Assalamualaikum, nama saya Bunga, saya awal 20-an. Saya cuma nak ringkaskan, kerana saya tidak pandai bercerita atau meluah.
Begini, salahkah suatu hari nanti saya mengabaikan ayah saya? Adakah saya berdosa? Saya dari kecil didera olehnya. Saya masih ingat setiap perkara yang berlaku dari kecil, dimaki, disepak terajang, dihempuk.
Pukulan/ sepak terajang merupakan “santapan biasa” sejak dari kecil dan merupakan satu “keseronokan” untuknya melihat saya menangis menggelupur.
Saya juga tidak dipanggil sebagai kakak atau nama sendiri, nama panggilan saya ketika kecil hanyalah lembu, anjing, biawak (kebanyakan dipanggil anjing).
Saya tak tahu apa dosa saya dapat ayah sebegini. Dari kami kecil (adik-beradik), menyusahkan kami adalah hobinya, selalu menganiayai kami dalam pelbagai bentuk.
Walaupun saya terluka, saya redho, bohonglah untuk saya katakan saya tak ada rasa sayang kepadanya, seteruk-teruk mana pun, dia tetap ayah kandung saya, cuma saya terlalu terluka.
Mengenai ayah saya, bukan dengan kami saja dia bermasalah, malah hampir dengan semua orang dia bermusuhan, bezanya dia hanya kutuk belakang, dia banyak mendera dan mengabaikan kami, dia juga seorang yang panas baran dan ego tinggi, ibu dilayan seperti hamba.
Dengan orang luar abah tersangatlah menunjukkan sikap warak, pijak semut pun tak mati. Dia bercerita seolah-olah dia banyak berkorban untuk anak bini walhal dia hanya suka jadi perhatian dan mendapatkan pujian dari orang ramai.
Macam yang saya katakan diatas, saya awal 20 – an, diantara 2019- awal 2021, saya menjadi mangsa gangguan s3ksual ayah saya, cukup saya katakan dia memegang buah **** saya tanpa sebarang lapik.
Perkara ini berlaku ketika malam hari (ibu sudah tidur), kerana saya tak tahan dan stress saya ceritakan pada ibu, ibu mengamuk dan ugut untuk laporkan pada pihak polis.
Alhamdulilah, walaupun banyak rintangan, saya hampir menamatkan pengajian diploma saya tanpa tanggungan dari ayah, semuanya dari duit hasil saya bekerja sendiri tanpa sebarang pinjaman,
Itu satu kejayaan terbesar buat saya kerana saya hampir berjaya menamatkan pengajian tanpa mencampuraduk soal pelajaran dan peribadi.
Walaupun kadang-kadang dalam kelas pun menitis air mata kerana tak mampu nak dibendung, haha.
Mana perginya ibu saya? Mesti anda tertanya-tanya bukan. Alhamdulilah, ibu orang yang paling banyak support, mendoakan saya, tanpa dia mungkin saya tak sekuat begini, ayah saya seorang kaki putar belit, didepan lain, belakangnya lain.
Kadang – kadang rasa macam nak cerita saja pada semua orang tentang perangai ayah saya, tapi saya taknak nanti saya pula dipandang rendah, selalunya soal salah ibu bapa adalah taboo untuk ceritakan,
Lagipun ada beberapa perkara amat sensitive untuk saya bincangkan, seperti gangguan s3ksual tadi, ia merupakan perkara paling yang mengusik jiwa saya,
Perkara paling melukakan kerana saya tidak mampu untuk percayakan mana2 lelaki termasuk ayah saya yang sepatutnya menjadi pelindung.
Soalan saya adalah, adakah salah saya meninggalkannya suatu hari nanti, seburuk-buruk mana, dia tetap ayah saya, saya tak nafikan saya ada perasaan sayang terhadapnya.
Tapi saya sudah lama tawar hati, setiap kali melihatnnya, saya tak sabar untuk tunggu hari – hari tuanya..
Hari dimana kekuatannya sudah hilang, hari dimana dia mengharapkan pertolongan anak-anaknya.
Saya tak sabar untuk memakinya, saya tak sabar untuk melayannya seperti anjing kurap (seperti yang dia katakan dulu) saya tak sabar untuk tumbuknya untuk menderanya biar berdarah biar lebam2,
Biar separuh nyawa, biar dia tahu rasanya bagaimana seorang yang mempunyai kudrat memukul mereka yang lemah..
Tapi bila ingat balik semua ini, saya tahu ia berdosa, saya tahu walaupun saya menginginkannya, saya tak sanggup, kerana jauh disudut hati saya tahu dia ayah saya, saya tahu balas dendam seperti ini merupakan perkara yang berdosa walaupun apa sekali reason dia.
Jadi saya decided untuk meninggalkannya pada hari tua, hilang tanpa khabar berita, kerana itu yang terbaik pada emosi dan diri saya, saya taknak bila saya memulakan kehidupan sendiri, saya dihantui perkara lama,
Setiap kali saya melihat mukanya saya terbayang setiap perkara yang dilakukannya, saya takut jika mempunyai anak perempuan, dia mengambil kesempatan seperti mana dia lakukan terhadap saya, sungguh saya amat benci akan perbuatannya!!
Menghilang terus dari nya dan memulakan hidup baru tanpa kehadirannya adalah benda yang terbaik untuk diri saya.
Soalan kedua saya, bolehkah pada masa akan datang, saya berkhawin menggunakan wali hakim? Saya tidak mempunyai teman lagi, buat masa sekarang saya hanya nak mengejar cita cita membahagiakan ibu dan adik-beradik saya,
Tapi perkara ini selalu berlegar dalam minda saya, saya taknak diwalikan oleh seorang yang mendera saya dari kecil,
Saya tak nak diwalikan dengan orang yang pernah meraba badan saya, orang yang sepatutnya melindungi tetapi dia yang membawa luka paling besar dalam hidup saya,
Cukup saya katakan saya berasa amat jijik untuk dia dijadikan wali saya, adakah boleh jika suatu hari nanti saya hendak menggunakan wali hakim?
Saya amat berdoa dia mati sebelum hari bahgia saya, kerana saya tahu, kalau saya atau adik-beradik yang lain hendak mendirikan rumah tangga, dia pasti akan merosakkannya kerana dia tidak ingin melihat kami bahagia (perkara ini terjadi pada yang sulung), ibu pula?
Kami suruh dia rehat ii saja tanpa dia merisaukan kami, ibu dah cukup terbeban dengan masalah selama ini, kami dan besar jadi biarlah kami tanggung sendiri.
Adakah reason saya ini valid jika nanti saya hendak menggunakan wali hakim? Ayah saya sendiri mngaku pada ibu dia melakukan perkara jijik tersebut terhadap saya.
Saya minta maaf andaikata coretan saya memeningkan kepala anda untuk membacanya, penulisan ini sehabis baik saya telah ringkaskan, saya sekarang berada pada semester terakhir diploma.
Tolong doakan saya, doakan segala urusan hidup saya, ibu dan adik beradik saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Doakan saya dapat membahagiakan ibu saya, she deserved it, doakan saya mendapat jodoh yang baik2, yang tahu agama dan tanggungjawab,
Doakan last sem ini saya dapat dekan, saya bersyukur pointer saya sebelum ini semua 3 keatas cuma untuk semester terakhir saya nak hadiahkan dean list pada ibu, doakan saya ya semua, terima kasih semua.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit