Assalamualaikum w.b.t, izinkan admin approve confessor dari saya dan merasakan wajar untuk saya meminta pandangan dan pendapat pada semua.
Aku Achik merupakan pelajar pendidikan dari salah sebuah universiti awam terkenal di sebelah utara semenanjung.
Aku adalah pelajar undergraduate. Aku adalah seorang pelajar yang bergiat aktif berpersatuan, pernah mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
Bila sebut nama aku sudah pasti ramai yang mengenali diri ku. Kehidupan aku di kampus bukan semudah yang disangka, adakala naik turun sepanjang aku bergelar siswa di universiti berkenaan. Aku juga rapat dengan beberapa orang pensyarah dan adakala sangat akrab.
Serius aku katakan sepanjang aku bergelar siswa di universiti berkenaan bermacam macam telah terjadi,
Aku pernah dituduh pecah masuk bilik orang sedangkan pada masa itu aku ada di dalam bilik kuliah, aku pernah dituduh gila kuasa kerana ekoran keterlibatan aktif aku dalam persatuan dan mempunyai jawatan tertinggi,
Aku pernah diviral ekoran sebab aku bimbing pelajar untuk memasuki universiti dan malah siap mengugut aku untuk ambik tindakan sedangkan bila pengurusan tertinggi universiti tahu akan isu tiada pun sebenarnya isu yang boleh menyalahi undang-undang universiti.
Kerana pelbagai isu yang terjadi dalam kampus itu aku hilang segalanya.
Nak dijadikan cerita aku ada rapat dengan salah seorang pensyarah lelaki dalam lingkungan 40 tahun, dan dikenali MZZM dan aku juga lelaki tetapi aku masih tahu hukum hakam agama dan malah aku bukan g4y boy.
Mungkin aku lebih selesa rapat untuk mengenali beliau. Aku perlukan seseorang yang boleh dengar segala permasalahan aku sebab adakala aku sudah terlalu lama pendam masalah yang berlaku di kampus.
Nak diluahkan pada rakan tiada sesiapa dan malah ada yang tidak mahu berkawan dengan aku atas faktor usia. Dulu aku banyak berkawan dengan pelajar pasca siswazah disebabkan mereka ini sebaya, seusia dengan aku.
Ye aku masuk degree lambat, lambat dari kawan-kawan seusia dengan aku. Aku masuk lambat bukan sesuka akan tetapi aku jatuh sakit.
Aku bukannya tak pandai, after stpm dulu banyak saja offer letter aku dapat dari UTM, UITM, UUM, UKM, UTHM dan offer letter dari University Of Auckland New Zealand dengan tajaan biasiswa tapi semua aku tolak sebab sakit.
Yang banyak aku dapat offer letter tue sebab aku mohon setiap tahun tak kisah pengambilan september ke, pengambilan februari atau march ke semua aku mohon sebab niat aku nak sambung belajar dan teruskan kembali hasrat aku tertangguh.
Malangnya niat aku untuk belajar balik dulu tertangguh, lama juga aku simpan hasrat nak belajar balik.
Ikutkan usia macam aku ni lama dah konvo degree tapi aku saja lambat buat ijazah. Kawan-kawan seusia aku ini jangan cakapla semua pakat habis dah ijazah, masing masing dah ada kerjaya yang bagus dan aku masih merangkak lagi mencari kehidupan aku sendiri.
Ingatkan parents aku kasi untuk lepaskan aku untuk sambung belajar tetapi aku silap besar dan memandangkan keadaan aku tak mengizinkan untuk sambung lagi.
First year memang aku terlampau aktif, keluar sesudah subuh balik tengah pagi pukul 12am baru balik.
Setelah satu persatu isu itu terjadi aku hilang arah tujuan, nak mengadu dekat kawan postgraduate aku tue masing masing dah berhijrah tinggal aku sendirian di kampus tanpa ada seorang kawan.
Dulu kawan aku yang postgraduate tue bila aku ada masalah, aku selalu luahkan dan ceritakan segala apa yang terbuku dan aku faham benda ini tak boleh untuk aku pendamkan masalah seorang diri.
Bila aku tak luahkan, mungkin aku akan jadi kemurungan dan mungkin boleh berlaku isu yang tak diingini.
Dijadikan cerita pensyarah lelaki yang aku rapat itu, aku mula ceritakan segala setiap permasalahan aku alami di dalam kampus sebab waktu itu hanya dia aku nampak yang rapat dengan aku dan boleh dengar setiap permasalahan aku.
Hari makin hari aku mula selesa rapat dengan pensyarah itu, selalu aku kongsikan tentang masalah aku kt dia atleast sekurang kurangnya aku ada tempat untuk kumpulkan semula kekuatan teruskan pengajian di kampus.
Ye, aku tahu mesti ramai mahu tahu kenapa aku tak ceritakan masalah aku yang aku alami dengan mak dan ayah apatah lagi adik beradik aku.
Jujur aku cakap, mak ayah aku sudah tua dah umur 60an lebih dan kalau boleh memang aku tak nak susahkan mak ayah aku dengan masalah aku alami, aku tak nak diaorg risau tentang aku ketika di kampus.
Aku boleh bayangkan la bila mak ayah aku tahu benda ini mesti dia kecewa, sedih, risau, bimbang akan diri aku. Cukuplah aku dah menyusahkan mereka ketika aku terlantar sakit, keluar masuk bilik bedah.
Kali ini aku cuba buktikan aku boleh berdikari, boleh hadapi setiap halangan, ujian dan dugaan allah berikan.
Dekat kakak kandung kenapa tak ceritakan? Aku nak cerita macam mana, kakak aku penghidap sakit jantung, pernah buat pembedahan jantung masuk ICU, CCU so aku memang nak tak nak aku nak kena harung sorang diri tanpa keluarga kandung aku sendiri.
Berbalik dengan pensyarah berkenaan, setiap kali kuliah dia always sebut nama aku. Dulu aku benci dengan pensyarah berkenaan time first time aku masuk universiti,
Sebab ye la time aku ada masalah akademik dan pergi ke bilik dia boleh pula dia layan teruk kat aku macam sampah sedangkan pelajar lain boleh pula dia layan, tegur dengan cara baik tapi dengan aku camni aku dapat.
Dah la dia pernah berdebat dengan aku dan paksa aku ambik kursus bahasa asing sedangkan aku tak nak. Buat apa aku nak ambik kursus bahasa asing sedangkan aku dah banyak dah belajar bahasa asing siap ada sijil kursus lagi.
Kalau boleh aku tak nak rosakkan result disebabkan paksaan beliau untuk ambik bahasa asing, ye la jujur aku cakap if sekadar nak belajar itu tiada masalah sebenarnya tapi kalau nak belajar, ada peperiksaan bagi aku tak payahlah sebab serius aku cakap susah.
Ko nak belajar + exam selama 4 bulan kuliah di universiti dengan kursus lain, agak sukar ko nak skor dan sebab itu aku ambik pendekatan tak mahu ambik bahasa asing di universiti.
Mungkin pensyarah berkenaan sedar kot kesilapan beliau dan cuba untuk mendekati diri aku untuk berbaik dengan aku.
Aku boleh sahaja nak ceritakan apa yang beliau pernah buat dengan aku sampaikan aku benci dan tak selesa dengan dia tapi aku sedarkan siapa aku nak menghukum orang seperti itu.
Keakraban aku dengan pensyarah itu disedari oleh rakan yang rapat dengan aku di kampus. Sejak aku kenal pensyarah berkenaan, perwatakan beliau saling tak tumpah dengan ayah kandung aku sendiri walaupun tak banyak sikap beliau dengan ayah kandung aku.
Sejak dari itu makin lama aku rapat dengan beliau, aku mula sayang kat pensyarah berkenaan seperti seorang ayah.
Ye aku mula rasa sayang kat pensyarah berkenaan sebab dia persis seperti ayah kandung aku sendiri walaupun wajah berbeza. Cuma beberapa sikap yang sama. Dan aku pernah memanggil beliau dengan panggilan ayah/ abah/ papa/ daddy/ abi.
Kenapa aku mula rasa sayang dekat pensyarah berkenaan seperti seorang ayah, sebabnya aku selesa berkongsi masalah aku dengan beliau.
Aku merasakan bila aku berkongsi masalah itu, dan rapat dengan beliau muncul semangat kekuatan yang luar biasa untuk aku teruskan pengajian, bangkit semula dari setiap masalah yang aku alami di kampus. Beliau la tempat untuk aku cari sumber kekuatan, inspirasi.
Salah ke aku menyayangi pensyarah berkenaan sebagai seorang ayah.????
Salah ke aku menjadikan beliau inspirasi untuk diri aku terus berjaya??
Salah ke beliau memberi sumber kekuatan untuk aku teruskan kehidupan setelah terjadi bermacam-macam masalah yang berlaku terhadap diri aku??
– ACHIK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit