang dalam kesusahan.” Dan aku tak faham ayat yang dia maksudkan tapi aku cuma diam.
Lepas dari kejadian tu, baru aku terbuka cerita dekat family aku, bawah rumah(rumah kampung kan 2 tingkat) ada 2 lembaga hitam, depan rumah dekat pokok rambutan ada 1 lembaga. Tapi, diorang tak kacau.
Masa parents aku pindah rumah tu(sebab ayah aku dah bersara dan nak stay dekat kampung), ada 1 tunggul pokok pinang dekat tepi rumah, masa tu ada 2 orang kanak-kanak main dekat tunggul tu. Kecik saja macam kanak-kanak umur 3-4 tahun. Sekarang tunggul tu dah takde, ayah aku dah buang.
Pasal lembaga hitam bawah rumah tu, ayah aku ada jumpa waris pemilik rumah tu tak silap aku, waris tu cakap, memang ada 2 ekor dekat bawah rumah tu.tapi alhamdulillah, sekarang dah ok. Aku balik kampung pun, bila aku tengok, rumah parents aku dah selamat, dah bersih.
Mak aku cakap, kadang-kadang mak aku mengaji dalam bilik aku, sebab aku kerja dekat Shah Alam. Kadang-kadang mak aku mengaji dekat bilik adik-beradik aku yang lain. Yang lembaga dekat pokok rambutan tu pun dah takde sebab pokok tu dah kena tebang.
Ada jugak aku balik kerja malam2 dulu masa aku syif pagi dekat Shell. Selalunya aku melepak dulu dengan kawan aku sembang dalam bilik rehat.
So, dalam pukul 10 malam baru aku balik. Sampai saja dekat jambatan yang ada gua warisan, aku nampak ada mayat terbelah dua.
Maksudnya bahagian pinggang sampai kaki, atas border jambatan. Bahagian pinggang ke kepala pulak, atas jalan raya.
Rupanya, ayah aku cerita dekat situ memang orang selalu kena ganggu tapi dalam bentuk perempuan bawak anak or batu nisan something like that.
Ada jugak pengalaman aku hampir dilanggar lori waktu maghrib. Masa tu, aku balik dari Shah Alam, Aku nak memotong kereta dekat depan, Tak semena-mena, ada makhluk separuh baju putih kotor dengan tanah dekat tepi jalan. Jadi, mata aku automatik tengok lah benda tu.
Memang separuh, muka macam kena hempap dengan benda berat, penyek. Lepastu aku dengar bunyi hon, aku hampir nak dilanggar lori disebabkan terleka tengok benda tu.
Kalau tak, aku dah ke “batu dua” dah rasanya kena langgar dengan lori tapi setakat ni, masih selamat sebab dah boleh adapt bila kena kacau, bila Suri muncul. Even sekarang dah pukul 4.02am, Suri ada dekat luar tingkap.
Aku tak meminta apa-apa daripada benda-benda tu, cukup jangan ganggu aku especially Suri. Aku tau dia nak berkawan/berdamping dengan aku tapi baik aku siapkan diri aku sebelum benda buruk jadi.
Sekarang, bila aku dah tak kerja dekat Shell, aku dah kerja dekat Shah Alam, sambung balik study(part timer), aku dah boleh ignore cuma kadang-kadang saja aku terkejut. Kalau benda tu melintas jalan pun, aku langgar saja sebab aku tau, benda-benda tu sentiasa nak ganggu hidup kita.
***
Actually, ada latest incident berkenaan mimpi yang buat aku terjaga dan menggeletar 1 badan lepas aku mimpi, bulan September lepas.
Tapi aku rasa, aku terpaksa stop sampai sini, sebab aku nak rest, esok pagi, aku nak siapkan Academic Project aku pulak dan aku taknak bebankan korang atau takutkan korang dengan benda-benda ni.
Sampai jumpa lagi.
Hati-hati, jaga diri dan selalulah baca bismillah. Dalam hati pun takpe.
– Sam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit