Harta Dunia & Ketamakan Yang Tak Pernah Berakhir

Assalamulaikum. Aku namakan diri aku A. Aku perempuan. Kisah aku tentang tamak harta dunia berkisar tentang keluarga angkat aku.

Aku dibesarkan oleh keluarga ni sebagai anak angkat yang sah dan berdokumen.

Bila arwah mak angkat aku sakit, aku menjaganya sepanjang masa sehinggalah dia meninggal. Namun, arwah meninggalkan harta-harta yang banyak.

Sedihnya, arwah tak sempat uruskan atau wasiatkan apa-apa tentang hartanya dan dia tidak mempunyai zuriat sama sekali.

Akhirnya, yang menjadi berhak ke atas harta-harta tersebut adalah warisnya iaitu adik-beradiknya yang tak membesar bersama arwah kerana arwah dijaga oleh bapa saudaranya.

Sedihnya, anak angkat arwah dibiarkan tak bergantung, makan minumnya dibiarkan begitu saja tanpa ada pantauan dari sesiapa.

Aku mencari wang pada usia 18 tahun dengan berkebun dsb. Aku terpaksa berhenti belajar dari bidang perubatan (masih dalam persediaan selepas SPM) kerana perlu menjaga nenek dan kekangan kewangan.

Baru-baru ini aku suarakan yang aku inginkan tanah yang aku membesar bersama arwah mak angkat aku seiring dengan pesanan arwah supaya berikan tanah itu kepada aku. Disitu adalah rumah yang aku duduk dan membesar.

Namun, waris arwah mak aku meminta aku membeli tanah itu daripada mereka dengan nilai semasa dan menyuruh aku menguruskan segala-galanya tentang faraidh tanah tu. Kos pengurusan semua aku yang keluarkan.

Kata mereka, kalau tak mampu beli bayar tanah tu, mereka suruh aku buat loan untuk aku bayarkan tanah tu pada mereka. Loan? Allahu.

Tak sanggup aku. Pasti tinggi loan yang aku kena bayar.

Kiranya, tanah itu tetap tak menjadi milik aku. Tak kurang juga ada (waris berlapis-lapis) yang cuba “bypass” tanah tersebut di pejabat tanah supaya dapat pemilikan segera secara haram, namun tak berjaya.

Aku pelik, apakah tiada belas ehsan pada diriku ini? Tanah sekangkang kera itu pun mahu direbutnya sampai bergaduh adik-beradik.

Aku pernah dibaling dengan geran tanah di wajahku pada pagi raya sebab cuba nak bantu mereka uruskan faraidh. Apa salah dan dosaku dalam nak membantu?

Selama mak aku meninggal, mereka tak pernah bertanya khabar dan keadaan aku samada cukup makan atau tidak.

Malah, mereka kerap membangga diri membanding-bandingkan anak-anak mereka yang baru habis phd dsb.

Aku? Dibiarkan kelaparan, baju koyak berjahit, kasut tak berganti, bekerja cari duit sendiri.

Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan manusia-manusia yang baik hati, aku berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana dari universiti terkemuka walaupun aku berhenti dari bidang perubatan.

Baru mula bekerja dan belum mampu beli rumah sendiri. Just bersyukur sangat ada orang-orang yang baik yang tolong aku macam saudara sendiri.

Aku meluahkan kerana aku sedih yang teramat sangat. Kenapa aku ni hina sangat kah sebagai anak angkat? Kenapa anak angkat selalu dipinggirkan?

Ya, aku memang berbintikan Abdullah pun. Adakah sebab itu aku dipandang hina?

Pembaca sekalian, tolonglah doakan kebaikan untuk aku. Aku memerlukan doa kalian seikhlasnya untuk kehidupan aku. Aku dah takde mak untuk doakan aku.

Selain doa aku sendiri, aku yakin, doa orang sekekeliling juga memainkan peranan penting. Doakan urusan hidup aku dipermudahkan. Moga Allah bantu aku.

‎جزاك اللهُ خيرًا pembaca semua.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *