Buat Kerja Online Dapat Upah Dalam USD II

Untuk part I, (https://iiumc.com/buat-kerja-online-dapat-upah-dalam-usd/).

Hi semua, sebelum ni saya ada share tentang buat kerja online dan dapat upah dalam USD. Tak sangka ramai yang berminat. Maaf ya, memang tak terbalas komen dan mesej semua orang. Boleh dikatakan 3 hari dekat 100 juga mesej, hehe.

Saya cuba balas komen dalam confession sebelum ni dan facebook detect sebagai spam komen. Jadi, yang tanya training ada yang saya tak reply.

Satu lagi, saya tak boleh nak bagi link training dalam ni nanti jadi post marketing pula kan. Tujuan post untuk sharing sahaja bukan marketing. Nanti saya akan komen nama page di ruang komen boleh lah like page. Kami ada banyak training nak buat.

Okay, saya rasa ramai yang dah join platform kerja online yang saya share sebelum ni iaitu Upwork dan Freelancer.

Dua platform ni sebenarnya basic platform sahaja supaya anda faham macamana nak cari client, nak apply kerja online, nak discuss dengan client dan sebagainya.

Untuk first timer, yes memang agak susah untuk dapatkan job sebab anda perlu compete dengan freelancer dari negara lain juga. Tapi, susah tak semestinya tak berjaya kan.

Selalunya, kalau tak berjaya dapat job saya akan minta check profile, portfolio dan cover letter.

Ada yang saya baca ayat cover letter semasa apply job tu, hanya tulis “Hi, I need money. I can do anything for you.” Ada juga tulis, 2-3 baris saja. Tak cukup untuk meyakinkan client. Jika saya client pun saya tak akan ambil bekerja.

Jadi, anda perlu ambil masa belajar menulis cover letter, profile, CV dan portfolio yang memukau client.

Ramai yang tanya, dalam platform ada scammer tak?

Yes, memang ada scammer jadi, tolong hati-hati.

Saya nak share tips elak scammer :

Pertama, pilih client yang ada status ‘payment verified’, ada 4-5 star dan ‘made deposit’ sahaja. Boleh tengok status setiap client semasa bid/apply job.

Bila dah ada status ni, bermakna client tersebut dah link akaun bank dan kad IC mereka dengan platform. Jadi, platform dah ada data mereka. Apa-apa terjadi platform boleh take action menggunakan data client tersebut.

Kedua, tolonglah jangan contact client luar daripada platform. Let say client nak contact melalui whatsapp atau email, jika apa-apa terjadi di luar platform anda tak boleh buat apa-apa.

Sebab itu, anda dinasihatkan guna platform 100%. Setidaknya, dalam platform anda boleh request dispute atau contact support platform untuk selesaikan masalah.

Ketiga, tolong jangan percaya client yang minta bayaran sebelum bagi kerja. Deposit fees? Processing fees? Atau apa sahaja bayaran walaupun client mention akan refund balik deposit atau apa sahaja alasan please jangan percaya! Itu 100% scammer!

Confirm lepas bayar client akan lari. Saya dah ingatkan banyak kali tapi still ada yang tanya boleh accept ke tidak sebab client janji nak refund. TIDAK! Itu taktik scammer sahaja nak bagi anda percaya.

Keempat, guna konsep milestone iaitu pecahkan kerja kepada beberapa bahagian dan boleh tetapkan harga untuk setiap bahagian tersebut.

Jadi, siapkan kerja mengikut bahagian dan minta client bayar dahulu untuk bahagian tersebut, kemudian baru siapkan bahagian seterusnya kemudian minta client bayar lagi.

Jadi, kalau client nak menipu pun atleast anda dapat juga bayaran daripada tak dapat apa-apa langsung.

Saya nak highlight, freelancer ni sebenarnya adalah real job dan professional kerana anda perlu approach client. Client pun ada macam-macam jenis. Big company pun ada.

Semua dah mula menggunakan khidmat freelancer sebab lebih murah dan mudah. Jadi, anda perlu persiapkan diri secara profesional juga.

Banyak tempat yang anda boleh dapatkan job online selain daripada platform yang saya mention sebelum ni seperti Linkedin, Facebook, Twitter dan Instagram.

Jangan ingat dalam social media tak ada kerja ya. Cari sahaja guna keyword contoh ‘copywriter’, ‘web designer’ so akan keluar la kerja-kerja yang di post oleh client dalam social media. Rajinkan diri untuk mencari jika anda betul-betul berminat.

Takut nak bermula?

Ada kenalan saya yang bekerja sebagai Virtual Assistant dengan Google dan Microsoft. Ada yang bekerja sebagai Subtitler menulis sari kata untuk movie, dokumentari, anime untuk TVN dan VIU.

Ada yang berjaya branding kan diri dalam social media, ada yang dah menjadi Certified Translator dan sign kontrak untuk kerja-kerja terjemahan dalam dan luar negara. Dah banyak success stories.

Semua freelancer yang telah berjaya ini bermula dari bawah juga dan mereka tak jemu untuk tambah ilmu dan mencuba.

Semua freelancer yang berjaya ni juga kami invite untuk buat kelas dan bengkel bergabung dengan
kami dah.

Kalau nak sijil profesional, boleh masuk kursus ITBM untuk menjadi Certified Translator, Adobe untuk jadi Certified Adobe dan banyak lagi.

Kesimpulannya, semua perkara perlukan ilmu. Jika nak cepat dapat duit boleh jadi dropship, agent dan jual produk. Itu pun perlukan ilmu juga.

Jika nak belajar benda yang baharu, nak upgrade ilmu boleh cari ilmu dalam bidang yang anda minat dan cubalah masuk ke dunia freelancer.

Tak mudah, tapi bila dah dapat rentak mesti akan nampak hasilnya. Baru lah boleh seronok dapat bayaran dalam USD. Bekerja dari rumah dan jana pendapatan lumayan!

Harap post ini membantu!

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *