Salam. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.
Namaku Mawar, sudah berkahwin dan inshaAllah bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi, setelah bertahun2 hadapi cabaran dan keguguran (doakan kami ya).
Aku mempunyai seorang suami, Ali yang sangat penyayang, yang mana semua pekerjaan rumah dia yang uruskan, keinginanku dia sentiasa cukupkan. Alhamdulillah kehidupan kami serba bahagia.
Masalah yang inginku luahkan ini, sebenarnya sudah lama membusuk, cuma aku baru terbuka mata dan sedar recently selepas Ali meluahkan padaku setelah kesabarannya meledak.
Rupa2nya selama ini, dia makan hati dengan layanan ibuku terhadapnya sebagai ”orang rendahan”. Berbanding ayahku, sangat humble dan low profile dalam melayani sesiapa sahaja.
Aku tidak menyangka dalam bertahun2 ini Ali memendam rasa kerana di hadapanku dia cukup bersahaja.
Serba sedikit tentang ibuku. Ibuku seorang yang berpendidikan tinggi, mempunyai adik-beradik yang tidak kurang hebatnya. Ibu dan makcik pakcik kami mungkin gaya mewah, tapi kami adik beradik sebaliknya, pakai pun ala kadar ikut style ayah.
Kami bukanlah golongan kayangan, cuma gaya ibu sahaja ala2 berada. Ibu suka bercerita megah tentang hal dia, berulang2 hingga aku dan adik beradik lali. Kami anggap itu perkara biasa.
Kami sendiri kadang2 sengaja tak mendengar serius sangat tentang apa sahaja yang ibu luahkan. Ibu kan. Dengar gitu sahajalah. Kami anak2 juga jarang share cerita pada ibu. Sebab nanti ibu takkan dengar pun. Ibu potong cerita dengan mengulas tentang kisah dia pula.
Let say Kita excited nak citer skor subjek yadaa yadaa, belum sempat habis citer, dia akan potong dengan citer dulu dia pn skor as pelajar terbaik. Haha.
Selain itu, Ibu mahu semua perkara dalam aturannya. Contohnya.. Bidang yang dia mahu aku lalui adalah medik. Tapi aku pilih engineering, end up ibu frust dengan kedegilan aku.
Jodohku juga mulanya dia ingin atur, namun kuasa Allah jodohku dengan Ali kuat, walau awal nya ibu bantah atas alasan pekerjaan Ali biasa2 berbanding aku.
(Aku tunggu nasib adik ku pula, baru putus dengan kekasih kerana ibu tak setuju. Sekarang ibu tengah kenen kan dengan calon pilihan, lihat kesudahan macam mana).
Berbalik pada cerita Ali dan ibu. Dalam beberapa tahun ini, ibu sebenarnya rajin confront Ali tanpa pengetahuan aku. Mahukan dia bagi aku itu ini, barang kemas la, rumah la, set pakaian lah.
Pekerjaan rumah juga rupanya dia yang arahkan Ali untuk buat di awal perkahwinan. No problem buat Ali kerana Ali memang rajin. Masalah cuma pada kewangan sedikit. Pendapatan Ali dan Aku jauh beza, kadang2 nafkah duit bulanan dia tersangkut untuk beri.
Itu bukan isu bagi aku, kerana Ali sudah sediakan kediaman dan makan minum yang cukup. Bila ada rezeki lebih, baru dia hulur duit. Kadang aku sendiri yang offer cukupkan keperluan kami kalau perasan kesusahan dia bulan tersebut, walaupun dia mula2 akan menolak.
Seperti yang aku mention awal2, ibu suka bercerita tentang dirinya dan saudara2nya. Ali pun jenis peramah suka bercerita.
Pabila awal perkahwinan ibu bertanyakan background Ali (tanpa aku waktu itu), sejujurnya Ali share secara bersahaja. Ibu Ali lulusan tingkatan 3, saudara-mara Ali juga lebih kurang pendidikan yang sama, lantaran hidup yang susah dahulu.
Belum habis Ali bercerita, ibu pangkas. Membuka cerita tentang penting nya pendidikan, bagaimana dia mencapai tahap sekarang begitu juga saudara2 beradiknya yang lain walaupun ‘susah’. Bahkan mempersoalkan kenapa Famili Ali tidak sambung belajar. Aduh..
Itu merupakan detik awal Ali mula menjauh hati dan kurang bercerita lagi. Malah makin membarah, Ali dalam diam semakin irritated dengan perangai ibu yang suka bermegah dan merendahkan orang lain.
Hal ini berlarutan lamanya. Ada sahaja hal yang ibu ceritakan yang terselit nada perkecilkan orang lain. Bagi aku dan famili aku, kami sekadar dengar lalu gitu je. Tapi bagi Ali, as one of object yang diperkecilkan semestinya dia sedikit terasa.
Baru2 ini, adik aku mendapat tawaran oversea. Makin menggunung kebanggan ibuku, ulang cerita tentang kepayahannya membesarkan adik hingga berjaya ke German, di compare kan dengan adik beradik Ali.
Part ini aku perasan muka Ali berubah. Tapi aku tak terfikir jauh sewaktu itu.
Kini setelah bertahun, aku hamil 8 bulan. Kali ini baru aku sedikit perasan dan sedar perangai ibu yang sedikit sebanyak mengguris hati orang.
Ibu berulang kali memaksa Ali daftar aku bersalin di hospital swasta, sepertimana dia dahulu bersalin kan anak2 semua di hospital swasta. Duit tak cukup macam mana pun, kena usahakan juga.
Dia juga telah memilih nama untuk anak kami, dan mahukan anak ini bersekolah di sekolah berprestij. Ibu juga mahu bayi ini tinggal bersamanya.
Aku yang dah lali, semestinya masuk telinga kanan keluar kiri. Of course ler dono je dengan aturan ibu, cuma sedikit terasa kenapa ibu nak atur kehidupan anak kecik ni pula. Ingat aku akan follow? Heh.. Tapi berbeza dengan Ali, dia senyap tidak bersuara.
Sesampainya rumah kami (jarak rumah selang 3 daerah), tercetus lah luahan yang di simpan bertahun2. Kesabarannya sudah tipis apabila urusan bersalin dan anak yang bakal lahir ini pun mahu di atur oleh ibu.
Ali siap memikirkan better berpisah sekiranya berterusan diperkecilkan dan kehidupan umpama boneka. Aku termangu..
Bagaimana nak pulihkan hubungan mereka? Ibu yang semestinya berperangai begitu, susah nak berubah. Aku sayangkan keluarga ini.
Aku minta Ali buat dono je, tapi of course sebab aku bukan di tempat dia, aku tak merasa pedih nya perasaan dia. Huhu.
Puas aku fikirkan, apa patut aku buat. Biasa kita dengar masalah menantu perempuan vs mertua. Tapi hal aku ini, menantu lelaki vs mertua.
Sudah berminggu aku dan Ali dingin gara2 Ali masih lagi terbawa pedih hatinya terhadap ibuku. Aku nak beranak dah ni oii.. Macam mana nak jernihkan masalah ni sebelum bayi kami lihat dunia? Huhu..
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aku tau perasaan ali mcm mana.. aku pun mak mertua layan x layan je.. skrg aku buktikan isteri x perlu kerja aku bg semua a-z belikan rumah, kereta .. kdg kdg kena bangkit buktikan kita lebih berjaya biar terbuka sikit mata.. baru dia tau kita bukan siapa siapa