Assalammualaikum semua. Aku Lina (bukan nama sebenar), gadis berumur 24 tahun.
Curang itu pilihan? Betul. Keji bunyi nya. Tapi pada situasi aku curang bukan pilihan untuk aku.
Aku yakin ramai yang akan kecam. Tak mengapa, aku dah lali.
Ex aku (Fiq) merupakan seorang tentera. Aku menganggap dia seorang yang gagah perkasa. Tapi sayang, lembut selembut sutera sehingga aku yang jantan dalam hubungan.
Sering mengongkong, parking motor dekat rumah kawan pun maki semaki makinya. Rindu, menangis. Lepak, marah. Tak angkat call, semua kawan aku pulak dia call.
Lambat balas whatsapp, dm pula kawan kawan aku. Whatsapp web.
Tiap kali aku buat salah, dia akan ugut untuk mengadu dekat mak dia. Motif untuk nampakkan perangai aku tak elok? Mungkin.
Sejujurnya dia baik. Sanggup buat apa sahaja untuk aku. Keluarga dia sangat baik. Sering bertanya khabar.
Tapi dengan sikap dia yang terlalu obses memang buat aku terfikir untuk hidup sebantal. Waktu pertama kali jumpa aku dah ada perasaan tak nak teruskan.
Tapi silap aku mungkin? First date aku dah kenal dengan family dia. Itu membuatkan aku tersangkut sehingga hampir 3 tahun.
3 tahun mungkin hampir 20 alasan aku reka untuk berpisah cara baik. Tapi jawapan dia? “bagitau mak.”
Hari demi hari, sayang makin pudar. Aku dah mula berani untuk beramah mesra dengan lelaki lain.
Tak tercapai dek akal untuk adakan hubungan baru. Tapi lelaki yang kedua (Man) sangat sempurna untuk aku.
Sekepala, sejiwa, berkongsi pendapat yang sama. Bulan ke 3 perkenalan, aku dah mula pegang title ‘Curang’.
Aku teringat kata-kata kawan aku.
“Kalau betul sayang yang pertama, takkan wujud orang kedua.” Aku setuju. Masih dengan Fiq? Ya. Man tahu? Tahu.
Selama 8 bulan aku curang. Aku buntu. Patut aku pilih orang yang dah lama atau yang baru kenal tapi sangat memahami?
Aku pilih orang yang kedua (Man). Dengan alasan aku curang. Aku mengaku. itu satu-satunya alasan yang boleh buat Fiq pergi.
Setahun berlalu..
Fiq masih menjejaki aku. Usaha untuk terus berhubung dengan aku walaupun dia sudah berpunya.
Aku? Bahagia dengan pilihan aku. Masih sama sikapnya macam dulu. Tak berhenti nasihat, berikan semangat dalam apa jua aku lakukan & sedang berusaha menghalalkanku.
Kifarah? Pasti ada. Doakan aku untuk hadap hari-hari seterusnya. Aku cuma pilih kebahagiaan untuk diri aku.
Itu hak aku.
Buat Fiq, maafkan aku meninggalkan mu dengan cara yang keji di mata semua orang.
Maaf andai ada yang menganggap diri aku yang salah. Aku curang kerana terpaksa..
– Alina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit