Hi… I pilih nama samaran Roselily ni sebab nama bunga. Sesuai untuk i seorang perempuan.
First of all, niat i nak share pengalaman i baru sekejap ni terjadi bukan untuk dapatkan belas ehsan tapi lebih kepada supaya orang lain tidak terkena seperti i
I ni masih bekerja dan punya pendapatan tetap dan dah berumur 40 tahun lebih. Maka, bila dengar atau baca hal orang kena scam, i cukup berhati-hati.
Hari Jumaat , tiba-tiba i dapat whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali yang bertanyakan adakah i sedang mencari kerja part time secara online ?
I fikir why not to try… So i cakap Yes. I pun berikan nama dan jawatan tipu i (kerani).
Kerjanya mudah… I kena likes beberapa link kedai di Shoppee Apps , screenshot dan scammer tu bagi gaji RM30. Nampak mudah saja kan.
Kat situ pun i dah terpikir… “Too good to be true”. Opsss…
Sebelum tu…i remove semua acc bank payment i termasuk Credit Card number dalam apps Shoppee supaya i tak kena scam. (Hahaha) masa tu pun i dah berhati-hati.
Hari Jumaat i dapatlah gaji online RM30 daripada scammer tu. Ingatkan rezeki Jumaat. (Kat sini scammer mula beri kita trust dia)
Keesokkan harinya hari Sabtu la… Then, kerja part time online tu masuk lagi. Kali ini, i dimasukkan dalam group vip. Ramai la dalam group vip tu. So, bila job masuk, semua respon dalam group.
Kemudian, kami diberi tugasan buat purchasing dan akan dapat semula duit bersama komisyen (gaji) 20% .
Ada beberapa jenis tahap 1, 2, 3, 4 dan 5. Lagi tinggi tahap purchasing kita… Lagi banyak lah komisyennya. Taktik scammer.
I try Tahap 1 purchasing RM50. Dan proses berjalan lancar. Dalam masa 15 minit dapat semula bersama komisyen RM60 + RM5 sebab share dalam group vip tadi.
I dapat RM65. Hahaha. Masa ni suka. Tak tau DUKA menanti.
Dalam group vip tu semua pakat share income gaji tak seberapa tu.
Sebelah petang, kami dapat lagi job task untuk buat purchasing lagi. Dan sekali lagi i nak cuba tahap 1 . Tapi kali ini, scam tu kata tahap 1 & 2 dah habis. Ada tahap 3 yang mana Purchase RM500++ .
Dan ketika itu dalam group ramai dah settel job dan show off income masing-masing. Masa ni I rasa macam kena Pukau. Akal gagal berfungsi.
I setuju saja try Tahap 3 purchasing RM560 dan arahan scammer minta i beli 2 items. Link diberikan. I terus key in 2 kuantiti.
Bila I bagi screenshot, scammer tu marah I sebab I silap. Bukan 2 kuantiti tapi 2 items. Scammer sengaja beri arahan mengelirukan supaya kita salah.
Bermula disini scammer yang berpengalaman itu telah kawal aras ketidaksedaran kewarasan kita.
Dan dia cuba menyelesaikan masalah kita supaya refund boleh dilaksanakan.
Pada ketika itu pula, group VIP masing-masing dah happy dengan income yang RM1000++ RM2000++ yang membuatkan kita rasa the company is genuine.
Akhirnya scammer berjaya pujuk merchant (penipu) untuk refund bersekali dengan next purchasing Tahap 4-5-6 . So i pilih tahap 4. Puschasing RM1500++ …
Kat sini i dah terkena JERAT SCAMMER LAGI. Selesai transactions account i memang berbaki RM2000++. Tapi i tak boleh withdraw.
Itu maknanya scammer yang handle all the account withdrawal dan nampak macam company link real online purchase.
Then the scammer arahan supaya buat fully cycle tahap 5 & 6.. And all my money will return + 40% commission.
Arahan awal lain.. boleh pilih tahap. Tiba tiba kena Purchase semua tahap.
PADA KETIKA INI la……kewarasan i datang kembali….. Sebab arahan scammer berbelit-belit dan mengelirukan. Gunakan term term perniagaan nampak macam bombastic. Tapi at the end suruh purchase lagi.
Finally, i tak teruskan dan selepas text berbalas. Scammer pada mulanya keras marah marah kononnya nak bantu i sebab kesilapan tapi bila i tak layan, scammer guna konsep lemah lembut.
Ada cara lain tapi pusing pusing…. Suruh purchase lagi.
Maka… Kat sini…. I share untuk semua yang baca ni… Tak terkena macam i. I pun dah delete semua yang berkaitan supaya i tak ingat lagi.
I anggap mungkin bukan rezeki i, i muhasabah diri… Mungkin ada hikmah disebaliknya.
I percaya Allah itu Maha Adil. InsyaAllah ada rezeki lain yang Allah janjikan. Sharing is caring.
Korang hati hati la yang menjanjikan gaji part time tu.. kalau kena keluar modal tu… hujung hujung scam. No HP kita mungkin bersepah-sepah dimana mana.
Just be extra careful…. Wassalam.
– Roselily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit