Dia & Mr. G

Assalamualaikum semua. Aku cuba cerita seringkas mungkin ya… sebab tak reti nak karang bebetul. Harap admin dapat post confession ni sebab saya perlukan pandangan dari orang luar. Bukan dari keluarga. Bukan dari kawan2.

Sebab kadang cerita kat orang kenal ni, saya bagi tepung dia buat jadi pizza. Sampai pulak cerita ke mana2. Membantu nya tidak. Dan saya buntu.

Aku Sam (bukan nama sebenar) isteri kepada seorang suami yang baik. Ada sepasang anak yang comel, cerdik dan sempurna. Kehidupan baik dari segi financial. Bukan kaya mewah tapi dicukupkan oleh Allah segala keperluan.

Aku boleh dikatakan bijak juga lah handle wang yang keluar masuk. Kami tak ada hutang yang mengarut.

Cuma ada hutang sebiji kereta yang kami perlu untuk cari rezeki dan boleh jugak bawa berjalan, hutang PTPTN dan sedikit credit card yang aku pastikan tidak akan ada cas 1.5% tu.

Which means, aku akan bayar sebelum due everymonth. Aku tak boros untuk beli barang diluar kemampuan. Aku selalu fikir 2-3 kali sebelum beli apa2 especially sesuatu yang perlu komitmen yang panjang.

Dulu kami mastautin di KL. Tapi dah tiga tahun kami decide untuk balik kampung. Kampung aku. Parents suami dah tak ada. So senang dia nak decide. Kenapa? Ntah lah. Mungkin rezeki kami disini agaknya. Malas nak fikir kenapa dan mengapa kami, dia buat decision ni.

Kami berniaga kecik2 di bandar kecik. Bermula kecil sekarang sudah sedikit maju. Alhamdulillah. Berkat rahmat Allah, doa mak ayah dan usaha suami yang memang aku kagum dan hargai.

Aku terangkan dulu positive side suami aku.

Suami aku memang kuat kerja. Bangun seawal 3-4pagi kadang tu. Paling lewat sebelum subuh. Selalu subuh di pasar. Solat memang lepas kahwin tak tinggal walau kadang tu memang tiang saja.

Pintu tingkap dinding kalau ada pun spec paling murah. Faham kan? Apapun aku bersyukur. Dia memang tak berkira pasal wang. Urusan wang memang aku yang pegang. Cash flow setiap hari.

Urusan bayaran supplier, urusan kutip wang dari client yang ada terms, kebanyakan aku yang urus.

Card bank dan online banking aku yang pegang. Jadi kalau aku nak beli apa2 dia tak kisah pun. Memang tak berkira. Asal tak over dan membazir.

Tapi ok lah kan. Aku pun kalau nak beli pape fikir2 juga. Macam hari tu kan viral gelang tangan Pandora tu kan. Memang dia ok saja bila aku racun dia beli.

RM20k juga lah berhabis kat situ. Aku bukan pakai pun. Simpan saja. Yang aku pakai pun sebentuk cincin yang paling baru beli. Tu pun tak konsisten. Ada mood baru pakai. Yang lain pakai setahun sekali. Hmm..

Bab sedekah. Ya dia memang suka bab ni. Sebab senang. Pada kami, nak memberi sangat senang. Orang kenal ke tak kenal. Kami bagi saja.

Kalau makan kat kedai, tengok sape2 nampak macam susah, kami bayarkan. Kalau ada balance, RM10 ke RM20 ke kami suruh peniaga tu belanja customer selepas kami. Ni sekali sekala lah kan. Bukan hari-hari.

Tapi bila berniaga, setiap pelanggan wajib dapat diskaun. Walau seposen. Lagi banyak beli lagi banyak diskaun. Kira sedekah juga lah tu.

Ada juga aku pegi petrol station, bagi lah RM50 ke tak pun berapa2 lah yang ada, suruh cashier tu belanja orang yang naik motor minyak sorang RM5. Tapi kami suruh cashier tu diam2 la.

Seronok tau tengok reaksi derang bila ada orang belikan minyak especially hujung bulan. Korang boleh try. Nanti tengok rezeki datang macam mana. Kadang ada nyonya kutip kotak kami bagi saja sekeping note merah tak pun hijau. Hehe.

Aku masak atau nak makan luar, terpulang. Kalau aku tak sempat kemas rumah, dia faham. Of coz la dia kena faham kan. Dah aku kene tolong dia berniaga. Haha… Tapi nak tolong aku buat kerja rumah tu memang jangan harap lah.

Kalau dia buat tu memang pelik aku. Which is selalu juga aku pertikai. Sebab kerja berniaga kami uruskan bersama. Kira aku pun tolong juga.

Dari segi decision, jaga gerai, urusan hantar barang, pick up barang. Bukan dekat2 tau.

So kadang tu penat lah jugak. Kerja rumah nak kene settle kan juga. Anak2 nak kene uruskan juga. Tapi tu benda kecik. Aku tak lah terasa hati sangat. Kalau merajuk pun aku akan sejuk sendiri.

Fine!!!

Dia layan aku baik. Tak pernah pukul ke maki ke. Memang tak pernah. Sejak kahwin sampai sekarang. Marah tu ada la… kot… tak ingat. Sebab memang jarang.

Mungkin 7 tahun kawen which is aku tak tahu menahu apa yang dia buat kat belakang aku. Sampai bawah nanti korang tahu la kenapa dia selalu cool tenang saja.

Dia tak pernah abaikan kami anak beranak. Selalu ajak jalan. Kalau boleh dia nk pergi tempat yang paling selesa untuk kami.

Dia tak ada perangai tengok video luc4h ke, main perempuan ke.. Sebut nak kahwen lagi tu ada la. Tapi aku buat tak tahu saja. Sebab aku bukan anti poligami. Tapi harap tak lah kan? Haha. Kalau dah Allah takdirkan, moga aku redha.

Okay. Sekarang part yang problem.

Suami aku sebelum kenal aku memang tak solat. Dia sendiri mengaku.

Tapi lepas2 kenal sampai sekarang dia tak tinggal. Sampai arwah mak dia dan adik beradik dia pelik kenapa dia solat. Cuma dia tak jaga solat. Solat lewat.. Camtu lah. Tapi cukup 5 waktu.

Tu saja lah yang dia pegang. Cukup setakat tak tinggal. Nak make it perfect… hmm… Zikir ada juga la. Tapi seringkas nya. Mengaji?

Alhamdulillah dah start memgaji sekerap mungkin. Dah elok sikit lah dari dulu merangkak. Nak belajar agama? Belum lagi rasanya. Urusan cari makan lebih penting.

Sampai bila nak macam tu aku pun tak tau lah. Sedih beb! Tapi nak buat mcm mana. Hidayah milik Allah. Sobs.

Okeh. Bab tu habis. Ni bab yang aku runsing dan buntu dan rasa fed up. Satu yang dia susah nak tinggal… dia ambil barang bernama Ganj*.

So korang tahu dah kenapa dia selalu tenang tak marah2. Tak pernah marah aku tau. Rilek saja walau kerja dah lebih 12 jam. Bukan kerja office tau.

Guna tulang empat kerat. Adui. Aku tau selepas kawen. Memang masa tu kecewanya Allah saja yang tahu. Rasa menyesal tak tau nak cerita. Bila tanya family dia mereka tau. Tapi yelah takkan nak bagitahu aku kan?

Dia sendiri yang mengaku masa tu. Aku tau dia smoking tapi tak heavy. Dia pun kata nak berenti. So aku ok lah. Sebab dia pun tak pernah merokok depan aku. Selama bertahun aku percaya dia dah berenti. Tapi rupanya tidak.

Masa balik kampung dulu dia stop. Lama juga. Berubah ikut ayah aku pi surau. Masjid. Dengar ceramah mengaji. tapi tu sementara saja. Bila dah sibuk berniaga dia tinggal semua tu.

Allahuu… start dia amik semula bila jumpa member dia yang mmg tak pernah berhenti amik. Dapat la sikit. Start tu, ada saja jalan nya. Ni jadi dah 3 tahun dulu. ON OFF depends on supply dan mood juga lah.

Start tahun lepas sampai lah PKP sampai lah sebulan dua lepas, memang kosong. Dia tak amik langsung. Rokok mintak2 rokok member tu ada la. Tapi yang beli sendiri memang tak de.

Sebab dia bukan perokok tegar. Tapi stoner tegar. Bahagianya aku Allah saja lah yang tahu masa tu. Malangnya, ada pulak sorang orang tua ni dia bagi free.

Alahaii… kami tahu dia memang tak lepas barang tu. Tapi selama ni suami aku tak pernah mintak pun dengan dia.

Sekali dia bagi, terus melekat. Yang jadi punca kami gaduh mesti pasal G. Dan dia akan mula cari hal untuk dia dapat lepak kat tempat orang tu. Sanggup dia dari tengahari sampai ke malam menepek kat situ. Tak balik. Sanggup lah tak tengok kami anak beranak.

Tapi ni bukan setiap hari. Time gaduh saja la. Tapi walau baru sehari dua hati aku ni macam cedera parah. Makan pun tak lalu. Turun 2kg.

Best juga bab turun tu. Dapat la BMI 22.2. Makan hati boleh kurus tau. Jom makan hati. Hehe

Okeh sambung..

Aku pun kadang boleh rasa redha. Sebab yela aku pun bukan perfect wife. Jadi aku tak la expect a perfect husband. Selalu dok tengok orang lain kadang jealous juga. Tapi buat apa nak compare. Suami sendri pun ada lebih nya juga kan..

Tapi bab ni saja yang aku runsing. Sakitnya hati aku. Masa yang patut dia boleh spend dengan anak2.. Spend untuk agama, dia spend untuk stone.

Sedih aku sedih. Bila macam ni aku rasa dia pilih G dari kami. Kecewa. Sungguh kecewa. Aku tak tau lah dia faham ke dak maksud kecewa tu.

Aku nak minta tolong beri cadangan, solution, nasihat atau apa apa saja lah. Penting tolong doakan yang terbaik untuk aku dan family kecil aku ni. Hidayah milik Allah kan…

Sekian. Wassalam.

– Sam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *