Assalamualaikum semua. Nama aku Siti (bukan nama sebenar)
Aku dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat baik dan mendengar kata. Aku sangat menyayangi anak dan juga suami.
Suami aku seorang yang sangat baik cuma aku sangat berkecil hati dengannya. Aku bekerja tetap dan gaji aku tidaklah terlalu tinggi. Cuma cukup makan dan pakai.
Suami aku pula bekerja kontrak. Aku sangat tak kisah pekerjaan suami aku malah aku bersyukur sangat suami aku tak abaikan tanggungjawab dia mencari nafkah untuk keluarga.
Suami aku ada usaha dan dia masih lagi gigih untuk cari pekerjaan tetap.
Aku sangat menghargai usaha suami saya dan selalu mendoakannya untuk mendapat pekerjaan tetap dan terbaik buatnya. Mohon sahabat-sahabat mendoakan untuk suami aku.
Permasalahannya adalah aku selalu kecil hati dengan suami. Walaupun gajinya kecil dan kadang-kadang tak cukup, dia selalu lebihkan keluarganya.
Bukan aku berdengki malah aku bersyukur suami aku anak yang baik tolong keluarga.
Tapi keluarga sendiri terdesak dan tak cukup sampaikan simpanan kecemasan aku dah habis digunakan untuk tampung yang tak cukup.
Semua bil di rumah keluarganya suami yang bayar. Bil astro, bil wifi. Yang tu aku tahu yang aku tak tahu entahlah sebab suami selalu tak declare pada aku apa yang dia buat dengan duit sebab selalu tak cukup.
Suatu hari tu dia terlepas cakap yang dia belikan adik dan ayahnya handphone. Padahal keluarga sendiri tak cukup duit.
Bagi aku dia masih ada ayah dan ibu yang boleh lagi dan mampu untuk menyara adik-adiknya. Tapi kenapa dia nak tolong semua tu sedangkan keluarga sendiri tak cukup.
Duit gaji aku habis belikan barang rumah, barang-barang keperluan lain, barang-barang anak.
Aku selalu sedih sebab duit sendiri pun aku takboleh beli benda yang aku nak. Pakaian baju kerja lama dah tak berganti.
Allah salahkah aku kecil hati dengan suami tentang hal ini? Aku selalu berdiam tahan amarah dan tak sampai hati untuk meluah dan akhir hati aku yang sakit dan hancur.
Banyak lagi yang suami aku buat untuk keluarganya tapi aku hanya berdiam tapi sampai bila. Itu belum kira adiknya pinjam duit dan tak bayar-bayar.
Duit simpanan anak aku yang ada pada suami pun aku tak tahu dia buat apa. Masih ada atau dah lebur ke mana. Aku malas nak tanya sebab aku masih nak menjaga hatinya. Tapi sampai bila.
Aku buntu. Makan pakai aku jangan ditanya. Dia tak pernah tanya duit makan cukup kah.
Kadang-kadang waktu lunch aku makan makanan yang aku beli waktu pagi. Aku simpan separuh untuk makan waktu lunch. Sedih sebab benda yang dijanjikan sebelum kahwin semuanya palsu.
Bila terkenang hati aku hancur dengan semua kata-katanya. Aku bukan nak hidup mewah. Aku cuma nak suamiku utamakan aku isterinya dan anaknya sahaja.
Nanti kalau dah ada duit lebih, nak bantu keluarga, bantulah aku tak kisah. Tapi waktu sekarang memang sangat tak sesuai. Hmm aku dah penat.
Aku pun punya keluarga. Aku berjauhan dengan keluarga. Aku pun bekerja nak bantu dan balas jasa keluarga tapi aku belum mampu untuk buat sebab aku pun cukup-cukup sahaja.
Kenapa? Hanya anak lelaki sahaja kah perlu berjasa pada keluarga? Anak perempuan tak perlu?
Aku pun anak manusia. Ayah ibu aku pun banyak habiskan duit untuk aku. Aku pun nak balas jasa mereka yang banyak membantu aku tapi aku belum mampu.
Aku utamakan keluarga kecilku dahulu sebelum yang lain. Aku utamakan suami dan anak kesayangan ku.
Kenapa suami ku tidak boleh buat apa seperti aku lakukan. Hati aku hancur hati aku sakit dengan semua ni.
Kadang-kadang sakit jiwa memikirkan sampaikan aku dah penat dan nak akhiri semua ini. Mungkin dengan hidup dengan anak aku, aku lebih bahagia?
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit