Dia Bukan Jodoh Saya II

Assalamualaikum. Alhamdullilah, syukur kepada Allah, ramai yang suka baca artikel sebelum ini, (https://iiumc.com/dia-bukan-jodoh-saya/).

Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan, if he is the best thing that ever happened to me, what about my family?

Saya sayang akan keluarga saya, saya juga sayang pada suami saya. Apa yang saya confess sebelum ini adalah sekadar memori.

Truth to be told, dia amat eksklusif di dalam hidup saya sebelum saya berjumpa dengan suami saya lagi. Sebab itu, saya tidak berkongsi dengan sesiapa atau memberitahu sesiapa tentang dia.

By the way, suami tahu akan kewujudan dia, sekadar tahu. Dan suami pun ada memori eksklusif dengan ex-girlfriend dia sebelum jumpa saya dimana saya tidak mempertikaikannya.

Saya percaya itu adalah hak masing-masing dan saya percaya yang semua orang juga ada memori tersendiri yang indah, dan ingin berkongsi keindahan itu dengan semua orang sekadar untuk perkongsian sahaja. No more than that.

Now, let’s move on. Ramai yang ingin tahu macam mana saya boleh peluk Islam, walhal saya bagitahu kat dia yang saya tak akan peluk Islam.

Sebelum ini, saya menganut agama Kristian. Keluarga saya boleh dikatakan aktif juga di gereja. Saya juga tidak kurangnya. We are quite devoted to our religion.

Kisah kehidupan saya pun biasa-biasa sahaja. Tidak istimewa, tidak terlalu complicated.

Saya berjumpa dengan suami semasa belajar di universiti. Suami adalah seorang yang sangat baik. Tidak pernah prejudis, tidak pernah mempertikaikan. Saya sangat senang berkawan dengan dia. Same goes to his family.

Sebelum saya membuat keputusan untuk berkahwin, saya bagitahu suami yang saya ingin belajar agama Islam dahulu. Whether it fits or not to my belief.

Alhamdullilah, saya mengikuti kelas agama di satu persatuan ini selama setahun. Saya menghadiri kelas hampir setiap hari selepas kerja.

Saya amat suka dengan tempat itu. Tidak ada langsung diskriminasi, tidak ada langsung paksaan. Kami semua belajar bersama-sama.

Ada yang lahir Islam ingin belajar semula, ada gelandangan, ada yang berada, tidak kurang juga ada yang seperti saya yang ingin belajar dahulu.

All of us are the same. We sat together in a class, kami solat sama-sama, kami makan sama-sama selepas kelas, kami gelak ketawa, Langsung tidak ada taraf atas atau bawah di sana. And I fell in love.

Saya ingat lagi ada satu hari, selepas solat, seorang pakcik dan juga merupakan imam di masjid tempat tinggal beliau bertanyakan tentang saya. Anak angkat beliau adalah seorang muallaf di sini.

Beliau tegur saya yang, saya sudah bersolat bersama-sama dengan muslim, kenapa saya tidak peluk Islam lagi?

Saya bagitahu beliau yang saya ingin belajar dahulu. Saya tidak mahu mengambil langkah tergopoh-gopoh, saya takut kemudian hari nanti saya menyesal, dan disia-siakan begitu sahaja.

Saya rasa sangat tidak selesa dengan beliau disebabkan beliau mendesak saya untuk peluk Islam dan disuruh mengucap syahadah di situ juga. Disebabkan itu, saya kehilangan kepercayaan dan keyakinan terhadap Islam.

Alhamdullilah, Allah sayangkan saya. Saya berjumpa dengan ustaz di situ dan ustaz itu menerangkan dengan penjelasan yang amat jelas, that we must learn how to accept people in a non-forcing way. Let love come naturally. Saya berasa amat lega.

Berbalik kepada cerita, saya dan suami berkawan selama 4 tahun sebelum saya memberitahu keluarga saya yang kami ingin berkahwin.

Of course, daripada keluarga yang amat setia pada agama, ibu saya bantah sekeras-kerasnya. Sampai kami bergaduh semata-mata hasrat untuk berkahwin.

Saya dibesarkan di pekan kecil, dimana stigma bukan muslim yang mengatakan kami akan dibuang keluarga, atau stigma selepas masuk Islam, kami tidak dibenarkan berjumpa keluarga, sudah tidak boleh ada pertalian darah…

Ya, segala stigma yang ditakut-takutkan.

Tak, saya tidak salahkan masyarakat di sekeliling saya. Cuma, we are lacked in educating the non muslim how normal it is and how non-issue it is to become a muslim.

Islam adalah agama yang mengajar segala kebaikan, memberi ketenangan and takes you to the straight path, seperti agama-agama lain.

Saya explain dekat ibu yang saya sudah pun mengikuti kelas dan belajar, bukan dengan membuta tuli. And Islam is no way near that. We will still be family. Saya masih boleh balik, masih boleh jenguk mereka. Ibu masih tidak boleh terima.

2 tahun saya menunggu keputusan. Akhirnya, panggilan telefon yang dinanti-nantikan berdering. My mom said yes!

Disebabkan kesungguhan untuk mendapat berkat ayah ibu, she said, “I don’t know why, my heart just said let it be. She will be fine. They will be fine and we all will be fine.”

Actions speak louder than words. Tak pernah lagi keluarga saya disisih, saya tidak pernah lagi tidak balik ke kampung.

Suami tidak pernah lagi melarang saya menjenguk mereka di kampung. Malah, di setiap perayaan masing-masing, kami sentiasa akan bersama.

Dan keluarga mertua juga amatlah rock! Baik Hari Raya atau Tahun Baru Cina, setiap tahun, mertua akan datang ke kampung dan sebaliknya.

Syukur kepada Allah, dengan berkat doa yang semua sayang akan saya, saya dikurniakan dengan keluarga dan keluarga mertua yang amat memahami.

Akhir sekali, dia pernah cakap dekat saya. “Saya doakan awak akan masuk Islam satu hari nanti. Dan kalau dah masuk Islam dan sudah berkahwin, jangan lupakan saya.”

Semoga semua dirahmati Allah swt. Sekian.

– Saya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *