Agama Garis Kehidupan?

Assalamualaikum, aku Pelangi (bukan nama sebenar). Tujuan aku menulis ni sekadar berrkongsi pengalaman yang tak pernah aku kongsi di kehidupan nyata.

Bukan niat untuk membuka aib, korang pun tak kenal aku kan, so ambillah pengajaran. Sebelum tu nak mintak maaf kalau tulisan aku berterabur. Dah lama tak mengarang bm ni. Huhu.

Kisah ni adalah tentang aku, mama dan papa. Mama suka bersedekah, tolong adik beradik dia. Papa aku pulak suka budak2, bagi kasih sayang dekat aku sepenuhnya.

Tapi kelemahan diaorang adalah tidak pernah jalankan tugas sebagai orang islam. Tak solat dan tak puasa.

Dulu waktu kecik, aku tak pernah diajar mcm mana cara solat di rumah. 100% soal agama aku belajar di sekolah.

Masa sekolah rendah dulu, aku pelik bila ustazah cakap yang solat tu kena buat 5 kali sehari sedangkan aku tak pernah tengok parent aku solat dekat rumah.

So masa balik sekolah aku tanya mama aku kenapa tak solat, mama aku diam, tak respon apa-apa. Mungkin terkilan dengan pertanyaan aku.

Bila kawan2 aku cerita bab solat dekat rumah macam ‘kena simbah air sebab tak bangun solat subuh’, ‘kena getah paip’ dan rotan apa semua aku diam saja. Sebab mama aku takpernah suruh aku solat.

Puasa pun sama. Aku tak pernah rasa suasana betul2 bukak puasa dengan orang yang ‘berpuasa’.

Mama papa aku tak puasa, kalau diaorang balik kerja aku selalu perasan mama bawak bekalan makanan masuk bilik dia dengan papa.

Kalau solat jumaat pulak, selalu saja aku tengok papa aku takpergi, alasan penat kerja, sakit kepala and so on.

Kadang parent ingat anak2 ni tak faham apa2, tapi sebenarnya kita memerhati cuma memilih untuk diam. Parent aku pun tak tegas sangat dengan aku bab2 puasa.

Kalau aku mengadu lapar, diaorang akan suruh makan saja. So aku takde memori curi2 makan waktu puasa masa kecik2 dulu sebab parent aku tak marah.

Kesan tiada agama dalam kekeluargaan ni aku mula faham apabila aku dah di alam sekolah menengah. Aku nampak kesan2 dan akibat kehidupan tak berlandaskan agama.

Yang paling ketara ialah mama papa aku kerap bergaduh. Papa sangat baran dan selalu naik tangan.

Papa tak pernah pukul aku tapi mama selalu kena. Aku masih ingat lepas aku balik sekolah, aku pergi dapur nak makan, guess what?

Makanan penuh dekat dinding dengan pinggan pecah. Aku tak tau apa jadi tapi yang pasti papa aku mengamuk.

Aku juga pernah tengok papa aku rentap rambut mama sampai mama jatuh dari kerusi dekat rumah makcik aku.

Mama papa aku pun tak reti mengaji. Aku tak pernah nampak diaorang pegang al-quran.

Tapi alhamdulillah aku mengenal huruf jawi semasa masih di tadika dan pernah habis baca quran semasa aku darjah 3 lagi. So aku masih boleh baca al-quran.

Tapi yang parahnya sebab selalu tinggal solat, aku tak ingat bacaan dlm solat. Nauzubillahiminzalik.

Kalau nak cerita satu2 kat sini tersangatlah panjang.. Aku pun sampai umur 17 tahun solat boleh kira dengan jari. Betapa jahilnya aku.

Tapi setiap kali aku berusaha untuk solat aku selalu doa supaya diberi hidayah dan diampunkan dosa mama papa. Masa umur 13 tahun lagi aku mintak doa ni.

Tapi tak pernah makbul, aku fikir mungkin masa tu aku pun jahil, tak malunya aku nak suruh Allah makbulkan doa.

Long story short, masa aku STPM aku dah boleh solat 5 waktu. Masa tu aku tak duduk dengan parent, aku cari rumah, menyewa dengan kawan2.

Kawan2 aku pun banyak membawa kepada perubahan aku. Lepas haritu kalau aku tinggal solat pun, aku akan usaha untuk ganti balik. Doa untuk mama papa tak pernah tinggal.

Lepas saja aku habis STPM aku dapat masuk Uni di luar negeri so boleh dikatakan aku memang tak duduk rumah. Jadi aku tak tahu sangat isu mama papa aku.

Mama pun bukan yang jenis bercerita pasal keburukan orang tambah lagu suami sendiri. Papa pun kalau dia call banyak cakap pasal aku saja. Dah makan ke, duit cukup ke, sihat ke tak.

Masa ni aku dah fully berubah, maksud aku bukan berubah menjadi perfect tapi berubah dari aku yang dulu.

Aku ubah penampilan aku, aku hafal balik bacaan solat yang aku lupa, solat cukup waktu, puasa cukup, cuba untuk laksanakan yang sunat dan yang paling penting aku takpernah putus asa doa dekat mama papa aku supaya diberi kesedaran.

Nak dijadikan cerita, disebabkan pkp aku perlu belajar dari rumah. Jujur aku cakap, aku tak kuat untuk balik rumah. Aku tahu diaorang rindu aku. Mama selalu menangis kalau video call.

Papa pun lepas cobid ni datang selalu video call merah2 mata tahan nangis risaukan aku. Tapi aku takut aku tak boleh istiqomah bila duduk rumah. Aku takut aku jadi ‘aku yang dulu’.

Fikir punya fikir, aku balik jugak duduk rumah, belajar dekat rumah parent.

Masa aku dah ada dekat rumah mama papa, aku rasa lain sangat, rumah dah rasa tak suram macam dulu. Aku tak tahu kenapa tapi dah tak rasa sunggul. Tak tau nak cakap macam mana tapi betul2 lain suasana tu.

Rupanya mama papa aku pun sedang slow2 berubah. Diaorang dah cakna dengan solat.

Mama papa dah solat cukup 5 waktu. Allah. Bila aku dapat tau tu, menitik air mata aku gembira sebab Allah dah makbulkan doa selepas 5-6 tahun aku doa. Syukur sangat2.

Banyak perubahan dalam keluarga aku sepanjang pkp 2 tahun ni. Aku adalah saksinya sendiri. Papa dah tak baran lagi.

Kalau mama membebel pun papa banyak senyap. Dan mereka jarang bergaduh dah. Alhamdulillah.

Sekarang impian aku ialah nak solat sama2 dengan mama papa. Tak pernah seumur hidup aku solat berjemaah dgn mereka. InsyaAllah one day.

P/s: (off topic) pesanan untuk makcik pakcik yang berkongsi kisah rumah tangga. Elakkan bercerita benda di atas katil dan dalam kain dan apa saja melibatkan 18x.

Sebab dekat sini umum, ramai jugak umur belasan tahun suka membaca disini. Boleh cuba hantar di group krt. Dekat situ sesuai la kot.

– Pelangi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *