Coretan Bekas Pelajar

Terima kasih admin jika coretanku ini sudi untuk disiarkan. Aku sebenarnya dah lama ingin menulis coretan luahan hati tapi sering terbantut. Harini aku cuba tulis juga.

Kisahku ini berlaku beberapa tahun yang lalu, di mana aku bergelar seorang pelajar di sebuah institusi. Secara ringkasnya, aku ni seorang yang simple, bukanlah terlalu bergaya, biasa-biasa saja.

Aku jenis yang peramah dengan orang yang aku dah kenal. Aku agak dikenali di kalangan rakan-rakan satu batch denganku dan termasuklah senior-senior di tempat belajar tu.

Hubungan dengan kawan-kawan,pensyarah kos lain serta pensyarah lelaki pun alhamdulillah baik-baik saja.

Tapi yang kurang baiknya, hubungan dengan pensyarah perempuan yang mengajar kos aku. Sebab aku cakap macam tu, sebab sepanjang aku belajar di situ, aku sering disindir dengan perli oleh mereka.

Tambahan pula, aku pernah berkawan dengan seorang senior lelaki disitu, di mana dia pelajar lelaki yang disenangi oleh rata-rata pensyarah perempuan di sana.

Apa yang membuat aku rasa mereka tak suka aku, sebab setiap kali aku masuk pejabat mereka,pasti mata-mata pensyarah perempuan ini akan melihat aku semacam,

Dan aku tahu aku ini juga sering dijadikan bahan bualan mereka, tambahan mereka ini golongan yang berpuak dan suka membawang.

Mereka itu bukan semuanya yang pernah mengajar aku, ada saja yang tak pernah ajar aku tapi cara tak suka aku tu macam pensyarah tu dah kenal aku lama. Banyak lagi sebenarnya tapi ni saja yang aku nak cerita.

Kalau dari segi akademik, aktiviti, aku tak pernah lari dari tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Dari segi assignment, kuiz, exam dan presentation aku perform dengan baik, markah aku pun tinggi dari rakan-rakan aku..

Aku tak pernah repeat atau ada masalah disiplin dan merupakan pelajar yang dekan setiap semester.

Aku juga sangat hormat dengan pensyarah perempuan aku. Sering bertegur atau bagi salam kalau kami berselisih. Mereka pun nampak macam ok saja.

Lepas aku habis belajar, aku ada add beberapa pensyarah perempuan aku, ada yang approve dan ada juga yang tak approve aku langsung.

Tapi yang peliknya, kawan perempuan aku yang lain, diaorang approve. Aku pernah wish hari raya dekat diaorang tapi tak terbalas, yang lain dia balas.. Aku pernah komen dekat story, dia seen saja..

Tapi dia like dan komen semua pelajar perempuan dia yang lain. Sama dengan pensyarah perempuan yang tak approve aku jadi kawan dia tu, dengan kawan-kawan perempuan aku yang lain semua dia approve.

Bila aku kongsi gambar konvo, mereka seorang pun takde ucap tahniah dekat aku, yang ada pun pensyarah lelaki dan pensyarah kos lain. Memang jelas kelihatan tak suka aku.

Kadang-kadang, keadaan yang macam ni buat aku rasa keliru dan serba salah dengan diri sendiri. Apa salah aku sebagai seorang yang pernah menjadi pelajar mereka? Layak kah aku dilayan seperti ini? Aku pun manusia, ada hati ada perasaan.

Sejujurnya aku rasa agak kecewa dan sedih sebagai seorang manusia. Aku tak minta disanjung mahupun disayangi macam pelajar yang lain, tapi aku cuba untuk menjalin satu ikatan yang baik antara seorang pelajar dan pensyarah.

Hanya ingin bertanya khabar, mungkin juga ada sedikit rasa rindu dengan insan yang pernah mendidik jiwa dan diriku menjadi pelajar yang berguna.

Tapi apakan daya.. Semoga pensyarah perempuan yang daku maksudkan ini bacalah coretan serta luahan hati seorang bekas pelajar awak ni.

Jujur, saya tiada dendam tetapi secebis kecewa yang bersarang di hati.

– Hanani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *