Assalamualaikum, nama ku Ida berumur 40an.
Sebelum ni aku berkahwin dan bertahan selama 20 tahun sebelum aku ambil keputusan memfailkan perceraian pada 2017, itupun atas perubatan untuk pulih semangat ku.
Anak 4 orang, yang sulung berusia 23 tahun. Sepanjang perkahwinan, aku didera mental dan fizikal oleh suami.
Bekas suami aku, yang pada zahirnya orang nampak dia sangat lembut, sopan santun, baik suka membantu semua orang. Tapi sebenarnya perwatakan nya berubah apabila didepan aku dan anak-anak.
Sehabis baik aku melayannya, tetap makian, sepak terajang yang aku dapat. Banyak kali aku cuba melarikan diri, akhirnya aku balik semula padanya. Dia seorang yang jauh dari agama.
Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Alhamdulillah aku bersyukur dapat melepaskan diri dari dia.
Nak di ikutkan lebih 100kali ex melafazkan perkataan pisah. Tapi secara sah aku cuma memfailkan 2 kali cerai dimahkamah. Dan last sekali aku yang memohon untuk bercerai talak 3.
Dengan niat aku tak akan kembali bersama untuk selamanya. Pada hari untuk melafazkan cerai talak 3 tu, Tuan Hakim berjumpa aku personally, “puan ida, dah fikir masak-masak ke, talak 3 ni”
Aku jawab sambil menangis “Saya dah tak sanggup”
“Tapi lepas ni ida kena lagi kuat, sebab En. K*** akan selalu datang rumah dan bermacam-macam dia akan buat. Saya dah hadap banyak kes gila talak. Talak 3 ni lain sikit”. Aku cuma mengangguk.
Ye, betul apa yang Tuan Hakim tu cakap. Setiap gerak geri aku, ex ambil tau. Walaupun dia sudah berkahwin lain waktu tu.
2tahun kemudian, aku bertemu jodoh dan berpindah jauh dari dia membawa bersama semua anak(hak penjagaan semua aku dapat).
Tapi ada 1 perkara yang aku perasan pada diriku, aku tak boleh dengar nama dia, apa-apa yang ada kena mengena dengannya. Aku jadi sesak nafas, menggigil, marah dan lain lain. Ada masa aku mimpi sebab ketakutan.
Aku ambil langkah bertemu doktor diklinik kesihatan dan kes aku dirujuk ke pakar kaunseling. Ye, aku disahkan mengalami anxiety, panik attack dan sewaktu dengannya.
Disebabkan peristiwa pahit yang aku hadap terlalu lama dahulu. Ok, aku menjalani rawatan, sebab aku nak bahagia, nak sihat bersama suami sekarang dan anak-anak.
Oh ya, anak bongsu ku juga disahkan PTSD.
Tetapi, ada Beberapa perkara yang tidak akan membantu aku sembuh dari anxiety ni iaitu keluarga aku (adikberadik).
Malas aku nak cerita details, tapi kaunselor pun kata susah aku nak sembuh jika tiada sokongan mereka. Jangan kata aku tak solat, jangan kata aku tak berdoa.
Semua tu aku sentiasa buat sampai menggigil memohon pada Yang Esa.
Aku cuma mohon, bantu lah aku. Walaupun aku tak cerita secara terperinci pada semua orang tentang apa yang bekas suami dah buat, tapi aku cukup-cukup sakit.
Aku cukup-cukup derita dahulu, jangan lah tambah derita ku sekarang.
Alhamdulillah suami sekarang baik, bertanggjawab. Tapi dalam hal ni memang suami pun kesal dengan sikap ahli keluarga ku yang lain.
Aku jadi malas nak balik kampung, takut terserempak dengan bekas suami yang selalu datang ke kampung ku entah apa tujuan.
Kalau dulu sebelum bercerai, aku ajak balik kampung siap kena hamun. Tapi sekarang rajin dia bawa anak isteri baru nya berjalan ke sana.
Maaf, tulisan ku tonggang langgang, sebab jiran lama ku baru WhatsApp dan bercerita tentang bekas suami ku. Automatic aku menggigil berdebar sesak nafas.
Aku tidak membenci ex, tapi berilah aku ruang untuk merawat dan melupakan kisah silam. Mungkin pada anda semua ini perkara ringan, tapi kekuatan dalaman dan ujian yang kita hadapi adalah berbeza.
Bantu lah aku…
– Ida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit